Selasa, 29 November 2011

Guru Mulia .....

"Adapun apabila seorang mukmin memandang seorang mukmin yang lebih istimewa, dari pada wali-wali Allah Ta’ala, maka ini adalah ramuan yang mujarab yang membuatnya dekat dengan Allah Ta’ala. Sehingga dikatakan para ulama: “Barang siapa tidak melihat wajah orang-orang yang beruntung bagaimana ia dapat menjadi orang yang untung. Dan barangsiapa menatap wajah orang beruntung dengan ikhlas kerana Allah Ta’ala bagaimana ia tidak untung? Pasti untung!”. Dikatakan oleh Syekh Abu Bakar bin Salim: “Ini adalah kurnia yang engkau dapatkan apabila engkau melihat kepada para auliya. Adapun apabila wali tersebut yang melihat engkau, tidak dapat dibayangkan kurnia yang akan engkau dapatkan.”  - petikan  dari tausiyah Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim semasa Haul Syeikh Abu Bakar bin Salim di Cidodol Kabayoran Lama pada 3 Januari 2010.

 

Ahad, 27 November 2011

Dauroh di Bogor, 6 - 10 Muharram 1433


InsyaAllah pada tanggal 6 Muharram 1433H/2 Disember 2011 sehingga 10 Muharram/6 Disember 2011 akan berlangung dauroh di Ma’ahad az-Zein al-Makki iaitu Pondok Pesantren yang diasaskan oleh al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله. Dauroh ini kebiasaannya dihadiri oleh murid-murid Syeikh Nuruddin dari Malaysia, Sumatera, Kalimantan, sekitar Jakarta dan lain-lain wilayah di Indonesia. Menurut kabar yang al-fagir terima, delegasi dari Malaysia yang akan turut serta mencecah 40 orang lebih peserta. Alhamdulillah al-Fadhil Ustaz Muhadir dan al-fagir juga akan turut serta. Di bawah al-fagir kongsikan foto pemandangan  Ma'had az-Zein. Suasana yang tenang dan nyaman sekali. Suasana yang sesuai untuk para santri menimba ilmu.

Rumah Syeikh Nuruddin.

Laluan dari rumah Syeikh Nuruddin ke dewan sholat

Rumah tetamu atas kolam. Nyaman dok di rumah tetamu ni ... yang paling al-fagir suka :)
Rumah di tetamu di atas kolam - dari sisi

Asrama santri lelaki
Pejabat

Dewan sholat

Dewan Tafaqquh

Antara kitab yang akan dibacakan pada dauroh kali ini adalah:

Fatawa al-Imam an-Nawawi, iaitu kumpulan fatwa (363 fatwa) yang dikumpul oleh murid Imam Nawawi iaitu al-Imam al-‘Allamah al-Haafidz al-Fagiih ‘Alauddin ‘Ali ibn Ibrahim ibn al-‘Atthar ad-Dimasygi رضي الله عنهما. (654 – 724H);

Al-Khairaat al-Hisaan fi Managib al-Imam al-Adzam Abi Hanifah an-Nu’man karya al-Imam al-Fagiih Syihabuddin Ahmad bin Muhammad ibn Hajar al-Haitami al-Makki. Sebuah kitab biografi Imam Abu Hanifahرضي الله عنه. Di dalam kitab ini ada tersebut kisah di mana imam panutan kita di dalam figih, Imam asy-Syafie رضي الله عنه berkata: Sesungguhnya aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku menziarahi kubur beliau setiap hari. Apabila aku mempunyai suatu hajat keperluan, aku bershalat dua rakaat, kemudian pergi ke kubur Abu Hanifah dan berdoa kepada Allah di sisinya, maka dalam masa yang singkat sahaja hajat tersebut ditunaikan.” Dan di dalam kitab tersebut juga menceritakan bahwa ketika Imam asy-Syafie رضي الله عنه menunaikan sholat shubuh di masjid yang terletak makam Imam Abu Hanifah رضي الله عنه, beliau meninggalkan qunut. Maka tatkala ditanyai mengapa, beliau menjawab, beradab dengan tuan kubur ini (yakni Imam Abu Hanifah رضي الله عنه). Adabnya seorang ulama terhadap seorang ulama walaupun ianya sudah wafat. InsyaAllah banyak lagi kisah yang akan disebut oleh Syeikh Nuruddin ketika membaca kitab ini. Antaranya yang pernah disebut oleh Syeikh Nuruddin satu riwayat yang mengatakan bahwa Imam Abu Hanifah tidak pernah melunjurkan kakinya kearah rumah gurunya, Imam Hammad, walaupun jarak antara rumahnya dengan rumah Imam Hammad agak jauh kerana beradab dengan guru. InsyaAllah, akan al-fagir kongsi mutiara-mutiara ilmu yang akan dihidangkan oleh Syeikh Nuruddin kepada kami nanti.
Iqaamatul Hujjah ‘ala anna al-Iktsaar fi at-Ta’abbud Laisa bi Bid’ah karya al-Imam Abi al-Hasanaat Muhammad ‘Abdul Hayy al-Lakhnawi al-Hind (1264 – 1304). Kitab ini membicarakan tentang memperbanyakkan ‘ibadah itu bukannlah daripada bid’ah (dholalah). Pengarang membawa banyak contoh ‘amalan para shahabat, tabi’in dan tabi’ at-Tabi’in رضي الله عنهم yang mana apa yang mereka lakukan itu lebih banyak daripada apa yang dikerjakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Pada mugaddimahnya, beliau (pengarang kitab) menyebut: Ketika aku mendengar ada seseorang berkata: “Bermujahadah dalam beribadah, seperti menghidupkan malam dengan shalat, mengkhatamkan al-Quran dalam satu raka’at sholat, melakukan shalat seribu rakaat dan sebagainya dari para ulama terdahulu adalah bid’ah, dan setiap yang bid’ah itu sesat”. Maka aku pun menjadi kebingungan, aku katakan kepada mereka: “Apakah engkau berpendapat bahawa mujahadahnya (berlebihannya ibadah) para shahabat, tabi’in dan para muhaddits itu adalah bid’ah yang sesat?” Orang yang berkata tadi menjawab: “Bahawasanya larangan tersebut ada dalam kitab-kitab yang shahih” Aku katakan: ‘Ini adalah perkataan orang yang pandangannya dan pemikirannya tidak luas, sedikit pengamatannya terhadap lafaz-lafaz hadits, maka ia pun tidak menyukainya. Apakah engkau tidak memahami, bahawasanya bid’ah atau perkara baru itu adalah yang tidak ada di zaman atau pada abad yang ke tiga dan tidak didapati pula baginya dasar dari pada dasar-dasar yang empat (al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan qiyas) sama sekali! Akan tetapi perkara seperti ini (memperbanyak amal ibadah) telah didapati pada zaman yang penuh dengan keberkahan (zaman Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم  dan para shahabat رضي الله عنهم), dan ada dalil syariat yang menunjukkan kebolehannya bahkan itu dianjurkan kepada orang yang mampu melaksanakannya”.

Maka si penanya itu kembali berkata: “Ulama`-ulama` sekarang telah mengatakan dengan keras (lantang) bahawa perkara itu adalah bid’ah dan ini diterima oleh ulama yang lainnya” Aku jawab: “Jika memang seperti keadaannya maka sungguh telah terjadi kesamaran dengan hadits-hadits yang melarangnya, sedangkan orang yang tidak memiliki pandangan atau pengamatan yang jauh serta luas terhadap perkara-perkara tersebut untuk menghubungkannya kesemua dasar-dasar syariat, itu dimaafkan sahaja, bahkan boleh diberi pahala atau ganjaran. Banyak sekali para ulama ahli hadits dan fiqih mengatakan itu boleh, maka bagaimana mungkin perkataan mereka yang melarangnya itu boleh diterima?” Si penanya itu berfikir ekstrim dan membiarkan dirinya berada dalam keadaan kebingungan ......

Pada hari penutup yang jatuh pada 10 Muharram, insyaAllah Syeikh Nuruddin akan bacakan Musalsal Asyuro. InsyaAllah, mudah-mudahan al-Fagir dapat kongsikannya bersama pengunjung al-fanshuri apa yang dipelajari. Mohon doakan al-fagir dan semua peserta dauroh agar siddiq di dalam niat dan semoga kami memdapar redhaNYA.

catatan,
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
‘ashar, ahad, 1 muharram 1433H/27 disember 2011

Sabtu, 26 November 2011

Ulang Tahun Ke 15 Darul Musthafa



Tanggal 29 Dhulhijjah 1417H adalah merupakan tarikh penubuhan Dar al-Musthafa. Ini bermakna pada 29 Dhulhijjah 1432H, Dar al-Mustafa sudah berusia 15 tahun. Dan tarikh ini juga adalah merupakan tarikh dimana ayahanda kepada Guru Mulia kita al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim, ditangkap dan dibawa pergi oleh regim komunis dan tidak diketahui akan kesudahannya, dan dipercayai bahwa beliau syahid di bunuh oleh regim komunis. Kejadian ini berlaku pada tahun 1392H. Ketika itu Guru Mulia kita al-Habib Umar berusia baru 9 tahun (beliau lahir pada tahun 1383H).
Maka, disini al-fagir bawakan sedikit sejarah penubuhan Dar al-Musthafa sebagaimana yang pernah al-fagir tulis pada Catatan Perjalanan Ke Hadhramaut. Dar al-Musthafa walaupun baru berusia 15 tahun, namun ia telah menghasilkan produk yang berkualiti. Sebut saja al-Habib ‘Ali bin ‘Abu Bakar al-Hamid (Mudir Majlis Ta’lim Darul Murtadha), al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa (Pengasuh Majelis Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم), al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri, al-Habib Jindan bin Salim bin Jindan, al-Habib, al-Habib Hadi al-Aydrus dan lain-lain lagi. Selain itu kini Dar al-Musthafa sudah dinaikkan taraf ke Jami’ah (Universiti) Dar al-Musthafa. Dan kini, kita lihat lulusan tsanawiyyah Dar al-Musthafa kini pastinya beliau seorang yang hafaz 30 juzuk al-Qur’an dan juga keseluruhan hadits-hadits di dalam kitab Riyadhus Sholihin karya Imam an-Nawawi (lebihkurang 1936 hadits) dan juga matan-matan ilmu lain. Selain itu para lulusan Dar al-Musthafa tamat pengajian di sana dan kembali ketanahair bukan sahaja membawa ilmu yang diberkati, tetapi dengan membawa akhlaqnya al-Musthafa صلى الله عليه وآله وسلم. yang merupakan intipati kepada manhaj Ba’alawi.
Jom ikuti sedikit catatan tentang Dar al-Musthafa.

Pengenalan Ringkas Mengenai Sejarah Awal Dar al-Musthafa.




Dar al-Musthafa diasaskan oleh Habib Umar dan kekandanya Habib ‘Ali Masyhur, menerima pelajar sulungnya pada tahun 1994 (sewaktu itu belum di kenali Dar al-Musthafa secara rasmi). Angkatan pertama yang mula datang belajar di Dar al-Musthafa, Tarim adalah sekitar 30 orang pelajar. Kehadiran mereka adalah ekoran dari lawatan pertama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ke Indonesia pada tahun pada tahun 1993H atas perintah guru beliau iaitu Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf dan Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar,  dan juga pelawaan dari al-Habib Muhammad Anis bin ‘Alawi bin ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi, Solo. Angkatan pelajar awal ini terdiri dari:- Habib Munzir Fuad al-Musawa (Jakarta), Habib Jindan bin Naufal bin Jindan (Jakarta), Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri (Solo) dan Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid (Jember) – (nama-nama ni sudah tidak asing lagi di Malaysia, terutamanya Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid. Beliau terkenal sebagai penterjemah apabila ada kunjungan para Habaib atau ulama yang melawat Malaysia. Dan beliau juga diamanahkan oleh Habib Umar untuk mengajar di Madrasah Nur yang diasaskan oleh Habib Umar di Malaysia dan beliau sendiri mempunyai majlis taklimnya sendiri bernama Majlis Taklim Darul Murtadha)

Angkatan pertama pelajar Dar al-Musthafa
Angkatan pertama pelajar Dar al-Musthafa
Antaranya lagi: Habib Muhammad Heikal Khaneman (Jakarta), Habib Mahdi al-Hiyed (Tegal), Habib Shadiq Hasan Baharun (Sumenep), Habib Quraisy BaHarun (Bangil), Habib Abdul Bari bin Smith (Menado), Habib Ja’far Baqir al-Attas (Jakarta), Habib Hasan al-Muhdhar (Samarinda), Habib Hasan bin Ismail al-Muhdhar (Purbalinggo), Habib Hadi al-Aydrus (Pasuruan), Habib Sholeh Abdullah al-Kaf (Brebes), Habib ‘Abdullah al-Haddad (Tegal), Habib Haidar al-Hinduan (Situbondo), Habib Anis bin Husin al-Attas (Pekalongan), Ustaz Muhamad al-Baidhi (Kediri), Ustaz Munthhohar Ridho (Pontianak), Ustaz Ahmad Idris (Palembang), Ustaz Hamzah (Bekasi), Ustaz Ridwan Amri (Puncak Bogor), Ustaz Nurhadi (Pasuruan), Ustaz Mufti (Pasuruan), Ustaz Azmi at-Tamimi (Pontianak), Ustaz UbaidiLlah (Jakarta), Ustaz Yahya Rosyad (Purwodadi), Ustaz Salim Nur (Malang), Ustaz Ibrahim at-Tamimi (Pontianak), Ustaz Junaidi (Pontianak).


Dikatakan ketika kehadiran pelajar pertama ini perang saudara yang tercetus di Yaman belum lagi reda. Walaupun Tarim tidak terlibat namun peperangan membuatkan penduduknya susah mendapatkan bahan asasi seperti beras, minyak dan lain-lain. Maka belajarlah mereka dengan penuh kesusahan. Ditambahkan lagi dengan cuaca di Tarim yang panas terik. Asrama mereka pada awalnya dirumah Habib Umar dan kemudian dipindahkan ke sebuah rumah yang disewa dibelakangnya rumah Habib Umar. Asrama yang berdindingkan tanah dan berlantaikan simen. Makanan mereka adalah roti keras kerana susah untuk mendapat beras. Tidaklah seselesa Dar al-Musthafa sekarang. Guru yang mengajar adalah Habib Umar sendiri dan juga kekanda beliau Habib ‘Ali Masyhur. Tetapi kemudiannya kemudahan demi kemudahan menyusul. Angkatan pertama ini tamat pengajian yang penuh dengan keberkatan pada tahun 1998. Dan para lulusan pertama inilah muncul sebagai guru-guru dan pendakwah yang disegani seperti al-Habib Munzir, al-Habib Jindan, al-Habib ‘Ali Zzainal ‘Abidin al-Hamid dan al-Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri.

Seterusnya, dengan usaha gigih Habib Umar, pembangunan Dar al-Musthafa dimulakan dan hasilnya adalah sepertimana Dar al-Musthafa yang tersergam indah sekarang yang letaknya lebih-kurang 2km dari pusat kota Tarim. Perasmian pertamanya adalah pada tarikh 29 Dzulhijjah 1417H iaitu bertepatan tarikh al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz (ayahanda Habib Umar) ditangkap dan dibawa pergi oleh regim komunis dan tidak diketahui akan kesudahannya

Dasar pendidikan di Dar al-Musthafa adalah

  • Ilmu – Penguasaan dalam ilmu-ilmu syariah dengan kaedah talaqqi daripada para masyayikh yang mempunyai sanad bersambung kepada imam-imam mazhab yang berakhir sanad mereka kepada sumber yang mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم;
  • Suluk – Penyucian jiwa dan insaniah dari segala sifat terkeji dengan cara mujahatunnafs dan menghiasi jiwa dengan sifat terpuji, berakhlaq dengan akhlaq yang mulia serta beramal dengan azkar yang ma’thur dan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala.
  • Dakwah – Penyebaran dakwah ke jalan Allah Ta’ala dengan memperkenalkan Islam dan Sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم disamping menyatukan kaum muslimin, bersangka baik, dan sabar menghadapi kesusahan serta mempunyai pendirian yang kuat. Dan ianya adalah aplikasi dari ilmu dan suluk.

Maka dengan himpunan dari 3 perkara dari ilmu, suluk dan dakwah menjadikan para lulusan Dar al-Musthafa mantap di dalam keilmuan, berakhlaq dengan al-Musthafa صلى الله عليه وآله وسلم dan berdakwah ke jalan Allah Ta’ala dengan memperkenalkan Islam dan Sunnah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم disamping menyatupadukan kaum muslimin seluruhnya.


Selain daripada mengadakan pengajian formal. Dar al-Musthafa juga mengadakan daurah musim panas pada setiap tahun. Pesertanya datang dari seluruh pelusuk dunia. Terkini, taraf pengajian di Dar al-Musthafa dinaikkan kepada taraf jami’ah (universiti) dan ianya kini dikenali dengan nama Jami’ah Dar al-Musthafa. Syarat kemasukkannya juga ketat iaitu paling kurang perlu menghafal 30 juzuk al-Quran dan keseluruhan kitab Riyadh al-Shalihin karangan Imam Nawawi.


Semoga Dar al-Musthafa terus berkembang dan melahirkan para ulama yang berwibawa sepertimana pengasasnya al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim


Perarakan sempena sambutan ulangtahun ke 15 pembukana Dar al-Musthafa
Perarakan sempena sambutan ulangtahun ke 15 pembukana Dar al-Musthafa
Perarakan sempena sambutan ulangtahun ke 15 pembukana Dar al-Musthafa
Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz sedang berucap sempena sambutan  ulangtahun ke 15 pembukaan Dar al-Musthafa. Sila kesini untuk mendengar ucapan para habaib di majlis tersebut.
Habib 'Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafidz sedang berucap sempena sambutan ulangtahun ke 15 pembuakan Dar al-Musthafa ke 15
 
Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri sedang berucap di majlis yang sama
Sepertimana yang telah disebut pada awal tulisan ini, pada tarikh 29 Dhulhijjah juga adalah merupakan tarikh dimana ayahanda kepada Guru Mulia kita al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim, ditangkap dan dibawa pergi oleh regim komunis dan tidak diketahui akan kesudahannya, dan dipercayai bahwa beliau syahid di bunuh oleh regim komunis. Maka untuk itu, al-fagir kongsikan bersama disini sedikit manaqib mengenai beliau.


Nasabnya: Beliau adalah al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn al-Syaikh Abi Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah r. Beliau dilahirkan di Misthoh, sebuah kampung kecil di pinggir kota Tarim pada tahun 1332H.

Pendidikan: Mendapat didikian awal dari ayahandanya Habib Salim bin Hafidz. Kesan pendidikan ayahnya, ketika usianya meningkat dewasa, peribadinya dihiasi dengan budipekerti yang mulia. Selain berguru dengan ayahandanya yang terkenal alim, beliau juga turut berguru dengan al-‘Allamah al-Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Masyhur, al-‘Allamah al-Habib 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri, al-‘Allamah al-Habib 'Alawi bin ‘Abdullah bin ‘Aydrus BinSyihab, al-‘Allamah al-Habib al-Hasan bin Isma’il al-Hamid, al-‘Allamah al-Habib Musthafa bin Ahmad al-Mihdhor, al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Hadi al-Seggaf, al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Umar asy-Syathiri, As-Sayyid Hamid al-Sirri, as-Sayyid ‘Ali bin Zein al-Hadi, al-Habib Abdullah bin ‘Aydrus, al-Habib Hasan bin Muhammad Balfaqih, al-Habib Muhammad bin Hasan ‘Aidid, al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman as-Seggaf, asy-Syeikh Abu Bakar al-Khatib, Syaikh Muhammad bin ‘Iwadh BaFadhal, as-Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maliki, asy-Syeikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani, as-Sayyid Muhammad Amin Kutbi, asy-Syeikh Hasan Masyath, dan ramai lagi ulama Hadhramaut, Haramain dan lain-lain. Beliau juga pernah mengambil ilmu dan mendapat ijazah dari para ulama dan muhaddits di India dan Pakistan. Beliau juga pernah mengembara ke Haramain, India, Pakistan dan lain-lain negara untuk berda’wah. Akhirnya beliau kembali ke Tarim dan mendirikan majlis-majlis pengajian di sana selain menjalankan usaha dakwah ke daerah-daerah di luar kota Tarim.


Murid-murid beliau, antaranya: al-Habib ‘Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Abdurrahman al-Junaid, al-Habib Zein bin ‘Ibrahim bin Sumaith, al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri dan lain-lain.


Disamping  mengajar, memberi fatwa dan berdakwah, beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab antaranya ada yang telah dicetak dan sebahagiannya masih dalam bentuk manuskrip. Antara kitab karangan beliau: Takmilah Zubdatul Hadits fil Faraidh, al-Miftah li Babin Nikah, al-Tazkirah al-Hadhromiyah, al-Fawaid al-Tsaminah, Durus al-Tauhid, al-Wasilah lil Wiqawah, Qurratul ‘Ain li Jawabi As`ilati Waadi al-‘Ain, al-Nafhah al-Wardiyah, Nazam Maulid al-Haafidz ‘Imaad al-Diin ibn Katsir, Dalil al-Muslim, al-Fawaid al-Nahwiyyah li Qaari` al-Ajrumiyah dan Nafhul Thayyib al-‘Athari min Manaqib Syeikh al-Islam ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri, .Manakala yang masih dalam bentuk manuskrip, antaranya Majmu’ Kalam wa Mawa’idz  al-Habib ‘Alawi bin Abdullah bin Syihab (10 jilid), Rehlah al-Habib Musthafa al-Muhdhar, Diwan Syairnya dan Himpunan Fatwanya. Oleh kerana ketinggian ilmu dan akhlak serta kewarakannya, maka Habib Muhammad bin Salim dipilih menjadi Mufti Kota Tarim al-Ghanna. Habib Muhammad dikurniai 11 orang cahayamata, antaranya adalah al-‘Allamah al-Faqih al-Habib ‘Ali al-Masyhur, al-Habib Ahmad ‘Atthas, al-‘Allamah al-Murabbi al-Da’i ilallah al-Habib Umar, al-Habib Salim dan al-Habib ‘Abdullah.


Kitab Manaqib al-Habib' Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri yang ditulis oleh al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz. Al-Habib 'Abdullah asy-Syathiri adalah merupakan guru kepada al-Habib Muhammad

Sekalipun dilantik menjadi Mufti, beliau tetap bersikap tawadhu dan amat menghormati para gurunya dan para ulama lainnya. Hari-harinya dihabisi dengan berbagai amal ibadah dan menyampaikan ilmu, sehingga pernah dalam satu hari beliau mengendali dan hadir 16 majlis ilmu. Diantara tradisi beliau adalah mengkhatam kitab Shahih al-Bukhari setiap tahun pada bulan Rajab. 




Dalam menyampaikan dakwah pula, al-Habib Muhammad terkenal lantang dalam menyeru umat kepada jalan Allah dan syariatNya. Suaranya dalam menyampaikan kebenaran tidak dapat dihalang sehingga dengan kepala diacukan pistol, beliau tetap menyatakan kebenaran tanpa takut dan gentar. Hal ini menggusar pemerintah komunis pada waktu itu, sehingga pada tanggal 29 Dhulhijjah 1392H tatkala beliau dan puteranya al-Habib Umar yang ketika itu baru berusia 9 tahun beri'tikaf dalam Masjid Jami` Tarim menunggu masuk waktu sholat Jumaat, Habib Muhammad telah dijemput oleh 2 orang polis dan dibawa ke balai yang berdekatan. Sebelum pergi beliau meninggalkan rida’nya (shal, selendang) ditempat duduknya. Sehingga selesai sholat Jumaat, al-Habib Muhammad tidak kembali lagi. Akhirnya pulanglah putera beliau, al-Habib Umar yang masih kecil itu sendirian dengan membawa shal milik ayahnya. Sejak saat itu tidak ada khabar berita mengenai beliau dan tidak diketahui samada beliau telah wafat atau masih hidup. Usia Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz ketika itu sekitar 60 tahun. 


Ramai yang percaya bahawa beliau telah dibunuh syahid oleh pemberontak komunis tersebut kerana khuatir akan pengaruh dan kelantangan beliau. Kini perjuangan dakwahnya diteruskan oleh murid-murid dan zuriat beliau, antaranya yang masyhur ialah al-Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Seolah-olah, shal yang ditinggalkan menandakan bahwa bendera da’wah yang diwariskan kepada anaknya, al-Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz untuk terus diperjuangkan. Dan kini al-Habib Umar meneruskan menyebaran ilmu dan dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Mudah-mudahan Allah melimpahkan keredhaanNya ke atas al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dan memberikan kepada kita sekalian keberkatan dan manfaat ilmunya....al-Fatihah.


اَللَّهُمَّ انشُرْ نَفَحَاتِ الرِّضْوَانِ عَلَيْهِ وَأَمِدَّنَا بِالأَسْرَارِ الَّتِي أَوْدَعْتَهَا لَدَيْهِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى جَدِّهِ النَّبِيِّ الأَمِينِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas datuknya, Nabi al-Amin, penghulu kami Sayyidina Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian. –


Sekian, tulisan terakhir untuk tahun 1432H dan insyaAllah bertemu lagi dengan tulisan seterusnya di tahun 1433H.

sekian dari,
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi
hari sabtu, waktu dhuha, 30 dhulhijjah 1432H bersamaan 30 novemver 2011M

Khamis, 24 November 2011

Pengajian Bersama Al-Habib 'Ali bin 'Abdurrahman al-Jufri: Ayyuhal Murid - Bhg.1

Siri 1


Siri - 2 
 

Siri - 3
 

Al-Habib 'Ali Al-Jufri:Bagaimanakah Kamu Memandang Diri Kamu?

Jumaat, 18 November 2011

Antara Mereka Yang Akan Mendapat Syafa'at Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم


Beberapa buah hadits yang dipetik dari kitab هؤلاء حلت لهم شفاعة الحبيب المصطفى صلى الله عليه وآله وسام – Mereka Yang Mendapat Syafa’at al-Habib al-Musthofa صلى الله عليه وآله وسلم yang disusun oleh guru kami Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله تعالى:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنهما، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صلى الله عليه وآله وسلم يَقُوْلُ : إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُوْلُوْا مِثْلَ مَا يَقُوْلُ ، ثُمَّ صَلُّوْا عَلَيَّ ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاَةً صَلَّى اللهُ بِهَا عَشْرًا ، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيْلَةَ ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِيْ إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ ، وَأَرْجُوْ أَنْ أَكُوْنَ أَنَا هُوَ ، فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيْلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ (رواه مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي )
Ertinya : “ Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash رضي الله عنهما, bahwasanya beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Apabila kamu mendengar panggilan seorang muazzin, maka katakanlah seperti apa yang dikatakannya, kemudian bershalawatlah kepadaku, karena sesungguhnya barang siapa yang bershalawat kepadaku satu kali, maka Allah akan bershalawat kepadanya sebanyak sepuluh kali, kemudian mohonkanlah untukku Maqam Wasilah, karena sesungguhnya dia adalah satu kedudukan di dalam syurga, yang hanya diberikan kepada seorang hamba dari hamba-hambaNya, dan aku berharap akulah orang itu, maka barang siapa yang memohonkan Maqam Wasilah itu untukku, maka dia akan mendapatkan syafa’atku”. (Hadits riwayat: Muslim, Abu Daud, at-Tirmidhi dan an-Nasa’i)

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم : سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيْلَةَ ، فَإِنَّهُ لَمْ يَسْأَلْهَا لِيْ عَبْدٌ فِي الدُّنْيَا إِلاَّ كُنْتُ لَهُ شَهِيْدًا أَوْ شَفِيْعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ (رواه الطبراني في الأوسط)
Artinya : “ Dari Ibnu Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Mohonkanlah kepada Allah Maqam Wasilah untukku, karena sesungguhnya tidak ada seorang hamba pun yang memohonkannya untukku di dunia, melainkan aku yang menjadi saksi dan pemberi syafa’at untuknya pada hari qiamat nanti”. (Hadits riwayat: ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath)

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم قَالَ : مَنْ قَالَ حِيْنَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ : اَللّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ (رواه البخاري وأصحاب السنن ، ورواه البيهقي في السنن الكبرى وزاد في آخره : إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ
Ertinya : “ Dari Jabir bin Abdullah رضي الله عنه, bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Barang siapa yang berdo’a ketika mendengar azan: “Ya Allah, Tuhan yang memiliki panggilan yang sempurna  dan shalat yang akan didirikan ini, berikanlah kepada Nabi Muhammad Maqam Wasilah dan kurniaMu, dan bangkitkanlah beliau ke tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan”. Maka dia akan mendapatkan syafa’atku pada hari qiamat. (Hadits riwayat: al-Bukhari, Ashabus Sunan, dan al-Baihaqi dengan tambahan “Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji”.)

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم : مَنْ صَلَّى عَلَيَّ حِيْنَ يُصْبِحُ عَشْرًا ، وَحِيْنَ يُمْسِيْ عَشْرًا ، أًدْرَكَتْهُ شَفَاعَتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ (رواه الطبراني )
وَرَوَى بَكْرٌ بْنُ عَبْدِ اللهِ الْمُزَنِّيْ التَّابِعِي فِيْمَا أَخْرَجَهُ أَبُوْ سَعْدٍ فِي "شَرَفِ الْمُصْطَفَى" مِنْ طَرِيْقِهِ مَرْفُوْعًا : مَنْ صَلَّى عَلَيَّ عَشْرًا مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ وَعَشْرًا مِنْ آخِرِهِ نَالَتْهُ شَفَاعَتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Artinya : “Dari Abu Darda’ y, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Barang siapa yang bershalawat kepadaku di waktu pagi dan petang 10 kali, dia akan mendapatkan syafa’atku pada hari qiamat.(Hadits riwayat: ath-Thabrani)
Bakar bin Abdullah al-Muzanni, seorang tabi’in meriwayatkan hadits yang dikeluarkan oleh Abu Sa’id dalam kitabnya Syaraful Mustafa dengan sanad beliau, sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sebanyak 10 kali di awal siang dan di akhir siang, nescaya dia akan mendapatkan syafa’atku pada hari qiamat.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم : مَنْ صَلَّى عَلَيَّ عَشْرًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ مِائَةً، وَمَنْ صَلَّى عَلَيَّ مِائَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ أَلْفًا، وَمَنْ زَادَ صَبَابَةً وَشَوْقًا كُنْتُ لَهُ شَفِيْعًا وَشَهِيْدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ( أخرجه أبو موسى المديني بسند ، قَالَ الشيخ مغلطاي : لابأس به )
Artinya : Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sebanyak 10 kali, Allah akan bershalawat kepadanya 100 kali, dan barangsiapa yang bershalawat 100 kali, Allah akan bershalawat kepadanya 1000 kali, dan barangsiapa yang lebih cinta dan rindu kepadaku, aku yang akan memberi syafa’at dan menjadi saksi baginya di hari qiamat nanti. (Hadits riwayat: Abu Musa al-Madini)


عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم قَالَ : مَنْ صَلَّى عَلَيَّ يَوْمَ الْجُمْعَةِ كَانَتْ شَفَاعَةً لَهُ عِنْدِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ( أخرجه الدارقطني)
Artinya: “ Dari ‘Aisyah رضي الله عنها, bahwasanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Barangsiapa  yang bershalawat kepadaku pada hari JUM’AT, maka dia akan menjadi syafa’at baginya disisiku pada hari qiamat. (Hadits riwayat: ad-Daraquthni).


Related Posts with Thumbnails