Program terbahagi kepada beberapa sesi iaitu:-
Bicara ilmiah – dimana Habib Umar membentang beberapa isu untuk dibincang dan diambil perhatian. Antara tujuk yang dibentangkan adalah Khilafah Dalam Pandangan Salaf dan Tanggungjawab Menegakkan Pada Syariat Islam – Universal Dakwah dan Pentangnya Mendidik Umat Atas Pemikiran Global dan Membangun Kebersamaan Kerja, Metodologi Pemanfa’atan Atas Kemampuan Spesifik Ummah oleh Para Ulama Untuk Penyebaran Dakwah, Memaksimalkan dan Mensinergikan Potensi Ulama Dalam Usaha Dakwah. Ianya dibentangkan disebelah pagi dan malam. InsyaAllah nanti aku bawakan intisari mengenai tajuk-tajuk yang dibahaskan.
Majlis Rohah – dimana Habib Umar mengadakan pengajian didalam bentuk halaqah. Ianya diadakan selepas sholat asar di masjid. Dalam majlis ini dua tajuk telah dibaca iaitu Kitab ‘Ajaibul Qalb iaitu kitab yang awal dari rubu’ al-Muhlikat yang terdapat didalam kitab Ihya’ Ulumiddin karya Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dan kitab Riyadhatun Nafs wa Tahdhibul Akhlaq iaitu kitab kedua dari rubu al-Muhlikat dari kitab Ihya. Kuliah yang sangat menarik. InsyaAllah akan aku kongsi serba sedikit, sekadar terdaya oleh aku ……..
Kuliah subuh - sambungan dari kitab Ihya yang tidak sempat dihabiskan.
Bahwasanya Allah Ta’ala mempunyai wadah di bumiNYA yaitu al-Qulub, maka wadah yang paling disukaiNYA ialah yang paling lunak, paling bersih dan paling kuat iaitu yang kuat dalam agama, paling bersih dalam keyaqinan dan paling lunak sesama saudaranya (sesama Muslim)
Seterusnya diterangkan mengenai sifat-sifat hati iaitu sifat kebuasan (binatang buas seperti anjing, serigala), sifat kebinatangan, sifat kesyaitanan dan sifat ketuhanan. Sifat-sifat ini merosakkan hati.
Maka manusia sewaktu dikuasai sifat pemarah (ghadab) maka ia seumpama binatang buas yang mana keluar darinya sifat permusuhan, kebencian dan lain-lain. Dikala manusia menuruti segala keinginan nafsunya, maka ia seumpama seekor babi yang loba, tamak dan lain-lain sifat ke’babi’an. Begitulah seterusnya … Pakat pi ngaji kitab ihya, insyaAllah jumpalah perumpamaan-perumpamaan ini.
Kemudian diterangkan pula mengenai hati yang mana ianya adalah seumpama cermin yang menangkap gambaran segala sesuatu. Dan gambaran itu tidak akan jelas sekiranya cermin tersebut diliputi kekeruhan, karat dan sebagainya, meskipun bentuk gambaran itu sempurna. Kenapa jadi begitu? Tidak lain tidak bukan kerana kekeruhan dan kekaratan yang menempel dipermukaaannya. Kekaratan, kekeruhan ini datang dari dosa, maksiat, ghaflah dan lain-lain. Kata Imam Ghazali رضي الله عنه, apabila karat dan kekotoran telah menebal dihati, maka ia bertukar menjadi tabiat. Keadaan ini samalah seperti kotoran yang melekat dicermin
Sidi Ibn ‘Athoillah رضي الله عنه telah membuat perumpamaan didalam kitabnya Tajul ‘arus al-Hawi li Tahzibun Nufus. Kata beliau:
وإذا وقع من العبد ذنب وقع معه ظلمة، فمثال المعصية كالنار، والظمة دخانها، كمن أوقد في بيت نارا سبعين سنة ألا تراه يسود؟ فكذلك القلب يسود بالمعصية، فلا يطهر إلا بالتوبة إلى الله، فصار الذل والظلمة والحجاب مقارنة للمعصية، فإذ تبت إلى الله زالت آثار الذنوب
Dan apabila memperbuat seorang daripada hamba Allah, dosa dan ma’siat maka jatuh sertanya gelap pada hatinya maka mitsal ma’siat itu seperti api dan gelap itu seperti asapnya. Seperti seorang menyalakan api didalam rumahnya tujuh puluh (70) tahun lamanya, adakah tiada tiada hitam rumah itu oleh asapnya? Seperti demikianlah memperbuat ma’siat seorang, jadi hitam hatinya maka tiada bersih hati yang hitam itu melainkan dengan taubat kepada Allah Ta’ala, maka jadilah hina dan gelap dan hijab bersama-sama bagi memperbuat ma’siat. Apabila taubat engkau kepada Allah سبحانه وتعالى dengan sempurna syaratnya nescaya hilang bekas dosa yang hitam pada hati itu.
Ar-Rann yang tersebut didalam didalam ayat berkenaan telah ditafsirkan oleh Rasulullah sebagaimana dalam riwayat:Telah meriwayatkan Ibnu Jarir, at-Tirmidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah melalui pelbagai turuq (jalan riwayat) dari Muhamad ibnu Ajlaan dari al-Qa’qa’ bin Hakiim dari Abu Soleh daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم, baginda bersabda (maksudnya):
إن العبد إذا أذنب ذنباً، كانت نكتة سوداء في قلبه، فإن تاب منها، صقل قلبه، وإن زاد زادت، فذلك قول الله تعالى: { كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَّا كَانُواْ يَكْسِبُونَ}وقال الترمذي: حسن صحيح، ولفظ النسائي: إن العبد إذا أخطأ خطيئة، نكت في قلبه نكتة سوداء، فإن هو نزع واستغفر، وتاب، صقل قلبه، فإن عاد، زيد فيها حتى تعلو قلبه، فهو الران الذي قال الله تعالى: { كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَّا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Sesungguhnya seorang hamba itu, bila melakukan dosa, maka terjadilah titik hitam dihatinya, maka bila ia bertaubat darinya, hatinya kembali berkilat, dan bila ia menambah dosanya, tambah pulalah titik hitam itu. Yang demikian itu disebut oleh Allah Ta’ala dalam firmanNya, “Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” [Kata at-Tirmidzi, hadits ini hasan shahih]
Imam Ahmad, telah menceritakan kepada kami Sofwan bin ‘Isa, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu ‘Ajlaan daripada al-Qa’qa’ bin Hakiim dari Abu Soleh daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , dia berkata, telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
وقال أحمد: حدثنا صفوان بن عيسى، أخبرنا ابن عجلان عن القعقاع بن حكيم عن أبي صالح عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " إن المؤمن إذا أذنب، كانت نكتة سوداء في قلبه، فإن تاب ونزع واستغفر، صقل قلبه، فإن زاد زادت حتى تعلو قلبه، وذاك الران الذي ذكر الله في القرآن: - كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَّا كَانُواْ يَكْسِبُونَ-وقال الحسن البصري: هو الذنب على الذنب حتى يعمى القلب فيموت
Maksudnya: Sesungguhnya seorang mu’min itu apabila melakukan perbuatan dosa, terteralah titik hitam pada hatinya, dan jika ia bertaubat dan dan bila ia berhenti dan memohon ampun kepada Allah dan bertaubat, maka hatinya berkilat. Dan sanya jika dia kembali melakukan dosa, maka titik hitam itu kembali menutupi hatinya, sehingga titik hitam itu menutupi keseluruhan hatinya (jika ia berterusan melakukan dosa). Dan itulah maksud ar-Ran yang telah disebut Allah dalam al-Quran (didalam firmannya bermaksud): “Sekali-kali tidak (demikian) sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka”
Kerana itulah para shufi mengatakan bahwa:
لَدْغُ الزَّنَابِيْرِ عَلى الأَجْسَامِ المُقْرَحَةِ أَيْسَرٌ مِنْ لَدْغِ الشَّهَوَاتِ عَلى القُلُوْبِ المُتَوَجِّهَةِ
Maksudnya: Sengatan oleh beberapa ekor tebuan atas tubuh yang luka itu terlebih ringan dari sengatan syahwat-syahwat atas hati orang–orang yang menghadapkan dirinya kepada Allah.
Begitulah sekelumit dari apa yang aku pelajari dan fahami dari kuliah tersebut. Nak cerita semua … panjanggggg. Lenguh jari-jemari nak taip. Al-Maklum sajalah, taip guna satu dua jari …. :) Kuliah seterusnya adalah mengenai riyadhatun nafs dan tahdhibul akhlaq. InsyaAllah nanti aku kongsi …….
0 komen:
Catat Ulasan