Selasa, 5 Februari 2008

Catatan Perjalanan Ke Jakarta - Bogor Menghadiri Program Bersama Habib Umar - 4

Setelah tamatnya program Multaqo Ulama di Puncak Bogor, maka kami berangkat pula ke Sukabumi atas jemputan Habib Novel Abdullah al-Kaff untuk bermalam disana. Dalam perjalanan kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Masjid an-Nur, Empang, Bogor untuk menziarahi makam Habib Abdullah bin Muhsin al-Attas. Allahu Allah …… sesampainya kami disana, rupanya rombongan Habib Umar sudah berada disana. Kami menyertai program beliau disana dengan pembacaan maulid, seterusnya sedikit tausiyah, menziarahi kamarnya Habib Abdullah Muhsin al-Attas dan diakhiri dengan menziarahi maqamnya. Habib Abdullah bin Muhsin al-Attas adalah seorang ulama yang habaib yang cukup terkenal. Dan dia adalah dari kalangan ‘arifbillah bahkan seorang waliyullah. Disini kubawakan sedikit biografi mengenai beliau.

Namanya adalah Habib Abdullah bin Muhsin bin Muhammad bin Abdullah. bin Muhammad bin Mukhsin bin Hussin bin al-Habib Umar Bin Abdurrahman al-Atthas [shohib ratib al-Attas - wafat pada 23 Rabiulakhir 1072H/1652M]. Beliau berasal dari Yaman. Dilahirkan di Huraidhoh, Hadramaut, Yaman pada hari Selasa 20 Jumadilawwal 1275H. Beliau datang ke Indonesia pada tahun 1800anM.

Masjid Keramat Empang [Masjid an-Nur] didirikan sekitar tahun 1828 M. Pembinaan masjid ini dilakukan bersama para Habaib dan ulama-ulama besar di Indonesia. Di Sekitar kawasan Masjid Keramat terdapat peninggalan rumah kediaman Habib Abdullah, yang kini rumah itu diduduki oleh Khalifah Masjid, Habib Abdullah bin Zein al-Atthas. Didalam rumah tersebut terdapat kamar khusus yang tidak bisa sembarang orang memasukinya, karena kamar itu merupakan tempat khalwat dan zikir beliau. Bahkan disana terdapat peninggalan beliau seperti tempat tidur, tongkat, gamis dan serbannya yang sampai sekarang masih disimpan utuh. [mungkin kamar inilah yang kami dibenarkan masuk … ]. Dan di dalam kompeks masjid an-Nur inilah beliau dimakamkan [selain itu terdapat makam anak-anak beliau iaitu Habib Mukhsin bin Abdullah al-Attas, Habib Zein bin Abdullah al-Attas, Habib Hussin bin Abdullah al-Attas, Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Attas, Syarifah Nur binti Abdullah al-Attas dan juga makam murid kesayangan beliau iaitu Habib alwi bin Muhammad bin Thohir]

Al-‘Arifbillah Habib Abdullah bin Mukhsin al-Attas wafat pada hari Selasa, 29 Zulhijjah 1351H diawal waktu dzuhur Jenazah beliau dimakamkan keesokan harinya iaitu hari Rabu tanggal 1 Muharam 1352 H setelah Sholat zuhur.di kompleks Masjid an-Nur, Empang, Bogor.
Antara guru-guru beliau:

  • Syaikh Umar bin Faraj bin Sabah
  • Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Atthas
  • Habib Sholeh bin Abdullah al-Atthas, di Wadi Ammad, Hadralmaut.
  • Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi
  • Habib Abdullah bin Alwi al-Aidrus, di desa Burdi, Hadralmaut, disini ia bermukim cukup lama untuk menuntut ilmu dan membaca beberapa kitab diantaranya kitab yang dikarang oleh Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi.
  • Habib Ahmad bin Muhammad al-Muhdor
  • Habib Ahmad bin Abdillah al-Bar
  • Syaikh Abdullah bin Ahmad Basudan, di Karbah, Hadralmaut, ia juga bermukim disini.

Kalam hikmah al-‘Arifbillah Habib Abdullah bin Muhsin al-Atthas yang aku ambil dari blog al-maarif87.

Ilmu itu ada 2 macam:
1. Ilmu khosyah(takut) dan nur. Ilmu yang seperti ini, setiap kali manusia itu bertambah darinya, maka bertambah pula ia mengetahui akan dirinya dan semakin membuat ia yakin bahwa ia tidak mengetahui apa-apa.

2. Ilmu lisan. Ilmu yang seperti ini, setiap kali manusia itu bertambah darinya, maka bertambah pula peng-aku-annya dan ia mengira bahwa tidak ada orang lain yang sepertinya.

Sedangkan ilmu itu ada 3 klasifikasi, yaitu ilmu yaqiin, ilmu fusuuq, dan ilmu jidaal.

Adapun orang yang mempunyai ilmu yaqiin, maka ia akan selalu mendapat petunjuk. Seandainya ia menjumpai sesuatu, maka kasih sayang Ilahi yang menuntunnya. Sebagaimana seseorang berkata, "Kami mencari ilmu karena selain Allah, maka ilmu itu akan berpaling, kecuali ia pencarian ilmu itu karena Allah." Adapun orang yang bergelut dengan ilmu fusuuq (ilmu yang membawa pada kefasiqan), maka hendaklah orang seperti ini dan keadaannya ditinggalkan, karena orang seperti ini ditolak oleh Allah. Adapun orang yang bergelut dengan ilmu jidaal (ilmu berdebat), maka tidak seharusnya engkau meladeninya dengan berdebat pula, kecuali bagi orang yang mengetahui bahwa perdebatan tersebut dapat menyadarkannya, dan ia mampu mengutarakan hujjah kepadanya dan menangkis dalil darinya. Jika (engkau) tidak mampu demikian, maka hendaklah tinggalkan dia dan urusannya. [Majmu' kalam Al-Habib Abdullah bin Muhsin

Demikianlah biografi ringkas mengenai Habib Abdullah bin Muhsin. Kalau nak lebih detail boleh dapatkan buku mengenai riwayat hidup beliau dan kumpulan kata-kata hikmah dari beliau di Fajar Ilmu Baru [dulu dikenali dengan Pustaka Indonesia, Wisma Yakin, Jalan Masjid India].

Seterusnya kami ke Sukabumi. Bermalam di Pesantrennya Habib Novel (Naufal) bin Abdullah al-Kaff. Beliau adalah murid kepada abuya Sayyid Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki. Hampir 8 atau 10 tahun beliau dibawah tarbiyah Abuya Maliki. Pesantren milik Habib Novel terletak dipuncak sebuah gunung, dan bernama Darul Habib. Sesampai disana kami disambut mersa oleh Habib Novel dan beberapa orang santrinya. Dan terus dihidagkan minuman. Allahu Allah …. Aduh! Nyaman sekali suasananya, cuacanya dingin seperti di Genting atau Cameron Highland. Panoramanya indah bangat. Airnya dingin dan sangat jernih sehingga kelihatan kebiruan-kehijauan. MasyaAllah ….. Pada sebelah paginya selepas sholat shubuh, kami bertemu dengan para santrinya. Mereka telah mengalunkan beberapa buat qasidah yang indah-indah. Allahu Allah ….. Dan seterusnya seorang dari kami diminta memberi ucapan. Semestinyalah tuan guru yang bersama kami yakni Shaikh Fahmi. Satu perkara yang menyentuh hati aku dari ucapannya apabila beliau katakan kepada para santri: … pada pagi ini saya belajar satu perkara dari para santri disini … iaitu kalian bangun 1- 1 setengah jam sebelumi waktu subuh untuk berdhikrullah, beristighfar ……. Allahu Allah. Memang aku pun terjaga juga pada saat mendengar mereka berdhikrullah, namun dek kerana kepenatan maka aku terus layan tidur sehingga azan shubuh dikumandangkan …. Musafirlah katakaaaan! Pelajar disini cukup berdisplin. Bahasa perantaraan mereka adalah bahasa ‘arab. Mereka dilatih memulia dan berkhidmat kepada tetamu. Jubah kita orang pun mereka tolong seterikakan. Allahu Allah ……


Setelah tu kami bersarapan. Habis sarapan melawat kawasan pesantren. Setelahnya kami dihidangkan nasi arab …. MasyaAllah! Setelah menikmati hidangan maka kami berangkat pula ke Bogor iaitu ke pesantrennya Syaikh Nuruddin iaitu Ma’had az-Zein.

Sesampainya kami di az-Zein, kami disambut mesra oleh Tuanguru Syaikh Nuruddin dan terus saja ke kediaman beliau, manakala beg kami dibawa oleh para pelajar Ma’had az-Zein ke rumah tetamu. Allahu Allah …. Kali terakhir aku disini adalah pada tahun 2006 … ya, hampir1 bulan aku disini waktu itu. Terasa seolah-olah balik kampung sendiri pulak! Hehehe …. Setelah menikmati hidangan selamat datang di rumah Syaikh, kami kembali ke rumah tetamu untuk berehat seketika. Aku mengambil peluang bertemu dengan para santri yang ku kenali. Kebanyakkan dari mereka tidur … maklum sajalah sudah beberapa hari berkhidmat di Multaqo Ulama. MasyaAllah, khidmat yang mereka berikan tersangat-sangat bagus sehingga majlis multaqo tersebut berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Inilah didikan yang mereka terima dari Syaikh Nuruddin di Ma’had az-Zein.


Sesampainya kami di az-Zein, kami disambut mesra oleh Tuanguru Syaikh Nuruddin dan terus saja ke kediaman beliau, manakala beg kami dibawa oleh para pelajar Ma’had az-Zein ke rumah tetamu. Allahu Allah …. Kali terakhir aku disini adalah pada tahun 2006 … ya, hampir1 bulan aku disini waktu itu. Terasa seolah-olah balik kampung sendiri pulak! Hehehe …. Setelah menikmati hidangan selamat datang di rumah Syaikh, kami kembali ke rumah tetamu untuk berehat seketika. Aku mengambil peluang bertemu dengan para santri yang ku kenali. Kebanyakkan dari mereka tidur … maklum sajalah sudah beberapa hari berkhidmat di Multaqo Ulama. MasyaAllah, khidmat yang mereka berikan tersangat-sangat bagus sehingga majlis multaqo tersebut berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Inilah didikan yang mereka terima dari Syaikh Nuruddin di Ma’had az-Zein.

Selepas sholat dzohor kami dan para tetamu lain makan tengahari dirumah Syaikh Nuruddin. Setelah itu berkemas-kemas. Dan Syaikh sendiri membawa kami ke bandar Bogor untuk bershopping, membeli cenderahati buat teman-teman di Malaysia. Allahu Allah … tok guru bawa anak murid pi shopping … tok guru pandu kereta ….. Allahu Allah. Kerdil rasanya aku bila melihat akhlaq tuanguru ku ini. Setelah itu Syaikh Nuruddin menghantar kami ke Damri untuk mengambil bas express terus ke Bandara [lapangan terbang] …. Dan jam 8.30 malam waktu Indonesia kamipun berangkat pulang ke Malaysia manakala Syaikh Fahmi berangkat ke Pesantennya di Kalimantan.



Lebihkurang 12.00 tengahmalam kami mendarat di LCCT Malaysia. Satu perjalanan yang penuh dengan kenangan manis. Walaupun singkat tetapi pengalaman bersuhbah bersama Habib Umar, Syaikh Nuruddin, para habaib dan lain-lain ulama sangatlah indah.….. terutamanya ilmu dan nasihat yang mereka curahkan, doa mereka, lirikan mata mereka, senyuman mereka, layanan mereka sangat menenangkan hati … Allahu Allah. Semoga Allah Ta’ala memberkati dan memanfaatkan kepada kami dengan segala rahsia, cahaya, ilmu dan kelebihan mereka di dalam agama, dunia dan akhirat. Ameen

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

salam pakcik,

Alhamdulillah, terima kasih kerana berkongsi pengalaman, saya kagum, saya yang haqir ini mendoakan agar pakcik sentiasa di beri kekuatan untuk melalui perkara yang baik-baik ini, ameen.

fatimah_mastura berkata...

BismiLlah wal HamduliLlah.
As-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah.

Syukran jazilan diatas perkongsian ini.
BarakALLAHu fikum.

Related Posts with Thumbnails