Selasa, 28 Ogos 2007

Gerhana Bulan Malam Ini - Jom Sholat Gerhana

InsyaAllah, malam ini [28 Ogos 2007] akan berlaku gerhana bulan, dan dikita dituntut untuk melakukan sholat sunat gerhana bulan. Mai sini mau kalau nak tau lebih detail. Dan sholat sunat gerhana bulan ini dituntut dikerjakan secara berjemaah. Sholat ini dikerjakan sebanyak 2 rakaat. Disunatkan kepada kaum lelaki dan perempuan, yang bermukim maupun yang bermusafir. Hukumnya sunat muakkadah. Dan disunatkan mandi sebelum mendirikan sholat sunat gerhana. Kaifiatnya sedikit berbeza dengan sholat yang biasa kita lakukan dimana di dalamnya nanti terdapat 2 kali qiam dan dua kali rukuk dalam setiap rakaat. Dan setelah selesai sholat, dibacakan khutbah.

InsyaAllah banyak masjid-masjid yang akan menganjurkan sholat sunat gerhana secara berjemaah. Antaranya masjid al-Falah di USJ 9, dan rasanya seluruh masjid di Selangor akan melakukannya pasai JAIS ada mengeluarkan teks khutbahnya. Yang berapa sekitar Gombak, Ulu Klang, insyaAllah kat Surau Kemensah Height pun akan diadakan, dan dipimpin oleh Tuanguru Shaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Rembawi al-Maliki. Maka jangan lepaskan peluang ini. Sholat sunat gerhana bulan atau matahari jarang-jarang kita laksanakan. Semalam nisfu Sya'ban ... hari ini gerhana bulan .... masyaAllah .. masyaAllah ....

Maka disini diperturankan kaifiatnya:-

Rakaat Pertama:

  1. Niat : أُُصَلِّي سُنَّةَ خُسُوْفُ الْقَمَرِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى "Sahaja aku sembahyang sunat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala” [niat di dalam hati noooo ... adapun talaffuz binniyyat tu sunat disisi ulama' Syafie - kena perjelas .. sat gi dok kata bid'ah dholalah fulak :)]
  2. Baca doa Iftitah
  3. Baca Surah al-Fatihah
  4. Membaca mana-mana surah sekadar mampu atau disarankan surah al-Baqarah atau al-A’ala atau surah yang sederhana panjang
  5. Rukuk membaca tasbih sekadar baca 100 ayat atau sekadar mampu
  6. I’tidal
  7. Terus membaca surah al-Fatihah
  8. Membaca mana-mana surah sekadar mampu atau disarankan surah Aali 'Imran atau al-Ghasiyah atau surah yang sederhana panjang
  9. Rukuk membaca tasbih sekadar baca 80 ayat atau sekadar mampu
  10. I’tidal
  11. Sujud pertama membaca tasbih sekadar baca 100 ayat atau sekadar mampu
  12. Duduk antara dua sujud
  13. Sujud membaca tasbih sekadar baca 80 ayat atau sekadar mampu
  14. Bangun untuk rakaat ke dua

Rakaat Kedua:

  1. Baca Surah al-Fatihah
  2. Membaca mana-mana surah sekadar mampu atau disarankan surah an-Nisa’ atau al-Dhuha atau surah yang sederhana panjang
  3. Rukuk membaca tasbih sekadar baca 70 ayat atau sekadar mampu
  4. I’tidal
  5. Terus membaca surah al-Fatihah
  6. Membaca mana-mana surah sekadar mampu atau disarankan surah al-Maaidah atau Alam Nashrah atau surah yang sederhana panjang
  7. Rukuk membaca tasbih sekadar baca 50 ayat atau sekadar mampu
  8. I’tidal
  9. Sujud pertama membaca tasbih sekadar baca 70 ayat atau sekadar mampu
  10. Duduk antara dua sujud
  11. Sujud membaca tasbih sekadar baca 50 ayat atau sekadar mampu
  12. Tahiyyat akhir
  13. Memberi salam .
Sesudah sholat disunatkan membaca dua khutbah: Khutbah kerana gerhana ini dilakukan sebagaimana pada hari raya iaitu 2 khutbah dengan mengikut rukun-rukunnya seperti yang terdapat dalam khutbah Jum'at. Khutbah gerhana tidak dikehendaki bertakbir seperti khutbah hari raya dan tidak memadai dibaca satu khutbah sahaja kerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa-Sallam. Walaubagaimana pun 2 khutbah itu bukanlah menjadi syarat bagi sah sholat gerhana. Kalau tak baca khutbah pun, maka sholatnya sah.

Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan – Round 4 -

Sambung dari yang sebelumnya ….
[mohon maaf andaikata bahasa yang diguna kurang beradab … layaklah keluaq dari aku yang memang tak beradab pun ….kalau nak dengaq Shaikh Nuruddin jawab mai tang ni dan tang ni. Hak ni OK. Adapun yang aku punya lagu yang aku kata ... kasaq sikit. sikit ja! :)]

Aku buka UM Online …. Hah sah … cerita dulu juga. Tajuk dia ‘Jangan lelong agama untuk keuntungan perniagaan. Ditulis oleh seorang manusia yang namanya bila diringkaskan jadi MAZA. Berjawatan SS Mufti Negeri Indera Kayangan.Dia jugalah sebelum ni memfitnah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Menghina para ahlul bait bahkan secara tidak langsung menghina Raja negeri dia bernaung iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan. [SS – tu merujuk kepada syok sendiri bukan sohibus samahah]


Kataku: Tok Peti Indera Kayangan, sapa yang lelong agama tu? Anda tak terasakah bahwa andalah yang lelong agama! Tak terasakah anda, bahwa anda mencari publisiti murah dengan isi-isi yang lapok. Di mana suara anda bila kemungkaran bermaharajalela?. Di mana suara anda bila kemurtadan berleluasa? Di mana suara anda bila pabila isteri pemimpin negara mencium artis dalam suatu majlis? Ketika kedaulatan Islam dicabar, anda dok tang mana? Rasuah berleluasa anda wat apa? Bukankah anda yang melelong agama apabila menjadi ‘orang suruhan’ politikus, wahai SS Tok Peti Indera Kayangan? Kalau dulu berdegar-degar berdebat dengan Astora Jabat … tapi akhirnya ….anda dalam tong yang sama.

Siapakah yang lelong agama? Siapa yang menjualkan agamanya dengan dunia yang sedikit? Kalau dibaca ayat al-Quran surah al-Maaidah, ayat 44-50, lebih menggerunkan … bukan jual, bukan lelong … tetapi menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit … siapa mereka … ringkasnya mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah …. jangan mengikuti hawa nafsu mereka ……… Allahu Allah … Walaupun ayat-ayat tersebut ditujukan kepada orang Yahudi dan Nashrani tetapi dalam keadah usul disebut (العبرة بعموم اللفظ لا بخصوص السبب) – pengajaran itu diambil dari lafaz yang umum bukan dengan sebab yang khusus -

Al-Hakim meriwayatkan:
ويل لأمتي من علماء السوء يتخذون هذا العلم تجارة يبيعونها لأمراء زمانهم ربحا لأنفسهم لاأربح الله تجارتهم
Celakalah bagi umatku akibat perbuatan ulama su’, mereka memperdagangkan ilmu lalu menjualnya kepada penguasa dari kalangan penguasa di zaman mereka dengan maksud untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Semoga Allah Ta’ala tidak memberi keuntungan kepada perdagangan mereka itu.

Perhatikan jawatan yang dipegang … jangan sekadar mengguna untuk menyerang orang tetapi gunakan untuk mengembalikan manusia agar taat kepada segala perintah suruh dan larangNYA. Janganlah seperti singa lagaknya apabila menegur orang yang kerdil, tiada punya kuasa, pangkat dan kedudukan TETAPI menikus apabila berhadap dengan kesalahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh oleh mereka yang mempunyai kuasa, pangkat dan kedudukan

Tok Peti Indera Kayangan tulis …. OLEH kerana agama mempunyai fungsinya yang besar dalam masyarakat manusia, maka pelbagai pihak cuba menggunakan nama agama atas berbagai-bagai tujuan. Ada yang ikhlas, ada pula yang mengambil kesempatan atas nama agama untuk mengaut harta atau pengaruh. Maka penyalahgunaan nama agama bukan perkara baru dalam sejarah manusia.

Kataku: Siapa kah yang mengabil kesempatan sebenarnya??? Siapakah yang cari pengaruh sebenarnya? Kata-katamu ibarat meludah kahak kelangit. Cerminlah dirimu!

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Bukan sahaja Islam yang menerima bahana tersebut, agama-agama lain juga demikian. Namun bagi Islam, ia lebih perih, kerana Islam agama wahyu. Seorang muslim yang sebenar tentu akan merasai penyalahgunaan nama Islam adalah satu dosa yang amat serius kerana ianya adalah pemalsuan wahyu. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan nama Allah dengan membuat dakwaan palsu kononnya Allah memerintah atau melarang itu dan ini, padahal tiada sebarang nas dari Allah ataupun rasul-Nya adalah satu jenayah besar.

Kataku: Siapa yang memalsukan agama? Siapa yang membuat dakwaan palsu kononnya Allah memerintah atau melarang itu dan ini. Siapakah yang selama ini dok melarang bacaan Yasin malam Jum’at, siapa yang dok melarang bacaan talqin? Siapa yang melarang sambutan maulid? Siapa yang melarang bacaan shalawat syifa’? Siapa yang melarang zikir berjemaah selepas sholat? Siapa yang melarang orang sholat qabliah Jum’at? Siapakah yang melarang orang bertarekat? Ahh … banyak lagi kalau mau disenaraikan. Bukankah itu angkaramu wahai sang mufti Indera Kayangan????? Perhatikanlah! Maka siapakah penjenayah yang terbesar terhadap agama Allah?

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 33 (maksudnya) Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.

Kataku: Benarlah firman Allah itu. Sesungguhnya aku beriman dengannya. Tok peti, kau tiliklah pengertian ayat tersebut dengan sebenar-benar tilik.

Tok Peti Indera Kayangan tulis ….. Baginda s.a.w.: Juga menegaskan hal yang sama dalam banyak hadis baginda, antaranya daripada Aisyah, katanya: sabda Nabi: Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak (Riwayat Muslim).

Kataku: Benarlah sabdaan junjunganku, Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Sesungguhnya aku beriman dengannya. Perhatikan apakah yang dimaksudkan dengan “apa yang bukan daripadanya”? Perkara ini diperbincangan kan dengan panjang lebar oleh ulama iaitu persoalan bid’ah. Tiadalah aku nak bahas persoalan itu disini. Sumber hukum dalam agama itu boleh dirujuk dari kitab-kitab usul fiqih, qawaid fiqh …..

Tok Peti Indera Kayangan tulis : Maka setiap insan Muslim hendaklah berhati-hati tentang kesempatan yang diambil oleh banyak pihak untuk menjadikan agama saluran keuntungan atau menempatkan pemikiran peribadi yang akhirnya diberikan cop agama. Jika hal ini dibiarkan, maka ajaran-ajaran palsu akan muncul atas nama agama dan Islam yang tulen akan hilang dari sesetengah masyarakat.

Kataku: Memang benar, setiap Muslim diMalaysia hendaklah berhati-hati dengan golongan pihak yang menjadikan agama sebagai saluran untuk mendapatkan keuntungan, pengaruh, pangkat dan kedudukan. Juga dari golongan yang menempatkan pemikiran peribadi ataupun pendapat yang terpinggir. Semua sudah sedia maklum tentang amalan Islam diMalaysia. Tauhidnya bermazhab ‘Asyairah atau Maturidiah, manakala fiqihnya bermazhab salah satu dari mazhab yang empat, tetapi umumnya bermazhab Syafie. Tetapi sejak akhir-akhir ini golongan yang berfahaman Wahabi cuba menyuntik pemikiran mereka kedalam masyarakat. Memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Membid’ah dholalahkan itu dan ini … dan sebagainya. Fahaman ini sudah lama di tolak oleh ulama Tanah Melayu. Bahkan sejak dari awal tahun 1900an lagi. Dan anda [SS Tok Peti] salah seorang daripada penggerak kepada pemikiran tersebut. Jadi siapa yang membawa ajaran palsu? Siapa yang cuba menghilangkan ajaran Islam yang tulin dari masyarakat. Masyarakat Tanah Melayu tidak pernah beraqidah seperti anda, SS Tok Peti …. Aqidah yang mengatakan ALLAH duduk! Wah, kalau mau dibongkar banyak lagi. Cukup setakat ini dulu. Pembaca boleh dapatkan disini. [abusyafiq]

Dan perhatikan pula pesanan seorang ulama kita, Shaikh ‘Abdullah Fahim. Ulama yang menentukan tarikh pengisytiharan kemerdekaaan 31 Ogos 1957. Baca jangan tak baca!

Tok Peti Indera Kayangan tulis: Justeru itu saya amat menentang seorang ‘warga seberang’ yang menggelarkan diri al- Banjari dengan kononnya memiliki beberapa kelebihan mendakwa bahawa sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah lantas sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga.

Kataku: Amboi … cantik bahasa! Seberang mana tu? Bukankah anda pun warga seberang. Seberang Perai! Bekerja diseberang – Pulau Pinang! Gamaknya keturunan MAZA juga mai dari ‘seberang’. Wallahu a’lam. Apakah salahnya seorang yang berketurunan Banjar atau berasal dari Banjar menisbahkan dihujung namanya dengan al-Banjari? Bukankah kita kenal nama ulama’ kita dengan nisbahnya sahaja seumpama Imam an-Nawawi [Nama sebenaq Yahya bin Syarf], Imam Sayuthi [Nama sebenaq ‘Abdurrahman bin Abu Bakar]. Bahkan memang dah jadi tradisi ulama akan bubuh nisbahnya dhujung namanya samada menunjukkan:-
  • Keturunannya atau qabilahnya] – seperti al-Haddad, as-Saqqaf, al-Hasyimi, al-Quraisyi dan lain-lain; atau
  • Asalnya – al-Banjari, al-Fathani, al-Bahanji [Pahang], al-Kelantani, al-Hind [India], al-Bakistani [Pakistan] dan lain-lain; atau
  • Mazhabnya – asy-Syafie, al-Hanbali, al-Hanafi, al-Maliki; atau
  • Kelulusannya – keluaq mai dari madrasah mana, seperti al-Azhari, an-Nadwi, ad-Deobandi dan lain-lain.
Bukankah panutan serta idola anda juga lebih dikenali dengan nisbahnya sahaja iaitu al-Albani ketimbang nama sebenarnya Muhammad Nashiruddin bin al-Haj Nuh al-Albani. Jadi apa masalahnya kalau digelar sebagai al-Banjari. Rasionallah sikit beb!

Adapun tentang kelebihan, maka bagi aku memang beliau lebih ketimbang MAZA. Ilmunya, adabnya, keterampilannya, kitab-kitab yang dihasilkannya, jumlah muridnya [di Malaysia, Indonesia, dan Mesir], sistem pengajian bersanad yang diwarisinya, murid-muridnya sangat menyayanginya dan menghormatinya, guru-guru yang beliau berguru kepada mereka, masyaAllah, masyaAllah … bahkan banyak lagi. Maka bukan ‘konon’ lagi bahkan suatu kenyataan, memang ‘lebih’ Tetapi kelebihan yang ada pada Shaikh Nuruddin bukanlah untuk beliau banggakan. Bahkan itu semua adalah merupakan fadhlun minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya. Maka apakah anda irihati dengan kelebihan tersebut? Buanglah penyakit hasad dihatimu itu ……!

Shaikh Nuruddin dakwa?????? Aku mohon SS Tok Peti buktikan tuduhannya bahwa Shaikh Nuruddin mendakwa bahwa “sesiapa yang berjabat tangan dengannya, seakan berjabat tangan dengan Rasulullah lantas sesiapa berjabat tangan dengannya juga akan masuk syurga”. Bilakah tarikh dakwaan itu dibuat? Dimanakah tempat dakwaan itu dibuat? Dihadapan siapakah dakwaan itu dibuat? Andainya tiada buktinya maka ketahuilah SS Tok Peti bahwasanya engkau telah membuat satu FITNAH. Dan fitnah itu sangat keji. Bawakanlah buktinya, insyaallah, perkara itu boleh diperjelaskan. Jangan hanya sekadar dengar dari kata-kata orang. Terfikir aku sejenak, apakah layak seorang mufti membuat tuduhan tanpa bukti? Thiqahkah mufti yang sedemikian? Sepanjang aku berguru dengan Shaikh Nuruddin, tidak pernah beliau mengatakan begitu. Maka berhati-hatilah dalam membuat tuduhan! SS Tok Peti bukankah beliau meriwayatkan hadits musalsal? Anda lebih faham tentang bagaimana hadits musalsal diriwayatkan. Bukankah anda mengambil pengajian hadits di UIA. Kata murid-murid anda, anda pakar hadits .... tapi kalau hak ni pun tak boleh nak paham ... pakar apa ka jadahnya!


Tok Peti Indera Kayangan tulis: Dakwaan palsu ini dibuat olehnya dengan menggunakan hadis palsu kononnya Nabi bersabda: Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku maka dia masuk syurga. Maka setiap mereka akan berjabat tangan dengan guru mereka dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi.

Kataku: Mengenai ilmu hadits, maka aku tidak layak menjawabnya. Aku bukan seorang yang mendalami ilmu hadits. Kutub sittah pun belum habis aku pelajari. Baiquniah bukan menjadi hafalanku. Kitab rijal hadits juga aku ngakk punya. Namun aku ada membaca kitab karangan guruku yang mulia, Shaikh Nuruddin, bertajuk Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki wa al-Ahaadits al-Musalsalat. Aku tidak pasti samada SS Tok Peti ada membaca kitab tersebut atau tidak. Kitab tersebut mengandungi hadits-hadits musalsal yang beliau terima dari guru-guru beliau. dan disana disertakan sedikit komentar. Atau SS Tok Peti bisa membaca daripada kitab-kitab hadits musalsal. Kemudian barulah membuat penilaian yang adil dan saksama.

Yang menjadi aku sedikit musykil tentang niat serangan SS SS Tok Peti ni adalah … kenapa Shaikh Nuruddin sahaja diserang berkaitan dengan hadits tersebut? Shaikh Ahmad Fahmi Zam-Zam juga ada meriwayatkannya hadits seumpamanya didalam kitab musalsalnya, begitu juga shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi juga ada meriwayatkan hadits tersebut didalam kitabnya al-Musalsalaat al-‘Asyarah. Bukan mereka sahaja, bahkan ulama besar seperti asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin Abbas bin Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani juga meriwayatkannya, bahkan ramai lagi ulama’ menulis, meriwayatkan hadits musalsal bil mushofahah tersebut dalam pelbagai riwayat dengan perlbagai komentar. Kenapa Shaikh Nuruddin sahaja yang diserang? Benarlah kata Shaikh Nuruddin … dalam jawapannya. Boleh pi dengaq … aku dah upload kat blog ni ………. Dan kalau tengok kat youtube tu … jelas kekeliruanan SS Tok Peti ni. Gamaknya kalau dia dengaq aku baca ayat al-Quran … wa-ana rabbukum fattaqun [al-Mu’minun:52] atau wa-ana rabbukum fa’buduuni [al-Anbiya:92] … atau Inni ana robbuka [Thaha: 12] apakah dia akan tuduh aku mengaku Tuhan? …. Atau aku baca ayat Innanii analLah laa ilaaha illaa ana, fa’buduni [Thaha: 14] …. dia akan tuduh aku mengaku Tuhan?

Nampak sangat dia sendiri tak paham cara periwayatan hadits musalsal …. Mahir hadits apa ka jadahnya lagu nih! Kesian kat adik-beradik, saudara-mara dan suku-sakat aku yang dok kat Perlih sana … bermuftikan seorang manusia spesis ???? sebegini ….!


Bersambung ke pusingan seterusnya ……

Isnin, 27 Ogos 2007

Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan – Round 3 -

Penjelasan dari al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh SS MAZA.


Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan – Round 2 -

Penjelasan dari al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh SS MAZA.


Jangan Lelong Agama Untuk Keuntungan Perniagaan – Round 1-

Pagi Ahad (26 Ogos 2007) aku dikejutkan dengan deringan talipon rumah. Talipon rumah aku ni jarang berdering pasai tak ramai yang tahu nombornya. Rupanya seorang kawan sekampung talipon.

Kawan aku: Assalamu’alaikum


Aku: Wa-‘alaikumussalam wa-wahmatullahi wa-barakatuh.


Kawan aku: Sheh ..... hang baca paper dak hari ni? Budak Asri [merujuk pada Mufti Perlis] serang Shaikh Nuruddin.


Aku: Apadia? Habaq mai sekali lagi …. pasai apa?


Kawan aku: Asri serang Shaikh Nuruddin pasai hadits salam tuuu …


Aku: Oooo isu lama tu, dia dah besa [biasa] serang dah … dah jawab pun … dah sejuk pun ..


Kawan aku: Sheh …. dia serang through Mingguan Malaysia


Aku: Ya ka? [amarah aku pun apa lagi ….. melambung lah … tempreture turuih naik – nasib baik darah tinggi tak mai … hehehe] Takpa sat gi aku baca dalam Utusan Online..... [aku dah dekat 5-6 tahun tak beli surathabaq ... baca online saja]


___________________

Maka pasai artikel tersebutlah [dalam MM] aku nak tulis sikit tentang guru aku Shaikh Nuruddin [aku pernah, sedang dan insyaAllah akan terus ngaji dengan guruku yang mulia Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki] dan seterusnya nak jawab beberapa fitnah yang mamat sekoq tu tulih. Adapun tentang ilmu hadits tu aku harap para murid Shaikh yang ‘alim-‘alim tu boleh jawab ….. Aku tak layak sama sekali. Dan akupun sebenaqnya tiadalah layak nak dakwa sebagai murid beliau ….. tapi bila orang dah serang beliau … fitnah beliau …. Mana boleh tahan beb! Tambahan pulak aku pernah dok beberapa ketika di Bogor ngaji dengan Shaikh, makan setalam dengan Shaikh, takkan aku nak biaq lagu tuuu saja bila tok guru aku ni diserang, difitnah. Bacul lah aku! Cuma pertama-tamanya, aku mohon maaf dari Shaikh andaikata tindakanku ini kurang adab. …..

Mula-mula aku nak kenalkan dulu siapa itu Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari. Mungkin ramai tak berapa kenal dengan beliau. Bahkan yang pakat dok ngaji dengan beliau pun tak kenai habih akan tok guru depa nih. Allahu Allah. Murid akhiaq zaman ....! Tulisan ini aku olah dan tambah dari dari tulisan murid beliau yang bernama Abu Zaki al-Hidayati dan Ansarusj 2006 [wah sejak kapan ,aji menulis …… terkejut banget akuu ….. :)] Dan aku yaqin makhluk sekoq yang tulis fitnah tu pun, tak kenai Shaikh apalagi nak baca semua tulisan Shaikh.


BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI

al-Fadhil Tuanguru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.



Berhijrah ke Tanah Suci Makkah

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.


Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

[Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian bersama Shaikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru kesayangannya ini. Matanya merah berair …. ya… mengingati guru kesayangannya ini. Beliau juga menunjuk gambar gurunya yang mulia ini kepada aku …..]

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990

Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
  • asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
  • asy-Syaikh al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
  • asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
  • asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
  • asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
  • asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
  • asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
  • asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
  • asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
  • asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
  • al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
  • asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
  • asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
  • asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
  • al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
  • al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
  • al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
  • al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
  • asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.

MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.


Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama' muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta'lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke'afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.

MENGHASILKAN KARYA ILMIAH

Beliau telah melibatkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 1991. Beliau telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu'tabar tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakkannya dalam bahasa Arab.

Kitab tulisan beliau:
  • الإحاطة بأهم مسئل الحيض والنفاس والاستحاضة
  • تساؤلات وشبهات وإباطيل حول معجزة الإسراء والمعراج والرد عليها
  • المختار من نوادر العرب وطرائفهم
  • آدب المصافحة
  • من هو المهدى المنتظر؟
  • المجال الإقتصاد في الإسلام
  • بيان مفتى جمهورية مصر العربية حول فوائد البنوك في ميزان أهل العلم
  • سفر المرأة (احكامه و آدابه)
  • الدرر البهية في إيضاح القواعد الفقهية
  • معلومات تهمك
  • أسماء الكتاب الفقهية لسادتنا الأئمة الشافعية
  • أحكام العدة في الإسلام
  • آراء العلماء حول قضية نقل الأعضاء
  • أدلة بحريم نقل الأعضاء الآدمية
  • الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر في الكتاب والسنة
  • العبر ببعض معجزات خير البشر صلى الله عليه وسلم
  • محمد نور الدين مربو البنجاري المكي والأحاديث المسلسة
  • الجوهر الحسن من أحاديث سيدنا عثمان عفان رضي الله عنه
  • اسمى المطالب من بعض أحاديث سيدنا على بن أبي طالب رضي الله عنه
  • مراقي الصعود من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن مسعود رضي الله عنه
  • إفادة العام والخاص من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما
  • الكواكب الدري من أحاديث سيدنا أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
  • الكواكب الأغر ببعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمر رضي الله عنهما
  • زاد السلك من أحاديث سيدنا أنس بن مالك رضي الله عنه
  • الإقتباس من أحاديث سيدنا عبدالله بن عباس رضي الله عنهما
  • فيض الباري حول بعض أحاديث سيدنا أبي موسى الإشعري رضي الله عنه
  • الردة أسبابها وأحكامها
  • توفيق الباري لتوضيح وتكميل مسائل الإيضاح للامام النووي
  • مكانة العلم والعلماء وآداب طالب العلم
  • dan banyak lagi

Antara kitab yang beliau tahqiq dan ta’liq
  • رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة
  • قرة العين بفتاوى الشيخ إسماعيل عثمان زين
  • رفع الأستار عن دماء الحج والاعتمار
  • شروط الحج عن الغير
  • الحسن البصري
  • إقامة الحجة غلى أن الإكثار في التعبد ليس ببدعة
  • خصوصيات الرسول صلى الله عليه وسلم
  • يستان العارفين
  • dan banyak lagi

MAJLIS PENGAJIAN BELIAU Dl TANAH AIR MALAYSIA

Pada tahun 1998 beliau telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat Bin Yusuf رحمه الله pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang.
[gambar sebelah ini adalah gambar Shaikh Hasan al-Masyath]

Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan bertambah jumlah hadirin yang tidak mahu ketinggalan menimba ilmu dan menerima siraman rohani daripada beliau. Selepas 4 tahun menabur bakti di bumi Kedah beliau telah pulang ke tempat asal kelahirannya untuk menubuhkan pesantren beliau sendiri di Kalimantan dan seterusnya pada tahun 2004 beliau menubuhkan Maahad az-Zein al-Makki al-‘Ali Litafaqquh Fiddin di Ciampiea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Dan disinilah beliau menetap dan mendiri bakal ulama.

KELEBIHAN BELIAU

Yang pertama dan utama adalah beliau selalu istiqamah dalam apa jua yang dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan ilmu. Diantara kelebihan beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang lain iaitu beliau tidak pernah kelihatan letih walaupun jauh dan lama masa mengajar, banyak tempat pengajian yang beliau hadiri dan juga kelebihannya lagi pasti ada perkara baru yang disampaikan oleh beliau dalam pengajarannya. Adapun kehebatan beliau dalam menyampaikan ilmu mengaitkan masalah semasa dengan apa yang disampaikannya sungguh amat luar biasa dan amat member kesan sekali kepada para hadirin. Beliau bukan sahaja mencurahkan ilmu kepada muridnya bahkan terlebih utama lagi beliau memberi didikan adab semasa belajar. Itu merupakan fadhlun minallah kepada hamba-hambanya yang bertaqwa kepadanya.
[gambaq ni adalah gambaq Shaikh Yasin al-Fadani. Salah satu daripada sanad hadits musalsal yang dikontroversikan oleh simakhluq penulis fitnah di MM tu, Shaikh Nuruddin terima dari Shaikh Yasin]

IRSYADAT AL FADHIL

(Petikan ucapan sulung al-Fadhil Syaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah - pada hari Itsnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)

  • Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya. Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘watu ilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.
  • Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
  • Tanggungjawab kita lah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.
  • Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.
  • Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesama sendiri.
  • Jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.
  • Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan dampingi mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.
  • Hormatilah kitab-kitab, susun dengan baik dan terhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menenteng ikan sahaja, dakapkan ke dada.
  • Akhlak juga harus besar sebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
  • Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.

InsyaAllah nanti aku sambung round -2, malam ni nak pi baca Yaasin malam nisfu Sya'ban [... bid'ah kata mufti Indera Kayangan tu ..maka kata kau: Lantak engkau lah labuuuuu! Kau kata lah apa kau nak kata, fatwalah apa yang kau nak fatwa, aku tak pegangpun fatwa hang yang songsang tuh!]

Khamis, 23 Ogos 2007

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah - (Siri - 9)

Transliterasi Kitab Jala-ul Qulub bi-Zikrillah “جلاء القلوب بذكر الله” oleh Shaikh Abdusshamad bin Wan Muhammad Shalih bin Wan Abdul Lathif al-Fathani رحمه الله تعالى atau lebih dikenali dengan nama Tuan Tabal.(Penyebar Thariqat Ahmadiyyah Pertama di Nusantara). Kitab Jala-ul Qulub ini selesai ditulis oleh Tuan Tabal pada waktu Zuhur, hari Rabu, 18 Muharam 1287 Hijrah/1870 Masihi

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: hamba Allah yang faqir lagi haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian adalah dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan yang sebenar. Sekian.)


Fashal (فصل) pada menyatakan tawakkal atas Allah

Hai saudaraku! Sucikan olehmu akan ‘baitullah’ itu daripada cemar-cemar berpegang atas makhluq kerana tiap-tiap seorang daripada makhluq ini baginya hajat jikalau raja sekalipun, padahal tiada kuasa ia menyempurnakan dia [hajat tersebut] maka betapa hal kuasa ia tolong menyempurnakan hajat orang yang lain(1). Dan hiasi olehmu dengan i’timad [berjabat atau berpegang] atas Allah. Dan jangan engkau takut daripada seorang sekali-kali kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.

Dan jangan engkau wahamkan dengan was-was bahwasanya makhluq ini memberi manfaat atau mudharat(2). Tiada jatuh suatu melainkan dengan kehendak Allah bahwasanya Tuhanmu terlebih hampir kepada engkau daripada tiap-tiap suatu maka janganlah engkau harapkan kepada segala itbaa’ (اتباع ) dan segala anak dan raja dan orang yang besar-besar dan segala harta dan kepandaian dan percarian. Sekeliannya itu dibawah perintah Allah, maka hendaklah engkau i’timad pada sekalian ahwal kepada Allah kerana [D]ialah yang hadhir tiada jauh daripada engkau lagi yang menolongkan dikau. Maka jika bergerak batu daripada puncak bukit kepada pihak engkau maka jangan kamu lari daripadanya, i’timad olehmu atas Allah dan pada tiap-tiap tempat kamu sebutkan Allah dan berselindung olehmu di dalam kota Allah (yakni لااله إلا الله) hingga jadi daripada zumrah [golongan] ahlullah dan sucikan olehmu daripada segala waham yang mengikutkan ruh kamu dan daripada segala khayal yang membimbangkan hati kamu daripada zikrullah.

Dan masuk olehmu di dalam maqam tawakkal atas Allah dan buang olehmu akan segala yang keruh-keruh di dalam hatimu, nescaya kamu dapat di dalam ka’batullah itu bagi berjumpa dengan Allah.


______________________________________________

Notakaki:

(1) Shaikh Ibn ‘Athoillah dalam hikamnya menyebut: Janganlah engkau angkatkan (mengadu) hajat kepada selain daripadaNYA, Dia jua yang mendatangkan daya atasmu. Maka betapa dapat mengangkatkan yang lain daripadanya barang yang telah Dia menghantarkan baginya. Barangsiapa tiada kuasa mengangkatkan hajat daripada dirinya maka betapa kuasa ada ia mengangkatkan bagi hajat daripada yang lain daripadanya.

(2) Sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadits Nabi صلى الله عليه وسلم.
Dari Abi Al 'Abbas 'Abdillah bin 'Abbas رضي الله عنهما. telah berkata dia: "Saya pernah berada di belakang Nabi صلى الله عليه وسلم pada suatu hari, maka baginda bersabda: “Wahai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan: Peliharalah (jagalah) Allah, pasti Allah akan memelihara (menjaga) engkau; Peliharalah Allah, pasti engkau akan mendapatNya dihadapanmu (bersamamu); Jika engkau minta, mintalah kepada Allah; Jika engkau minta pertolongan, mintalah pertolongan dari Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya jika seluruh umat bersepakat untuk memberikan manfaat padamu dengan sesuatu, nescaya tiadalah mereka dapat melakukan hal itu, kecuali dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah padamu, dan jika mereka bersepakat untuk memudharatkan kamu dengan sesuatu, nescaya tiadalah mereka mampu mendatangkan apa-apa mudharat keatasmu kamu melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Telah diangkat kalam dan telah kering lembaran-lembaran [Hadits riwayat at-Tirmidhi dan dia telah berkata :Hadis Hasan Sahih]

Terjemahan dari kitab “عيوب النفس ودواؤها” - Penyakit 25 – 27

Terjemahan dari kitab “عيوب النفس ودواؤها” oleh Imam Abu Abdurrahman as-Sulami
(Keaiban Nafsu Yang Ke 25, 26 dan 27)


Penyakit Keduapuluh Lima: Tamak haloba dalam memakmurkan kehidupan duniawi(1) serta berlebih-lebihan di dalam perkara itu.

Rawatannya: Ialah menyedari bahawa dunia ini bukanlah tempat yang kekal. Sebaliknya akhiratlah kesudahan yang kekal abadi. Orang yang berakal itu akan berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk menikmati kehidupannya yang kekal abadi bukannya menghabiskan tenaga sewaktu di dalam perjalanan. Firman Allah Ta’ala:

اعْلَمُواْ أَنَّمَا الْحَيَوةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِى الاٌّمْوَلِ وَالاٌّوْلْـدِ…

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasana (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu (dengan berlebih-lebihan) dan kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan hartabenda dan anak-pinak….” (Surah al-Hadid:20)

Firman Allah Ta’ala:
….. وَالاٌّخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَى …..
Maksudnya: “ …. Dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa …” (Surah an-Nisa’:77)

Firman Allah Ta’ala lagi,
….وَالدَّارُ الاٌّخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ …..
Maksudnya: “… dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa ….”. (Surah al-A’raf:169)

Penyakit Keduapuluh Enam: Menganggap baik kerja-kerja yang dihasilkan oleh nafsu (amarah) tetapi menganggap tercela perbuatan yang menyalahi kehendak hawa nafsu itu.(2)

Rawatannya: Ialah dengan mencela nafsu (amarah) kerana ia (nafsu amarah) berterusan menyuruh kepada perbuatan keji, bersangka buruk sesama makhluq serta menganggap ringan balasan azab dari Allah.(3)

Penyakit Keduapuluh Tujuh: Merasa kasihan belas kepada nafsu, patuh melaksanakan tuntutannya.

Rawatannya: Ialah berpaling daripada nafsu (amarah) serta kurangkan perhatian terhadapnya. Kata al-Sulamiy: “Aku mendengar datukku berkata, sesiapa yang memuliakan nafsunya, dia akan menghina agamanya.” (4)

_____________________________________

Notakaki:-

(1) Komentar dari pentahqiq kitab ini (Dr. Muhammad al-Sayyid al-Julainid): Tidak syak lagi bahawa usaha memakmurkan mukabumi ini adalah antara tuntutan Islam. Ia adalah tugas manusia dan menjadi sebab kepada diutuskan manusia di atas mukabumi. Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya” (Surah Hud : 61).

Perintah yang terkandung di dalam ayat tersebut adalah wajib dilaksanakan berdasarkan kemampuan. Tetapi as-Sulami menganggap ini adalah termasuk di dalam persoalan penyakit yang menghinggapi jiwa. Sayogia diketahui bahawa aliran ini bukanlah bersifat dominan didalam aliran kesufian Islam secara keseluruhannya. Melainkan ianya adalah aliran yang bersifat negatif dan hanya kelompok tertentu didalam tasawwuf. Mereka memberikan perhatian di dalam masalah ini adalah kerana bimbang hati manusia akan terikat dengan selain Allah. As-Sulami tidak bermaksud berusaha mencari rezeki yang halal itu sebagai tanda jiwa yang berpenyakit tetapi yang ingin dijelaskan adalah disebalik itu. Lihat penyakit jiwa yang ke-58.

[Tambahan dari hamba yang faqir lagi haqir abuzahrah] Pada pandangan hamba yang faqir lagi haqir ini, secara ringkasnya, maksud as-Sulami adalah ditujukan kepada mereka yang tamak memburu dunia sehingga melupakan Allah. Mereka mengutamakan kehidupan dunia dari akhirat. Mereka memburu dunia untuk kepentingan nafsu mereka semata-mata. Dunia bertapak didalam hati mereka, sedangkan sebahagian dari para salaf dahulu sentiasa berdoa.اللهم اجعلها في أيدينا ولا تجعلها في قلوبنا . Dunia dijadikan jambatan keakhirat. Dunia yang dikurniakan Allah kepada mereka diinfaqkan kembali kejalan Allah, bukan untuk kepentingan nafsu. Kita dituntut zuhud terhadap dunia. Bukanlah zuhud itu tidak mempunyai sesuatu di dalam tangan, tetapi ia adalah tidak terpesonanya hati dengan dunia walaupun ia jatuh ke dalam miliknya. Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan atau mengharamkam yang halal, bukan juga membuang harta, boleh jadi seorang yang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong dari dunia (dunia tidak bertapak dihatinya), dan boleh jadi orang faqir itu adalah orang yang bersifat duniawi apabila hatinya amat berkehendakan (bercita-cita memiliki) dunia (dunia bertapak dihatinya walaupun belum memilikinya). Wallahu a'lam.

(2) Menurut Shaikh Ahmad bin Muhammad az-Zarruq, tanda orang redha pada nafsu ada tiga iaitu:-

  • Melihat yang benar bagi nafsunya - melihat dirinya yang benar. Maka segala perkara dilakukan adalah bertitik-tolak dari dirinya.
  • Belas kasihan terhadapnya – memanjakan diri dengan mengikuti segala kehendaknya
  • Menutup segala keaibannya dengan mensucikannya – iaitu dia melihat keaibannya sebagai suatu yang baik dengan membuat takwilan-takwilan sedangkan dia tahu bahwasanya perkara yang dilakukan itu adalah tidak baik.

(3) Maksudnya celalah kejahatan nafsu tersebut dan jinakkanlah dia dengan mengerjakan ketaatan, bersangka baik sesama makhluk [asy-Syaikh Abu Bakar bin Salim berkata di dalam syairnya: Wahai Pemuda! Hendaklah bersangka baik kepada semua makhluk, kerana sesungguhnya (asrar) rahsia-rahsia Tuhanmu tersebar pada makhluk-makhlukNya], memandang berat segala azab yang dijanjikan oleh allah kepada pelaku maksiat dan dosa dan seterusnya …. [tambahan dari hamba yang faqir lagi haqir abuzahrah]

(4) Berkata Zun Nun al-Mishri: Jangan engkau berteman dengan Allah kecuali dengan melakukan perkara-perkara yang muwafakat dengan perintahNya, jangan bergaul dengan makhluk kecuali dengan saling nasihat-menasihati, jangan beserta nafsu kecuali dengan menyalahinya (menentangnya) dan jangan berserta dengan syaitan kecuali dengan permusuhan/perseteruan.

Selasa, 21 Ogos 2007

Majlis Pengajian Kitab Bersama Shaikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Ogos - Sept 2007)

Khamis, 16 Ogos 2007

Majlis Bersama Ulama di Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya



AL-JILSAH MA’AL ULAMA
(MAJLIS BERSAMA ULAMA’)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir kemajlis bersama ulama’ iaitu bersama pendakwah terkenal Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

Tarikh: 11 Sya’ban 1428H / 24 Ogos 2007
Masa: Selepas Sholat Maghrib
Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

________________________________________


Biodata ringkas Habib Munzir bin Fuad al-Musawa

Beliau adalah lulusan dari Institut Pengajian Darul Musthafa, Tarim, Hadralmaut, Yaman. Mendapat bimbingan langsung dari pengasas Darul Musthafa iaitu, al-‘Allamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Beliau kembali ke Jakarta dan mulai berdakwah pada tahun 1998 untuk mengajak masyarakat bertaubat dan mencintai Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan mengamalkan sunnahnya dan menjadikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai qudwah hasanah.

Habib Munzir mula berdakwah siang dan malam dari rumah ke rumah sekitar Jakarta. Beliau sanggup tidur di mana sahaja, dirumah-rumah masyarakat, bahkan pernah tidur di anjung rumah orang kerana penghuni rumah tersebut sudah tidur beliau tidak mahu mengganggu mereka ketika larut malam.

Setelah usaha dakwahnya berjalan lebih kurang 6 bulan, Habib Munzir membuka majlis setiap malam selasa (mengikuti jejak gurunya al-Habib Umar yang membuka majlis mingguan setiap malam selasa). Seterusnya beliau memimpin Ma’had Assa’adah, yang diwaqafkan oleh al-Habib Umar bin Hud al-Atthas di Cipayung, Jakarta. Setelah setahun, Habib Munzir tidak lagi memimpin ma’had tersebut tetapi meneruskan giat usahanya dengan mengadakan majlis-majlis ceramah dan kuliah-kuliah ilmu disekitar Bandaraya Jakarta.

Maklumat lanjut tentang aktiviti dakwah beliau boleh didapati dengan melayari laman web beliau sendiri yang bernama MajelisRasulullah. Beliau juga pernah menyampaikan tazkirah ringkas sempena Majlis Bersama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang diadakan di Masjid al-Falah pada 24 Mei 2007.

Rabu, 15 Ogos 2007

فـرشي التراب

Khamis, 9 Ogos 2007

Gambar Majlis Bersama Habib Salim asy-Syatrie















Rabu, 8 Ogos 2007

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Nabi صلى الله عليه وسلم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/ Puan yang dimuliakan,

PENASIHAT, YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Y.B/Dato’/Tuan/Puan ke :MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ NABI صلى الله عليه وسلم

Tarikh : 11 Ogos 2007 bersamaan 27 Rejab 1428 Hijrah (Sabtu)

Masa : Bermula jam 2.30 petang

Tempat : Madrasah al Hasaniah, Kampung. Bukit Sembilan, Km. 35 Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan. [Madrasah Shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi]

Keterangan lanjut sila kesini

Jumaat, 3 Ogos 2007

Forum - Islam dan Cabaran Semasa di Malaysia

Tarikh: 28 Rejab 1428H / 12 Ogos 2007
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Anjuran: Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)



Related Posts with Thumbnails