Isnin, 12 Jun 2006

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله على ماأنعم الذي علم بالقلم علم الإنسان مالم يعلم ثم الصلاة والسلام على سيدنا محمد سيد العرب والعجم وعلى آله الاطهاروأصحابه مصابيح الظلم

Segala puji bagi Allah atas segala karunianya yang telah mengajarkan manusia dengan perantara pena. Dia jualah yang mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. Shalawat serta salam kulimpahkan kepada junjungan Nabi termulia, Muhammad صلى الله عليه وسلم penghulu orang-orang arab dan ajam, juga kepada keluarga baginda yang suci dan para sahabat baginda , penerang segala kegelapan.

Alhamdulillah, dengan kurniaNya hamba yang faqir ini dapat memanfaatkan alam cyber ini untuk sama-sama berkongsi apa
…..yang pernah kuterima dari tarbiah masyaikhku
…..yang pernah aku talaqqi dan pelajari dari guru-guruku,
…..yang dipelajari dari rakan-rakanku,
…..yang kubaca dari sekian kitab,
…..yang kulihat dan kudengari,
…..yang kutip dari pengalaman hidupku …
dengan saudara/i yang melayari blog ini. Insyaallah …. Sama-samalah kita meneliti mutiara-mutiara ilmu yang kupetik dari kitab-kitab para ulama yang mu’tabar ditambah pula dengan huraian para guru yang benar ….. Andaikata terdapat salah dan silap maka hamba menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf kerana itu adalah dari kejahilanku, kedhoifanku, kefaqiranku, kealpaanku ……..

Hanya kepadaMu Ya Allah hamba memohon petunjuk………

1 komen:

As Salik berkata...

Ini adalah kerja-kerja amal. Teruskan menulis dan menyebarkan ilmu tuan. Insyaalah sama-sama kita melayarinya. -As Salik

Related Posts with Thumbnails