Jumaat, 23 Jun 2006

وتشبهوا إن لم تكونوا مثلهم إن التشبه بالكرام فلاح


ذكر الأنبياء من العبادة وذكر الصالحين كفارة وذكر الموت صدقة وذكر القبر يقربكم من الجنة
Maksudnya : Mengingati para Nabi adalah ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kafaarah dan mengingati mati adalah sedekah dan mengingati qubur mendekatkan kalian semua kesyurga (Hadith riwayat ad-Dailami didalam Musnad al-Firdaus. Menurut Imam asy-Sayuthi didalam al-Jami’ asy-Shoghir, hadith ini dhoif)

وقال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى – عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة

Sayyiduna Uwais al Qarni

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله عزوجل يحب من خلقه الأصفياء الأخفياء الأبرياء الشعثة رؤسهم المغبرة وجوههم الخمصة بطونهم الذين إذاستأذنوا على الأمراء لم يؤذن لهم وإن خطبوا المتنعمات لم ينكحوا وأن غابوا لم يفتقدوا وإن طلعوا لم يفرح بطلعتهم وإن مرضوا لم يعادوا وإن ماتوا يشهدوا
قالوا: يا رسول الله كيف لنا برجل منهم؟ قال: ذاك أويس القرني
قالوا: وما أويس القرني؟
قال: أشهل ذوصهوبة,بعيد ما بين المنكبين معتدل القامه آدم شديد الأدمة ضارب بذقنه إلى صدره رام ببصره إلى موضع سجوده, واضع يمينه على شماله, يتلو القرآن, يبكى على نفسه, ذوطمرين لا يؤبه له متزربإزار صوف ورداء صوف, مجهول في أهل الأرض, معروف في السماء, لوأقسم على الله لأبرقسمه ألا وإن تحت منكبه الأيسر لمعة بيضاء, ألا وإنه إذكان يوم القيامة قيل للعباد: ادخلوا الجنة, ويقال لإويس: قف فاشفع, فيشفعه الله عزوجل في مثل ربيعة ومضر. ياعمر, ياعلي إذ أنتمالقيتماه فاطلباإليه أن يستغفرلكما يغفرالله لكما.

Maksudnya (dengan terjemahan secara lebih kurang)
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه katanya : Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:“Sesungguhnya Allah عزوجل menyintai akan makhluqNya yang bersifat al-asfiya’ (iaitu orang-orang yang mempunyai hati dan rohani yang bersih, suci, jernih dan tulus dan benar-benar mendampingi Allah ) lagi bersifat al-akhfiya’ (iaitu orang-orang yang mengasingkan diri mereka daripada orang ramai atau orang-orang yang ber’uzlah, yang diam-diam, yang sembunyi-sembunyi, kerana Allah ( lagi bersifat al-abriya’ (iaitu orang-orang yang terkena debu/berdebu, iaitu orang-orang yang kehidupannya adalah tersangat miskin, penuh pengorbanan dan kesabaran di atas kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui kerana Allah) lagi bersifat asy-sya’itsah ruusuhum (iaitu orang-orang yang mana adalah rambut mereka kusut masai, tidak teratur, mungkin kerana sibuk dengan urusan-urusan ukhrowi dan juga menghadapi liku-liku kemiskinan hidup dan juga pengorbanan atas agama Allah swt) lagi bersifat al-mughobbaroh wujuuhuhum (iaitu orang-orang yang mana wajah-wajah mereka penuh berlumuran debu, lantaran liku-liku kesusahan yang dihadapi dalam hidup mereka yang serba sederhana dan kekurangan dan kerana Allah Ta’ala) lagi bersifat al-khomishotu butuunuhum (iaitu orang-orang yang tersangat kempis perut-perut mereka kerana kelaparan dan kurang makan, sama ada kerana sememangnya tiada makanan/miskin, atau pun kerana banyak berpuasa), dan lagi bersifat yang mana tatkala mereka memohon keizinan (kebenaran/perkenan) daripada pemimpin-pemimpin maka tidak diizinkan atau tidak diperkenankan bagi mereka, dan lagi bersifat bahawa kiranya mereka meminang wanita-wanita yang berharta atau berkedudukan duniawi sedikit maka pinangan mereka ditolak (iaitu mereka tidak akan dinikahkan dengan wanita-wanita tersebut) dan lagi bersifat kiranya mereka ghoib atau menghilangkan diri (daripada sesuatu majlis atau sesuatu tempat mithalnya), maka mereka tidak akan dicari oleh orang lain (iaitu orang ramai tidak ambil kisah dengan kehilangan atau pemergian mereka) dan lagi bersifat kiranya mereka muncul atau hadhir (dalam sesuatu majlis atau sesuatu tempat mitsalnya), maka orang ramai tidak gembira dengan kemunculan atau kehadhiran mereka itu, dan lagi bersifat kiranya mereka jatuh sakit, maka mereka tidak diziarahi (iaitu orang ramai tidak melawat/mengunjungi mereka), dan lagi bersifat kiranya mereka mati, maka mereka tidak didatangi atau dikunjungi (iaitu orang ramai tidak menziarahi jenazah mereka).

(Setelah mendengar sabdaan Baginda صلى الله عليه وسلم itu), maka mereka (yakni para sahabat رضي الله عنهم) telah bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimanakah bagi kami (untuk mendapatkan) seorang lelaki daripada mereka itu (iaitu orang-orang yang dicintai Allah yang mempunyai sifat-sifat di atas)?

Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم : Itulah Uwais al-Qoroniy.

Mereka (iaitu para sahabat رضي الله عنهم) bertanya lagi: Dan bagaimanakah (sifat-sifat) Uwais Al-Qoroniy itu?

Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم : (Dia) mempunyai mata yang agak kebiru-biruan dan juga berwarna kemerah-merahan/perang, di antara kedua bahunya agak jauh (yakni bidang dadanya), badannya lurus tegak seimbang bila berdiri, mempunyai warna kulit sawo matang (atau hitam manis), sentiasa cenderung dengan dagunya/janggutnya ke dadanya (ya'nii menundukkan kepalanya kerana tawadhu' dan banyak berzikrullah), pandangan matanya sentiasa berada ditempat sujudnya, sentiasa meletakkan yang kanan di atas yang kirinya, sentiasa mentilawahkan Al-Quraan, sentiasa menangis atas dirinya, mempunyai dua helai kain usang/lusuh, tidak diendahkan oleh orang ramai (iaitu tidak diperhatikan dan tidak dipedulikan oleh orang ramai), sentiasa memakai kain izaar/sarung yang diperbuat daripada suuf (bulu) dan sentiasa memakai selendang yang juga diperbuat daripada suuf (bulu), tidak dikenali (majhuul) pada kalangan penduduk bumi, dikenali (ma'ruuf) pada kalangan penghuni langit (para malaikat), seandainya dia bersungguh-sungguh memohon kepada Allah Ta’ala pastilah Allah Ta’ala akan memberikan bahagian-bahagiannya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya di bawah bahunya yang kiri terdapat bintik putih, ketahuilah bahawa bila datang hari qiyamat nanti dikatakan kepada hamba-hamba: Masuklah kalian ke dalam syurga!, dan dikatakan kepada Uwais: Berhenti, dan mintalah syafaa'at! Maka Allah 'Azza wa Jalla pun menerima syafaa'atnya seperti mana Robii'ah dan Mudhor. Wahai 'Umar! Wahai 'Ali, apabila kalian berdua telah berjumpa dengannya maka mohonlah kalian berdua kepadanya supaya dia memohon istighfaar (kepada Allah Ta’ala) untuk kalian berdua, nescaya Allah akan mengampun kalian berdua (menerusi istighfarnya itu).



Terjemahan kasar daripada kitab Shifah as-Sofwah oleh al-Imaam al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj ibnu al-Jauziy رحمه الله تعالى, jilid ke-2, juzuk ke-3 halaman 28. Daarul Kutub al-Ilmiyyah, Beiruut-Lubnaan. Mohon ampun maaf diatas segala kesilapan dan segala kekurangan.

1 komen:

Awanama berkata...

Hamba ingin kongsi pengalaman dari kisah benar dan bacaan serta gambar para awliya dan arifun dalam kitab terjemahan inggeris The Meaning of Man -Sh Ali alJamal m.1730 setebal 455 muka.oleh Aishah Bewley terbutan Madinah Press. Boleh dibeli kedai MPH dan Muzium islam KL.

Dia Sidi Ali Jamal adalah guru kepada Sh Mulay Arabi ad-Darqawi m.1780.seterusnya silsila Shadzili-darqawi ini turun kepada Shaykh al-Kamil Muhammad ibn al-Habib m.1971 Meknes/Fez. Beliau pernah bertemu dengan Sh.Ahmad Alawi Mostaganem m.1936. Dalam Meaning of Man dipaparkan gambar-gambar shuyukh,wali, majdzub dan muqadim tariqa darqawi seperti Wali Bahlil/Sidi Muhammad Shaharawims.56, 5 muqadim Darqawi ms.5, Wali Mulay Hassan alMjdhub ms374, Mulay Abu Qasim ms.126,Sh.Fayturi/libya guru kedua kepada Sh Abdal Qadir as-sufims.226, Sh.Alawi ms.196.

Silsila atau isnad penuh Jalan Shazili-Darqawi ini adalah dimuka surat 348.ringkasnya majoriti ulama dan shuyukh sejak 1800 hingga sekarang yang telah membaca Kitab Menaing of Man berpendapat ianya lebih hebat dari Kitab Hikam Ibn Atahillah atau Fusus al-hikam Ibnu Arabi. Sebabnya dalam kitab ini mengupas fasal faqir murid wali sufi dan rahsia maqamat/hal masyaikh dengan sistematik berasaskan lapan matrix sufi, iaitu
zahir-batin,hissi-maknawi, nafs-alkaun,samawi-ardhi,farq-jam serta beberapa lapisan lagi.Pendekata kitab ini adalah rujukan para shuyukh dan ulama besar, bukan untuk muridin biasa.

Sememangnya para awliya yang hidup dan zuhud duduk terpencil dipadang pasir, gunung, pekan dan kota tetapi tiada reputasi dan nama akan selalu terlepas dari dikenali. Mereka membuat kerja dan berkhidmat fisabilillah untuk makhluk tanpa bising dan minta habuan atau upah. Nama dan jasa mereka hidup dilangit tetapi dibumi macam permata tertanam dan benih berharga. Siapa bernasib menemui mereka, dapat doa dan tunjuk ajar serta izin khas, maka berbahagialah para ghuraba sezaman...sekian.

Related Posts with Thumbnails