Khamis, 15 Jun 2006


Pengajaran dari Surah Luqman
Nasihat Seorang Bapa Mitsali Kepada Anaknya

Pelajaran 1
Luqman berpesan kepada anaknya supaya jangan mensyirikkan Allah, kerana syirik itu adalah merupakan satu kezaliman yang besar.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يٰبُنَيَّ لاَ تُشْرِكْ بِٱللَّهِ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar” (Surah Luqman:13)


Pelajaran 2
Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Sebesar-besar nikmat yang kita dianugerahi adalah nikmat Iman dan Islam.

……… أَنِ ٱشْكُرْ لِي……

Maksudnya: “……….(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu …….” (Surah Luqman:14)


Pelajaran 3
Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih serta berbuat baik kepada ibubapa di atas susah payah terutamanya seorang ibu yang menggandungkannya, seterusnya menyusukannya dengan penuh kelembutan dan belaian kasih-sayang, manakala seorang ayah pula bertungkus-lumus bekerja untuk mencari rezeki demi untuk membesarkan anak.

وَوَصَّيْنَا ٱلإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ ٱلْمَصِيرُ

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman:14)



Pelajaran 4
Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak supaya mensyirikkan Allah dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah. Namun dalam masa yang sama mengauli mereka dengan cara yang baik.

وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلاَ تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي ٱلدُّنْيَا مَعْرُوفاً ……


Maksudnya: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik …..” (Surah Luqman:15)


Pelajaran 5
Luqman mendidik anaknya agar menuruti jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali kepada Allah yakni jalan yang Allah anugerahkan nikmat kepada mereka yang terdiri daripada golongan nabi-nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin. Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah dan mereka yang sesat!

….. وَٱتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya: “……… Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Surah Luqman:15)


Bersambung………

Semoga pendekatan yang diceritakan dalam surah Luqman ini menjadi inspirasi dan panduan dalam kita mendidik anak-anak untuk menjadi generasi rabbani. Ayoh bangunlah wahai ayah dan ibu! Didiklah anak-anakmu …. Wasiatkanlah ….. anak-anakmu sebagaimana Luqman al-Hakim memberi didikan …. wasiat …. kepada anaknya.

3 komen:

Awanama berkata...

Assalaamu`alaikum ya sidi,

maa ahsana kalaamak ! alhamdulillah

amni berkata...

assalamualaikum
saya pernah terdengar tazkirah, anak2 akan fotostat sebijik kelaku mak bapak masa muda.. merisaukan!! sebab apa, coz kalau waktu muda kita ni byk lagha, tak mau la anak2 pon jadi gitu gak nanti...
so how to prevent this?

Awanama berkata...

pada pendapat saya anak2 tidak semestinya akan fotostate sebijik kelakuan parent, sbb hidayah itu milik Allah dan walau betapa hebat pun da'wah ibu bapa terhadap anak (contoh: anak nabi Nuh) tetap hidayah itu milik Allah.

dan satu lagi berapa banyak kes2 parents penuh kemaksiatan tapi anak berubah ke arah kebaikan berkat hidayah Allah.

Related Posts with Thumbnails