PENGAJIAN & DISKUSI KITAB BERSAMA
SHEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
DISEMBER 2006
KHAMIS, 7 DISEMBER 2006
5.00 ptg – 6.30 ptg
Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 1: ‘Sunan Al-Tarmizi‘ (Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh)
7.45 mlm – 9.15 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 2: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1(Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh)
JUMAAT, 8 DISEMBER 2006
9.00 pg - 11.00 pg
Program Muslimat (Dewan Kuliah, INTIM, Ipoh)
5.00 ptg – 6.30 ptg
Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 1: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh)
7.45 mlm – 9.15 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 2: ‘Rahsia Keutamaan Solat Subuh’ (Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh)
AHAD, 10 DISEMBER 2006
9.00 pg – 10.30 pg
Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 1: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
11.00 pg – 12.30 tgh
Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 2: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
5.00 ptg – 6.30 ptg
Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 3: ‘Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman’ (Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
7.45 mlm – 9.15 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab – Sessi 4: ‘Hadits Riwayat Sepuluh Sahabat Jilid 1’ (Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya
ISNIN, 11 DISEMBER 2006
9.00 pg - 11.00 pg
Program Muslimat (Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya)
7.45 mlm – 9.15 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab : ‘Rahsia Keutamaan Solat Subuh’ (Surau Al-Falah, Seksyen 6, Kota Damansara)
SELASA, 12 DISEMBER 2006
7.45 mlm – 9.15 mlm
Pengajian & Diskusi Kitab: ‘Rahsia Keutamaan Solat Subuh’ (Surau An-Nur, Bandar Seremban Selatan, Seremban)
Rabu, 29 November 2006
Kategori Hebahan
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, November 29, 2006 1 komen
Ahad, 3 September 2006
SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU
AL-BANJARI AL-MAKKI
SEPTEMBER 2006
Tarikh: Khamis (7 Sept. 2006)
Masa : 8.00mlm – 9.30 mlm
Tempat: Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh
Program: Sambutan Nisfu Sya’ban serta Pengajian Kitab Sunan at-Tirmizi
Tarikh: Jumaat (8 Sept. 2006)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Darul Hadits, Alor Mengkudu, Alor Star
Program: Majlis Pecah Tanah, Darul Hadits, Alor Mengkudu, Alor Setar
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Akan dimaklumkan
Program: Tajuk Pengajian akan dimaklumkan
Tarikh: Sabtu (9 Sept 2006) – Rabu (13 Sept 2006)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Masjid al-Bukhari, Alor Setar
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Tahzibul Misykat dan an-Nasoih ad-Diniah)
Masa : 8.00 mlm – 10.00 mlm
Tempat: Masjid al-Bukhari, Alor Setar
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Hadits Riwayat Sepuluh Shahabat – Jilid 1)
Tarikh: Khamis (14 Sept 2006)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Masjid al-Bukhari, Alor Setar
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Tahzibul Misykat dan an-Nasoih ad-Diniah)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Gunung Semanggol, Perak
Program: Ceramah Perdana: Insan, Iman dan Islam
Tarikh: Jumaat (15 Sept 2006)
Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9
Program: Muslimat
Masa : 1.00 tgh – 1.20 tgh
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9
Program: Tazkirah Jumaat – Ahlan Ramadhan
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Masjid Jamek as-Shomadiah, Pelabuhan Klang
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Kedudukan Golongan Yang Lemah Di Sisi Allah)
Tarikh: Sabtu (16 Sept 2006)
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9
Sessi 1
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Hadits Riwayat Sepuluh Shahabat – Jilid 1)
Sessi 2
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tgh
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman)
Sessi 3
Masa : 5.15 ptg – 6.45 ptg
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Hadits Riwayat Sepuluh Shahabat – Jilid 1)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Program: Persembahan Qasidah serta Huraian Hukum Berkomnpang dan Adab-adab di dalam Masjid
Tarikh: Ahad (17 Sept 2006)
Tempat: Masjid al-Falah USJ 9
Sessi 1
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman)
Sessi 2
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tgh
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Hadits Riwayat Sepuluh Shahabat – Jilid 1)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Surau an-Nur, Bandar Seremban Selatan, Seremban, N9
Program: Ceramah Perdana – Di Ambang Ramadhan
Tarikh: Isnin (18 Sept 2006)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Surau an-Najahiyah, Seksyen 19, Shah Alam
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Sarana Sedekah Di Dalam Islam)
Tarikh: Selasa (19 Sept 2006)
Masa : 8.00 mlm – 9.30 mlm
Tempat: Surau al-Falah, Seksyen 6, Kota Damansara
Program: Pengajian dan diskusi kitab (Kitab: Ancaman Masakini – Murtad dan Islam Liberal)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
HAJI AHMAD: 012-2600160
SAUDARA SHAHARI: 013-3393112
SAUDARA ZAIN: 012-3083086
Atau sila lawat ke blog: www.abuanis.blogspot.com
Kategori Hebahan
Catatan al-fagir abu zahrah pada Ahad, September 03, 2006 0 komen
Jumaat, 30 Jun 2006
Artinya: Dari Abu Hurairah رضي الله عنه , bahawasanya seorang laki-laki berkata kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: Berikanlah wasiat kepadaku. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم : “Janganlah engkau marah”. Maka diulangi oleh orang itu beberapa kali. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: "Janganlah engkau marah."
Adapun amal yang menghilangkan marah seseorang itu maka iaitu apabila marah seseorang itu maka hendaklah ia mengucapkan:
Dan apabila tiada hilang marah itu dengan mengucapkan,
Dan sabda صلى الله عليه وسلم, maksudnya:
“Apabila marah seseorang daripada kamu itu maka hendaklah ia mengambil wudu’ maka hanyasanya marah itu jadi daripada api.” [Menurut Imam al-Iraqi hadits riwayat Abu Daud]
Dalam riwayat yang lain Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya:
“Bahawasanya marah itu daripada syaitan dan bahawasanya syaitan itu dijadikan akan dia daripada api, dan hanyasanya padam api itu dengan air. Maka apabila marah seseorang daripada kamu maka hendaklah ia mengambil wudu’. [Menurut Imam al-Iraqi hadits riwayat Abu Daud]
Kata Sayyiduna Abu Hurairah رضي الله عنه artinya: “Apabila marah Nabi saw padahal ia berdiri maka duduk ia ada apabila ia marah padahal duduk ia maka berbaring ia, hilanglah marahnya. [Menurut Imam al-Iraqi, atsar ini riwayat dari Ibn Abi Dunya]
Ruj: Sairus Salikin
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Jumaat, Jun 30, 2006 1 komen
Khamis, 29 Jun 2006
Saudara-saudaraku rahimakumullah, kita adalah musafir yang akan menempuh perjalanan yang sangat jauh disana kelak. Maka persiapkanlah bekal dan kinilah saat berbekal bagi musafir yang berjalan menuju akhirat……..
Saudara-saudaraku rahimakumullah, ingatlah bahawa kekasih kita Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda mengingatkan kita bahawa perjalanan hidup kita kita dunia ini seumpama seorang pengembara.
Artinya: Dari Ibn Umar ضي الله عـنهـما . telah berkata :" Rasulullah, telah memegang bahuku dan bersabda: “Anggaplah dirimu didunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara” Dan adalah Ibn Umar ضي الله عـنهـما telah berkata :"Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "
Ya …. Seorang pengembara memerlukan bekalan untuk perjalanannya dan wahai saudara—saudaraku, apakah sebaik-baik bekal yang perlu kita persiapkan? Allah Ta'ala Yang Maha Penyayang telah menunjukkannya sebagaimana firmanNya:
Artinya: Berbekallah! Maka sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal' (Surah Al Baqarah : 197).
Saudara-saudaraku rahimakumullah, ayoh persiapkanlah bekal kalian. Perjalanan ini jauh sekali. Dan pastinya kita akan berpindah kesana. Ayoh! Bersiap-siaplah untuk pindah, karena tidak ada jalan untuk menetap di tempat ini. Bagaimana mungkin kita terus menetap di sini? Bukankah telah kalian lihat orang-orang tua kalian satu demi satu meninggalkan dunia. Apakah orang yang menyaksikan semua ini masih menginginkan bukti lagi?!
Saudara-saudaraku rahimakumullah, andaikata kita sudah dihantarkan kesana … disemadikan disana, maka kiranya kita temui kesulitan pada permulaan perpindahan kita itu, maka alangkah celakanya kita nanti dalam perjalanan seterusnya. Mari kita renungi akan peringatan ini …..Maksud dari sepotong hadits yang diriwayatkan oleh Sayyiduna 'Utsman radiyallahu 'anhu.....
Adalah telah menjadi kebiasaan ‛Utsman bin ‛Affan , apabila beliau berhenti di atas suatu kubur, beliau menangis hingga basah janggutnya, dan beliau ditanya: Engkau menyebut syurga dan neraka, dan engkau tidak menangis, sedangkan engkau menangis ketika melihat kubur? Beliau menjawab: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Sesungguhnya kubur itu adalah tempat persinggahan pertama dari negeri akhirat, jika seseorang selamat di dalamnya, maka keadaan yang sesudahnya akan lebih mudah, tapi jika tidak selamat, maka apa yang sesudahnya akan lebih dahsyat lagi, beliau berkata: Rasulullah bersabda: Tidaklah aku pernah melihat satu pemandangan, melainkan kubur itu lebih mengerikan dari padanya “ (Hadits riwayat: Turmuzi dan Ibnu Majah )
Bersegeralah sebelum hari yang panjang menyambut kalian, sebelum kalian beristirahat di tempat yang sangat buruk, sebelum kalian menangis dan meratap menghadapi bencana besar, hisab yang berat, perhitungan dari hal-hal yang paling kecil sampai pada yang paling penting. Saat itu kalian akan mendapati amal baik kalian, dan menyesali segala yang telah kalian sia-siakan. Di hari itu penyesalan tidak bermanfaat; alasan tidak didengar. Karena itu, manfaatkanlah waktu yang singkat ini. Bangkitlah, bulatkan tekad kalian, curahkan segenap tenaga, dan perbaikilah semua yang telah kalian telantarkan… Dan ingatlah wahai saudara-saudaraku, akan hari firman ini …….
Wahai saudara-saudaraku rahimakumullah, marilah kita rebut peluang yang masih ada ini. Aku seolah-olah mendengar pesanan kekasihku, junjungan sallallahu 'alaihi wassalam yang dicintai menasihati kita semua dengan sabdanya:
Artinya: Rebutlah akan lima perkara sebelum [datang] lima perkara: Hidupmu sebelum matimu, sehatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum sebelum masa sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu dan masa kayamu sebelum faqirmu. (Riwayat Imam Ahmad didalam Musnadnya dari Ibn Abbas)
Dan juga pesanan dari Sayyiduna Ali radiyallahu 'anhu .....
“Dunia itu bergerak menjauh dari kehidupan manusia sedangkan akhirat bergerak mendekatinya. Masing-masing dari keduanya mempunyai budak yang setia kepadanya. Maka, jadilah kamu sekalian sebagai budak akhirat dan janganlah kamu sekalian menjadi budak dunia. Sesungguhnya di dunia inilah tempat beramal dan tidak ada penghisaban sedangkan di akhirat nanti adalah saat penghisaban dan bukan tempat beramal.”
Saudara-saudaraku rahimakumullah, semoga kleak kita tidak termasuk kedalam golongan yang rugi …. golongan yang menyesal … golongan yang memohon untuk kembali beramal sedangkan perkara sedemikian tidak mungkin berlaku ……
Artinya: “Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin” (Surah as-Sajadah:12)
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Jun 29, 2006 1 komen
Sabtu, 24 Jun 2006
بكيت على شباب قد تولى * فيا ليت الشــباب لنا يعـود
لو كان الشــباب يباع بيعا * لأعطيت المــبايع ما يـريد
ولكن الشـباب إذا تــــولى * على شـرف فمطلــبه بعـيد
Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita
Seandainya masa muda itu bisa diperjualbelikan pasti aku kan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan
Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil
Kategori Mutiara Kata
Catatan al-fagir abu zahrah pada Sabtu, Jun 24, 2006 2 komen
Jumaat, 23 Jun 2006
لا تلم المرء على فعله وأنت منسوب إلى مثله
من ذم شيئا أتى مثله فإنما دل على جهله
Sesiapa yang mencela sesuatu sedangkan ia melakukan hal yang sama, maka sesungguhnya itu menunjukkan kebodohannya
Dan seseorang hamba itu selamanya tidak akan sunyi dari ‘aib
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Jumaat, Jun 23, 2006 1 komen
قالوا: يا رسول الله كيف لنا برجل منهم؟ قال: ذاك أويس القرني
قالوا: وما أويس القرني؟
قال: أشهل ذوصهوبة,بعيد ما بين المنكبين معتدل القامه آدم شديد الأدمة ضارب بذقنه إلى صدره رام ببصره إلى موضع سجوده, واضع يمينه على شماله, يتلو القرآن, يبكى على نفسه, ذوطمرين لا يؤبه له متزربإزار صوف ورداء صوف, مجهول في أهل الأرض, معروف في السماء, لوأقسم على الله لأبرقسمه ألا وإن تحت منكبه الأيسر لمعة بيضاء, ألا وإنه إذكان يوم القيامة قيل للعباد: ادخلوا الجنة, ويقال لإويس: قف فاشفع, فيشفعه الله عزوجل في مثل ربيعة ومضر. ياعمر, ياعلي إذ أنتمالقيتماه فاطلباإليه أن يستغفرلكما يغفرالله لكما.
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه katanya : Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:“Sesungguhnya Allah عزوجل menyintai akan makhluqNya yang bersifat al-asfiya’ (iaitu orang-orang yang mempunyai hati dan rohani yang bersih, suci, jernih dan tulus dan benar-benar mendampingi Allah ) lagi bersifat al-akhfiya’ (iaitu orang-orang yang mengasingkan diri mereka daripada orang ramai atau orang-orang yang ber’uzlah, yang diam-diam, yang sembunyi-sembunyi, kerana Allah ( lagi bersifat al-abriya’ (iaitu orang-orang yang terkena debu/berdebu, iaitu orang-orang yang kehidupannya adalah tersangat miskin, penuh pengorbanan dan kesabaran di atas kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui kerana Allah) lagi bersifat asy-sya’itsah ruusuhum (iaitu orang-orang yang mana adalah rambut mereka kusut masai, tidak teratur, mungkin kerana sibuk dengan urusan-urusan ukhrowi dan juga menghadapi liku-liku kemiskinan hidup dan juga pengorbanan atas agama Allah swt) lagi bersifat al-mughobbaroh wujuuhuhum (iaitu orang-orang yang mana wajah-wajah mereka penuh berlumuran debu, lantaran liku-liku kesusahan yang dihadapi dalam hidup mereka yang serba sederhana dan kekurangan dan kerana Allah Ta’ala) lagi bersifat al-khomishotu butuunuhum (iaitu orang-orang yang tersangat kempis perut-perut mereka kerana kelaparan dan kurang makan, sama ada kerana sememangnya tiada makanan/miskin, atau pun kerana banyak berpuasa), dan lagi bersifat yang mana tatkala mereka memohon keizinan (kebenaran/perkenan) daripada pemimpin-pemimpin maka tidak diizinkan atau tidak diperkenankan bagi mereka, dan lagi bersifat bahawa kiranya mereka meminang wanita-wanita yang berharta atau berkedudukan duniawi sedikit maka pinangan mereka ditolak (iaitu mereka tidak akan dinikahkan dengan wanita-wanita tersebut) dan lagi bersifat kiranya mereka ghoib atau menghilangkan diri (daripada sesuatu majlis atau sesuatu tempat mithalnya), maka mereka tidak akan dicari oleh orang lain (iaitu orang ramai tidak ambil kisah dengan kehilangan atau pemergian mereka) dan lagi bersifat kiranya mereka muncul atau hadhir (dalam sesuatu majlis atau sesuatu tempat mitsalnya), maka orang ramai tidak gembira dengan kemunculan atau kehadhiran mereka itu, dan lagi bersifat kiranya mereka jatuh sakit, maka mereka tidak diziarahi (iaitu orang ramai tidak melawat/mengunjungi mereka), dan lagi bersifat kiranya mereka mati, maka mereka tidak didatangi atau dikunjungi (iaitu orang ramai tidak menziarahi jenazah mereka).
(Setelah mendengar sabdaan Baginda صلى الله عليه وسلم itu), maka mereka (yakni para sahabat رضي الله عنهم) telah bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimanakah bagi kami (untuk mendapatkan) seorang lelaki daripada mereka itu (iaitu orang-orang yang dicintai Allah yang mempunyai sifat-sifat di atas)?
Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم : Itulah Uwais al-Qoroniy.
Mereka (iaitu para sahabat رضي الله عنهم) bertanya lagi: Dan bagaimanakah (sifat-sifat) Uwais Al-Qoroniy itu?
Sabda Baginda صلى الله عليه وسلم : (Dia) mempunyai mata yang agak kebiru-biruan dan juga berwarna kemerah-merahan/perang, di antara kedua bahunya agak jauh (yakni bidang dadanya), badannya lurus tegak seimbang bila berdiri, mempunyai warna kulit sawo matang (atau hitam manis), sentiasa cenderung dengan dagunya/janggutnya ke dadanya (ya'nii menundukkan kepalanya kerana tawadhu' dan banyak berzikrullah), pandangan matanya sentiasa berada ditempat sujudnya, sentiasa meletakkan yang kanan di atas yang kirinya, sentiasa mentilawahkan Al-Quraan, sentiasa menangis atas dirinya, mempunyai dua helai kain usang/lusuh, tidak diendahkan oleh orang ramai (iaitu tidak diperhatikan dan tidak dipedulikan oleh orang ramai), sentiasa memakai kain izaar/sarung yang diperbuat daripada suuf (bulu) dan sentiasa memakai selendang yang juga diperbuat daripada suuf (bulu), tidak dikenali (majhuul) pada kalangan penduduk bumi, dikenali (ma'ruuf) pada kalangan penghuni langit (para malaikat), seandainya dia bersungguh-sungguh memohon kepada Allah Ta’ala pastilah Allah Ta’ala akan memberikan bahagian-bahagiannya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya di bawah bahunya yang kiri terdapat bintik putih, ketahuilah bahawa bila datang hari qiyamat nanti dikatakan kepada hamba-hamba: Masuklah kalian ke dalam syurga!, dan dikatakan kepada Uwais: Berhenti, dan mintalah syafaa'at! Maka Allah 'Azza wa Jalla pun menerima syafaa'atnya seperti mana Robii'ah dan Mudhor. Wahai 'Umar! Wahai 'Ali, apabila kalian berdua telah berjumpa dengannya maka mohonlah kalian berdua kepadanya supaya dia memohon istighfaar (kepada Allah Ta’ala) untuk kalian berdua, nescaya Allah akan mengampun kalian berdua (menerusi istighfarnya itu).
Terjemahan kasar daripada kitab Shifah as-Sofwah oleh al-Imaam al-'Aalim Jamaaluddiin Abil Faroj ibnu al-Jauziy رحمه الله تعالى, jilid ke-2, juzuk ke-3 halaman 28. Daarul Kutub al-Ilmiyyah, Beiruut-Lubnaan. Mohon ampun maaf diatas segala kesilapan dan segala kekurangan.
Kategori Kisah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Jumaat, Jun 23, 2006 1 komen
Khamis, 22 Jun 2006
وكذا الرئيس هو الرئيس بخلقه * ليس الرئيس بقومه و رجاله
وكذا الغـني هو الغـني بحاله * ليس الغـني بملـكه و بماله
Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya
Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya
[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97]
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح
juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.
Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.
Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana bisa dia menjadi baik?
Kategori Mutiara Kata
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Jun 22, 2006 1 komen
Khamis, 15 Jun 2006
Nasihat Seorang Bapa Mitsali Kepada Anaknya
Pelajaran 1
Luqman berpesan kepada anaknya supaya jangan mensyirikkan Allah, kerana syirik itu adalah merupakan satu kezaliman yang besar.
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar” (Surah Luqman:13)
Pelajaran 2
Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya. Sebesar-besar nikmat yang kita dianugerahi adalah nikmat Iman dan Islam.
Maksudnya: “……….(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu …….” (Surah Luqman:14)
Pelajaran 3
Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih serta berbuat baik kepada ibubapa di atas susah payah terutamanya seorang ibu yang menggandungkannya, seterusnya menyusukannya dengan penuh kelembutan dan belaian kasih-sayang, manakala seorang ayah pula bertungkus-lumus bekerja untuk mencari rezeki demi untuk membesarkan anak.
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman:14)
Pelajaran 4
Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak supaya mensyirikkan Allah dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah. Namun dalam masa yang sama mengauli mereka dengan cara yang baik.
Maksudnya: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik …..” (Surah Luqman:15)
Pelajaran 5
Luqman mendidik anaknya agar menuruti jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali kepada Allah yakni jalan yang Allah anugerahkan nikmat kepada mereka yang terdiri daripada golongan nabi-nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin. Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah dan mereka yang sesat!
Maksudnya: “……… Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Surah Luqman:15)
Bersambung………
Semoga pendekatan yang diceritakan dalam surah Luqman ini menjadi inspirasi dan panduan dalam kita mendidik anak-anak untuk menjadi generasi rabbani. Ayoh bangunlah wahai ayah dan ibu! Didiklah anak-anakmu …. Wasiatkanlah ….. anak-anakmu sebagaimana Luqman al-Hakim memberi didikan …. wasiat …. kepada anaknya.
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Jun 15, 2006 3 komen
Guru menjawab dengan lemah-lembut, penuh kasih sayang dan hikmah: Bersyukurlah wahai muridku, kerana salah satu dari anggotamu (lidah) telah dizinkan oleh Allah untuk kebaikan dan dibiasakan untuk menyebut perkataan baik. Walaupun hatimu lalai, tetapi lidahmu tidak lagi digunakan untuk kejahatan, kemaksiatan dan bercakap kosong ….
******
Kata seorang guru kepada muridnya: Peliharalah agamu jangan bertukar seperti kulit pembungkus [mushaf] al-Quran yang memelihara isi kandung al-Quran itu sendiri.
Murid bertanya: Apa artinya, wahai guruku?
Guru menjawab: Hentikan memburu dunia, hentikan berkata-kata kecuali yang benar, hentikan bergaul dengan manusia sekirannya ia melalaikanmu serta tidak membangkitkan himmahmu untuk mengerjakan ketaatan padaNya.
*****
Muhammad bin Wasi’ berkata pada muridnya: Jadilah raja didunia dan diakhirat.
Muridnya bertanya: Bagaimana wahai guruku?
Muhammad bin Wasi' menjawab: Bersikap zuhudlah dengan dunia!
*****
Telah berkata asy-Syaikh Abu Hasan asy-Shadhili: Sukatlah nafsumu dan timbangkannya dengan solat. Jika solatmu itu menegahkan engkau daripada sesuatu yang disukai oleh nafsu, maka ketahuilah bahawa engkau adalah seorang yang beruntung. Dan jika ia tidak menegahmu daripada kesukaan nafsu, maka hendaklah engkau menangisi keadaan dirimu. Apabila engkau terpaksa mengheret dengan kuat kakimu untuk pergi bersolat, hendaklah engkau ingat – adakah seorang kekasih itu tiada ingin berjumpa dengan Kekasihnya?
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Jun 15, 2006 1 komen
Rabu, 14 Jun 2006
Hati-hati dalam berfatwa
Imam Malik رحمه الله تعالى adalah seorang ulama besar dan pemimpin mazhab (Iman mazhab Maliki), dan beliau dijuluki "Imam Dar al Hijrah". Akan tetapi sekalipun beliau seorang muhaddith dan faqih, beliau sangat berhati-hati di dalam berfatwa. Sehingga suatu ketika seseorang datang dari Baghdad ke Madinah khusus untuk bertanya kepada Imam Malik رحمه الله تعالى akan beberapa masalah (lihatlah betapa bersemangatnya orang dulu, jalan jauh-jauh dari Baghdad hanya untuk beberapa masalah. Orang sekarang majlis ilmu didepan rumahnya pun tidak hadir). Maka orang tersebut mengajukan lebih kurang 18 masalah. Tiga di antaranya dijawab oleh Imam Malik رحمه الله تعالى, sedangkan yang lain beliau hanya mengucapkan, "Aku tidak tahu. Aku tidak tahu." (perhatikan bagaimana beliau berhati-hati di dalam berfatwa, dan tidak malu untuk mengucapkan sesuatu yang belum pasti dengan kalimat, "Aku tidak tahu").
Maka orang tersebut berkata, "Wahai Imam Malik, aku datang jauh-jauh hanya untuk menanyakan kepadamu masalah ini, sedangkan engkau hanya mengucapkan tidak tahu?"
Berkata Imam Malik رحمه الله تعالى , "Dari mana engkau datang?"
Jawabnya, "Aku datang dari Baghdad."
Imam Malik berkata lagi, "Masjid mana yang menaranya paling tinggi di Baghdad?"
Lalu lelaki itu menjawabnya seraya menyebutkan nama suatu masjid yang paling tinggi menaranya di Baghdad.
Lantas berkata Imam Malik berkata, "Bila engkau pulang ke Baghdad, pergilah ke masjid tersebut dan naiklah kepuncak menaranya, lalu berteriaklah dengan sekuat suaramu agar semua orang mendengar bahwa Malik bin Anas adalah orang yang paling bodoh."
Kategori Kisah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Jun 14, 2006 0 komen
جمود العين من قسوة القلب
وقسوة القلب من كثرة الذنوب
وكثرة الذنوب من نسيان الموت
ونسيان الموت من طول الأمل
وطول الأمل من شدة الحرص
وشدة الحرص من حب الدنيا
وحب الدنيا رأس كل خطيئة
Kategori Mutiara Kata
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Jun 14, 2006 0 komen
Ibn Mu’taz telah menyimpulkan maksud taqwa dalam bait-bait syairnya:
وصنع كماش فوق ار * ض الشوك مايرى
لاتحقرن صغيرة * ان الجبال من الحصى
* Maksudnya dosa kecil itu boleh menjadi dosa besar apabila dilakukan terus menerus dan dosa besar itu akan terampun dengan bertaubat dimana taubat tersebut memenuhi akan rukun dan syaratnya.
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Jun 14, 2006 0 komen
Selasa, 13 Jun 2006
Petikan dari sebuah kitab yang berjudul Nasshoihul ‘Ibad yang dikarang oleh al-‘alim al-'allamah Shaikh Muhammad bin Umar bin Ali atau lebih dikenali dengan nama Shaikh Nawawi Banten. Kitab ini adalah merupakan syarah kepada sebuah kitab karangan Shaikh Ibn Hajar al-Asqolaani yang bertajuk al-Munabbihat ‘alal Isti’dad Liyaumil Ma’ad.
Sabdanya lagi:
[Petikan dari Nasooihul Ibad syarah Muhammad Nawawi bin Umar al-Jawi 'ala al-Munabbihat 'alal Isti'dat li Yaumil Ma'ad ta'lif Syahabuddin Ahamd ibn Hajar al-Asqolaani; Maktabah wa Matbaah Toha Putra Semarang; Halaman 4]
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Jun 13, 2006 1 komen
Isnin, 12 Jun 2006
Dailog Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan para shahabat radiyyahu anhum mengenai apa yang akan terjadi suatu hari nanti di tengah umatnya. Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya bersumber dari Abu Umaamah al-Baahili dan juga oleh Abu Ya’la bersumber dari Abu Hurairah. Sanadnya lemah menurut al-Hafidz al-Iraaqi dalam kitabnya al-Mughni ‘an Hamlil Asfaar fil Asfaar fii takhrij maa fil Ihyaa minal Akhbaar, namun matan hadith tersebut sesuai dengan kenyataan yang terjadi sekarang. Marilah kita sama-sama merenunginya:
[Aku mempelajari hadith ini dan mengamati akan maksudnya serta berbincang mengenai hadith ini serta kaitannya dengan realiti yang melanda umat kini dari sahabat kepada guruku iaitu al-Fadhil Habib Rizieq Syihab dari Indonesia ketika beliau dalam rangka berdakwak di Malaysia satu ketika dulu]
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Jun 12, 2006 1 komen
GURINDAM SUFI SYAIKH HAMZAH AL FANSURI - Bahagian 1
Wahai segala kita anak Adam
Jangan lupa akan Shahi Alam
Pada bahr al-dhunub jangan terkaram
Supaya ashiq siang dan malam
Ashiqmu itu jangan bercawang
Meninggalkan dunia jangan kepalang
Suluh Muhammad sayogia kau pasang
Kepada Rabb al-Alamin supaya kau datang
Syariat Muhammad terlalu 'amiq
Cahayanya terang di bayt al-'atiq
Tandanya ghalib lagi sempurna tariq
Banyaklah kafir menjadi rafiq
Bayt al-'atiq itulah bernama Ka'bah
Ibadat di dalamnya tiada berlelah
Tempatnya ma'lum di tanah Mekah
Akan qiblat Islam menyembah Allah
Wahai segala kita yang membawa iman
Jangan berwaktu mengaji Qur'an
Halal dan haram terlalu bayan
Jalan kepada Tuhan dalamnya 'iyan
Qur'an itu ambil akan dalil
Pada mizan Allah supaya thaqil
Jika kau ambil syari'at akan wakil
Pada kedua alam engkaulah Jamil
Kerjakan salat lagi dan sa'im
Inilah ma'na bernama qa'im
Pada segala malam kurangkan na'im
Nafikan alam kerjakan da'im
Ukhrujkan dirimu daripada sayyi'at
Jangan taqsir mengerjakan hasanat
Tuntut olehmu hakikat salat
Supaya wasil adamu dengan Dhat
Salat itu terlalu kamal
Di dalamnya liqa lagi dan wisal
Apabila lenyaplah daripada waham dan khayal
Engkaulah sultan yang tiada bermithal
Malak al-mawt terlalu garang
Tiada berwaktu iya akan datang
Suluh Muhammad sayogia kau pasang
Supaya mudah pulang ke sarang
Hikmat dan khayal jangan kau cari
Supaya jangan menjadi 'asi
Kerjanya itu sifat nafsani
Tiada dapat sampai kepada Rabbani
Hikmat dan khayal tinggalkan bapai
Supaya engkau jangan terlalai
Ma'rifat dan Haqiqat sayogia kau pakai
Itulah 'amal yang tiada berbagai
Hamzah ini asalnya Fansuri
Mendapat Wujud di tanah Shahrnawi
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali
Daripada 'Abd al-Qadir Jilani
[Andaikata terdapat bait-bait syair/gurindam ini yang tiada engkau difahami akan ma'nanya, maka bertanyalah kepada mereka yang empunya ilmu mengenainya. Janganlah dihukum tanpa terlebih dahulu bertanya, karena itu adalah perbuatan aniaya]
Kategori Syair Hamzah al-Fanshuri
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Jun 12, 2006 1 komen
Kebinasaan Pertama:
Ketahui olehmu bahawasanya apabila engkau berkata-kata akan sesuatu yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat maka sesungguhnya telah engkau sia-siakan akan waktumu itu dan engkau datangkan dengan dia akan beberapa hisab di dalam hari akhirat.
Penawarnya: Dan jikalau engkau gantikan akan perkataan yang sia-sia itu dengan dhikrullah ta’ala dan dengan membaca al-Quran atau dengan mengucapkan tasbih atau dengan mengucapkan istighfar atau dengan mengucapkan solawat keatas Nabi صلى عليه وسلم atau dengan engkau diam jua, nescaya engkau dapat dengan yang demikan itu akan beberapa pahala di dalam akhirat dan dapat beberapa darjat yang tinggi disisi Allah Ta’ala di dalam dunia dan di dalam akhirat.
Sabda Nabi صلى عليه وسلم
Dan kata Sayyidina Anas رضى الله عنه : Mati syahid seorang yang muda daripada kami pada hari perang di Bukit uhud, maka didapat di atas perutnya itu batu yang terikat daripada menahan lapar. Maka menyapu oleh ibunya kepada mukanya akan debu dan berkata ia: Dapatlah kesenangan bagimu di dalam syurga hai anakku! Maka sabda Nabi صلى عليه وسلم : Dan apakah engkau ketahui, barangkali ada ia berkata di dalam barang yang tiada memberi manfaat di dalam akhirat dan barangkali ia menahan akan barang yang tiada memberi mudharat akan dia. (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Anas)
Dan kata Imam al-Ghazali رحمه الله تعلى
Rujukan hadith:
حدثنا قتيبة حدثنا مالك بن أنس عن الزهري عن علي بن حسين قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه قال أبو عيسى وهكذا روى غير واحد من أصحاب الزهري عن الزهري عن علي بن حسين عن النبي صلى الله عليه وسلم نحو حديث مالك مرسلا وهذا عندنا أصح من حديث أبي سلمة عن أبي هريرة وعلي بن حسين لم يدرك علي بن أبي طالب - سنن الترمذي
و حدثني عن مالك عن ابن شهاب عن علي بن حسين بن علي بن أبي طالب أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه - موطأ مالك
Kategori Kebinasaan Lidah, Tasawwuf
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Jun 12, 2006 2 komen
Ayyuhal Walad - 1
Nasihat Pertama – Waktu itu ialah kehidupan
Wahai anakku yang tercinta!
Sebahagian dari nasihat Rasulullah صلي الله عليه وسلم kepada umatnya, ialah:
علامة إعراض الله تعلى عن العبد, اشتغاله بمالايعنيه, وإن امرأذهبت ساعة من عمره, في غيرماخلق له من العبادة , لجدير أن تطول عليه حسرته, ومن جاور الأربعين ولم يغلب خيره على شره فليتجهزإلى النار
Kategori Ayyuhal Walad
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Jun 12, 2006 5 komen
…..yang pernah kuterima dari tarbiah masyaikhku
…..yang pernah aku talaqqi dan pelajari dari guru-guruku,
…..yang dipelajari dari rakan-rakanku,
…..yang kubaca dari sekian kitab,
…..yang kulihat dan kudengari,
…..yang kutip dari pengalaman hidupku …
dengan saudara/i yang melayari blog ini. Insyaallah …. Sama-samalah kita meneliti mutiara-mutiara ilmu yang kupetik dari kitab-kitab para ulama yang mu’tabar ditambah pula dengan huraian para guru yang benar ….. Andaikata terdapat salah dan silap maka hamba menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf kerana itu adalah dari kejahilanku, kedhoifanku, kefaqiranku, kealpaanku ……..
Hanya kepadaMu Ya Allah hamba memohon petunjuk………
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Jun 12, 2006 1 komen