Berkata
al-Imam al-Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi رضي
الله عنه وأرضاه : Jika riwayat hidup kaum ‘arifin dibacakan kepada orang yang
beriman, maka imannya kepada Allah akan semakin kukuh. Sebab, kehidupan mereka
merupakan cerminan dari kitabullah yang didalamnya terkandung ilmu orang-orang terdahulu
dan yang datang kemudian atau refleksi dari hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله
وسلم atau dari pengetahuan yang ia terima
langusng dari Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tanpa perantara.
Pada tanggal
19 Rabi’ ats-Tsani 1433,
genaplah 2 tahun kembalinya kerahmatuLlah Baqiyatus Salaf wa Sayyidul
Khalaf al-Quthub al-Iman al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Seggaf
(as-Saqqaf). Berita mengenai
kewafatan beliau al-fagir pernah tulis disini. Manakala pada 20 19 Rabi’ ats-Tsani 1433, genaplah 100
tahun kewafatan al-Imam al-Habib ‘Ali bin
Muhammad bin Hussin al-Habsyi. Adapun mengenai al-Imam al-Habib ‘Ali bin
Muhammad bin Hussin al-Habsyi telahpun al-fagir kongsikan sebelum ini (sila
baca disini) dan entri ini al-fagir ingin berkongsi mengenai al-Imam ‘Abdul
Qadir bin Ahmad as-Seggaf. Sebenarnya, terdapat satu hubungan istimewa antara
dua tokoh ini. Ikuti hubungan keduanya dalam entri ini.
Nasab: Beliau adalah al-Habib ‘Abdul Qadir bin
Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Seggaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha bin
Umar bin Thoha bin Umar bin ‘Abdurrahman bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdurrahman
as-Seggaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali
bin ‘Alwi bin al-Faqih Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib
Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Ubaidullah
bin al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-‘Uraidhi bin
Ja’far ash-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussin
as-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah
al-Zahra’ binti Rasulullah صلى
الله عليه وآله وسلم
Kelahiran: Lahirkan di kota Sei`un (سيؤن) atau Seiwun,
Hadramaut pada bulan Jumad ats-Tsani 1331H/1911M. Beliau lahir dari keluarga yang
sholeh. Ayahanda beliau iaitu al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin
‘Umar bin Seggaf bin
Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Seggaf, adalah seorang ulama ‘arifbillah. Dan begitu juga dengan bonda
beliau, asy-Syarifah ‘Alawiyyah binti al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Jufri,
seorang wanita sholehah yang suka pada kebajikan. Beliau dibesarkan oleh kedua
ayahanda dan bonda yang sholeh sehingga sejak kecil beliau telah dihiasi dengan
hidayah dan ketakwaan.
Ayahanda
beliau al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Seggaf bin
Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Seggaf adalah merupakan seorang ulama terkemuka di Hadhramaut yang
merupakan murid kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi,
penyusun Simthud Durar. Dan guru beliau, al-Habib ‘Ali bin Muhammad
al-Habsyi pernah berkata: Al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman adalah Imam Wadi
al-Ahqaf (Hadhramaut). Ayahanda beliau, Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman wafat
setelah menunaikan sholat ‘asar, petang hari Sabtu, 4 Muharram 1357, pada usia
79 tahun. Manakala bonda beliau wafat pada 23 Rajab 1378 iaitu bersamaan dengan
hari kewafatannya al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah, iaitu datuknya Guru
Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه
وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya
Allah sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada
kami segala rahasia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, karauniakanlah
rahamat dan kesejahteraan ke atas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad
dan ke atas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekelian.
Isyarat
Dari al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi رضي
الله عنه وأرضاه: Ketika bonda beliau sedang mengandung
dan melahirkan bayi laki-laki, bayi tersebut telah diberi nama ‘Abdul Qadir
atas isyarat daripada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, namun tidak lama
kemudiannya bayi tersebut meninggal dunia. Tatkala Syarifah ‘Alawiyyah
mengandung lagi dan melahirkan seorang bayi laki-laki, al-Habib ‘Ali bin
Muhammad al-Habsyi juga mengisyaratkan agar bayi tersebut diberi nama Abdul
Qadir. Dan al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi mengatakan bahwa bayi ini
kelak akan menjadi orang yang mulia yang mengabdikan hidupnya untuk taat kepada
Allah dan menjadi seorang yang dihiasi dengan ilmu, amal dan ihsan.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه
وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah sebarkanlah hembusan
keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahasia
yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, karauniakanlah rahamat dan
kesejahteraan ke atas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan ke
atas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekelian.
Pendidikan: Al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad
as-Saqqaf mendapat pendidikan dari ayahanda beliau sendiri. Menurut cerita yang
disampai oleh guru al-Fagir iaitu Baba ‘Abdul Aziz yang berpeluang menziarahi
beliau sewaktu menunaikan umrah tahun lepas, beliau berkata: al-Habib
al-Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, telah mengkhatam ratusan buah kitab ketika
usianya masih belasan tahun. Di didik oleh ayahanda beliau sendiri.
Pertama
kali mendapat pendidikan di ‘ulmah Thoha, iaitu sebuah pengajian yang diadakan
di Masjid Thoha yang didirikan oleh datuk beliau, al-Habib Thoha bin ‘Umar
as-Saqqaf. Kemudian disuruh oleh ayahandanya untuk belajar di Madrasah
an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah, di kota Sei`un. Disini beliau mempelajari pelbagai bidang
ilmu seperti al-Qur’an, hadits, fiqih, tasauf, ilmu-ilmu alat seperti nahwu,
shorof, bayan, badi’, ‘arudh, ilmu falaq dan hisab, sirah dan lain-lain. Mudir
Madrasah an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah ketika itu ialah al-Adiib ‘Ali bin Ahmad BaKatsir.
Selain
ayahandanya guru-guru beliau adalah:
- Syeikh Thoha bin Abdullah BaHamid.
- Syeikh Hasan bin ‘Abdullah BaRaja, ketika di Madrasah an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah. Dari guru beliau ini, beliau menghafal al-Quran serta menguasai Qira’ah as-Sab’ah.
- Al-Habib Umar bin Hamid bin Umar As-Saqqaf
- Al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf
- Al-Habib ‘Abdullah bin Aidarus al-Aidarus
- Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
- Al-Habib Hussin bin ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi
- Al-Habib ‘Abdul Baari bin Syeikh al-Aidarus
- Al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf (gambar atas)
- Al-Habib ‘Abdullah bin Umar bin Hamid as-Saqqaf
- Al-Habib Hasan bin Ismail bin as-Syeikh Abi Bakar bin Salim
- Al-Habib Hamid bin ‘Alwi al-Bar
- Al-Habib Sholeh bin Muhsin al-Hamid (Tanggul)
- Al-Habib Ja’far bin Ahmad al-Aidarus
- dan ramai lagi
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه
وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah sebarkanlah hembusan
keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahasia
yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, karauniakanlah rahamat dan
kesejahteraan ke atas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan ke
atas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekelian.
Mengajar
dan Berdakwah: Al-Habib
‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf adalah seorang yang gigih, cerdas dan unggul
di dalam pelajaran. Oleh yang demikian beliau merupakan pelajar yang terpilih
dan diizinkan untuk mengajar di Madrasah an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah sebagai guru
pembantu.
Keunggulan
dalam ilmu, membuatkan ayahnya memerintahkan beliau untuk mengisi pengajian
umum yang diadakan di Masjid Thoha bin ‘Umar ash-Shofi. Dalam
penyampaiannya, al-Habib ‘Abdul Qadir banyak menerangkan hal-hal yang
sebelumnya tidak banyak diketahui orang. Maka dari situlah orang-orang yang
hadir mengetahui bahwa al-Habib
‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf adalah penerus ayahnya dan pewaris sir
para datuknya.
Dek kerana ketinggian akhlak beliau, menjadikan
semua mata tertumpu kepada bahwa al-Habib
‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, sehingga ramai orang ingin menimba
ilmu daripadanya. Dimana saja beliau mengajar atau mengisi pengajian, tempat
tersebut penuh sesak oleh para hadirin. Setiap apa-apa yang beliau ucapkan,
menyentuh hati para pendengarnya.
Setelah
kewafatan ayahandanya beliau meneruskan usaha ayahandanya untuk menyebarkan
ilmu dan dakwah.
Berhijrah Dari
Hadramaut: Saat paling getir bagi penduduk Hadramaut adalah apabila
Yaman Selatan dikuasai oleh regim komunis. Keadaaan bertukar menjadi sukar. Para
‘alim-ulama tiada lagi kebebasan untuk berdakwah. Dan mereka dijadikan sasaran
kekejaman regim komunis. Para ulama dan tokoh
masyarakat diwajibkan melapor diri kepada pihak pemerintah komunis setempat 2
kali setiap hari, pagi dan petang. Bukan itu sahaja, bahkan tidak dari mereka
yang dibunuh oleh regim komunis ini. Kenyataan pahit ini mendorong ramai para
tokoh ulama disana, di antaranya al-Habib Abdul Qadir as-Saqqaf, untuk
meninggalkan bumi Yaman demi menyelamatkan agama dan tradisi leluhurnya Saadah
Ba’alawi.
Dengan bantuan seseorang
yang dekat dengan pemerintah, beliau mendapat izin untuk berhijrah ke kota Aden.
Maka pada bulan Rabi’ ats-Tsani tahun 1393, beliau ke Aden dan tinggal
di sana selama 1 bulan. Di Aden beliau mendapat sambutan meriah. Beliau
mengambil peluang berdakwah dan mengisi majlis-majlis di Aden. Dan setelah itu,
beliau telah dapat keluar dari tanahairnya yang dikuasai komunis untuk ke
Singapura. Di Singapura beliau disambut oleh tokoh-tokoh ‘Alawiyyin di Kota
Singa, antaranya al-Habib Muhammad bin Salim al-Atthas (ayahanda kepada
al-Mukarram al-Habib Hasan al-Atthas حفظه الله ) dan ss-Sayyid ‘Ali Ridho bin Abubakar bin Thoha as-Saggaf.
Berbagai majlis diselenggarakan untuk menyambut kedatangan al-Habib Abdul
Qadir. Bahkan rumah tempat beliau tinggal penuh sesak oleh tamu yang ingin
mengambil berkah dan menimbah ilmu dari beliau.
Pada bulan Jumadilawwal 1393H/1974M,
beliau berangkat ke Indonesia. Di Indonesia, beliau disambut oleh tokoh-tokoh
‘Alawiyyin dan ulama, antaranya al-Habib Salim bin Muhammad al-Aidarus,
al-Habib Muhammad bin Umar Maulakheilah, al-Habib Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi
(Kwitang), al-Habib ‘Abdurrahman bin Ahmad as-Saqqaf, Syeikh Muhammad bin
‘Abdurrahman Jawwas dan lain-lain. Di
sini juga beliau sibuk memenuhi majlis-majlis ilmu yang diadakan seperti Majlis
Taklim al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Habsyi yang diadakan setiap hari
minggu di Kwitang. Dari Jakarta beliau berkunjung ke Surabaya pada 13 Jumadits
Tsani 1393H. Ketika di Surabaya beliau tinggal di rumah al-Habib Ahmad bin
Hasan as-Saqqaf.
Dari
Indonesia, pada tahun yang sama beliau berangkat ke bumi Hijaz dan menetap di
sana. Dimana beliau berada, tujuannya adalah untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.
Beliau seterusnya meneruskan rehlah dakwahnya ke Lubnan, Syria, Mesir, Nairobi,
Kenya, Juzur al-Qamar (Comoros) dan Tanzania. Kemudian kembali ke Kenya dan
seterusnya pada bulan Ramadhan 1394 kembali ke bumi Hijaz dan menetap Hijaz.
Dan sana, beliau menjadi pengasuh majlis-majlis ta’lim di Mekah, Madinah dan
Jeddah.
Murid-murid
beliau: Beliau adalah guru
kepada ramai ulama. Tambahan lagi beliau dikurniakan Allah dengan umur yang
panjang, maka ramailah ulama yang dapat mengambil faedah dari beliau. Antara
murid-murid beliau yang ramai itu, al-Fagir sekadar tahu beberapa nama,
antaranya:
- Al-Habib Muhammad bin ‘Abdullah al-Haddar
- Al-Habib Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani
- Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith
- l-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri
- Al-Habib Abu Bakar al-Adni bin ‘Ali al-Masyhur
- Al-Habib Abu Bakar bin Hasan al-Atthas
- Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim (sewaktu di Tarim seorang teman se dauroh menceritakan bahwa sewaktu beliau ditumpangkan oleh Habib Umar untuk kembali ke Darul Musthofa setelah sholat Tarawikh di masjid-masjid di kota Tarim, Habib Umar dengan penuh ta’zim menonton dan mendengar DVD pengajian yang disampaikan oleh guru beliau al-Habib ‘Abdul Qadir as-Seggaf …… )
- Al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Jufri
- Al-Habib Yusuf Bahkhour al-Hasani
- Al-Habib Muhammad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf
- Sayyid Nabil Hasyim Ba’aalwi al-Ghamri
- Syeikh Abu Bakar BaDzib al-Yamani
- Sayyid Ibrahim bin ‘Abdullah al-Ahsa`i
- Sayyid Muhammad Jad Badaruddin al-Mashri
- Syeikh Muhammad Nabih bin Najib bin Ahmad Salim al-Halabi
- Syeikh Majdi Makki al-Halabi
- Dan ramai lagi
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه
وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah sebarkanlah hembusan
keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada kami segala rahasia
yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, karauniakanlah rahamat dan
kesejahteraan ke atas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan ke
atas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekelian.
Teman-teman
beliau yang telah pergi mendahului beliau: Antaranya:
- Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad رضي الله عنه وأرضاه
- Al-Habib ‘Abdurrahman bin Ahmad al-Kaf رضي الله عنه وأرضاه
- Al-Habib Abu Bakar Atthas bin Abdullah al-Habsyi رضي الله عنه وأرضاه
- Syeikh Umar Khatib رضي الله عنه وأرضاه
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار
التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
أجمعين
Ya
Allah sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada
kami segala rahasia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, karauniakanlah
rahamat dan kesejahteraan ke atas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad
dan ke atas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekelian.
Keperibadian: Selain terkenal sebagai seorang yang ‘alim,
beliau juga seorang yang wara, ‘abid, berakhlak mulia. Ketinggian akhlaknya
mampu menawan hati sesiapa sahaja. Kedalaman dan keluasan ilmunya,
kewarakannya, kebijaksaannya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah menyebabkan
beliau dikasihi dan dihormati. Pendek cerita, beliau mewarisi sifat-sifat
datuknya yang mulia, Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله
وسلم. Dikhabarkan bahwa Buya Hamka pernah ziarah kepada beliau
sewaktu di Jeddah, dan setelah berbincang dengan beliau, akhirnya Buya Hamka
mengakui bahawa Baitun Nubuwwah Bani Zahra min Ali masih wujud dan
berkesinambungan dalam darah para saadah Bani Alawi. Allahu Allah.
Mengenai
kedalaman ilmunya, al-Fagir pernah diberitahu oleh pamannya al-Habib Sholeh bin
Ahmad bin Salim al-Aidarus (maaf …. Al-Fagir lupa namanya …) bahwa al-Habib
‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf pernah menjadi rujukan ulama al-Azhar
disekitar tahun 70an dahulu.
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار
التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
أجمعين
Ya
Allah sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada
kami segala rahasia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, karauniakanlah
rahamat dan kesejahteraan ke atas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad
dan ke atas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekelian.
Kewafatan:
Beliau رضي
الله عنه وأرضاه telah lama uzur. Dan sebelum Fajar hari
Ahad, 19 Rabi’ ats-Tsani 1431H bersamaan 4 April 2010, beliau رضي
الله عنه وأرضاه kembali ke rahmatuLlah di Jeddah. Beliau
menutup umur pada usia 100 tahun.
Dalam rangka memperingati pemergian al-Quthub al-Habib 'Abdul Qadir bin
Ahmad as-Seggaf, dinukilkan sebuah doa susunan al-Habib, moga-moga ada manfaatnya bagi kita dan bagi al-Habib biarlah ianya
menjadi antara amalan dan ilmu yang disebar dan diwariskan bagi kita
sekalian
اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya
Allah sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah, ya Allah kepada
kami segala rahasia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, karauniakanlah
rahamat dan kesejahteraan ke atas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad
dan ke atas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekelian.
الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله
وسلم وإلى روح سيدنا الحبيب عبد القادر بن أحمد السقاف وأصوله وفروعه وتلامذته
والمنتسبين إليه أجمعين، أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف
حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم
وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة
- الفاتحة
nukilan:
al-fagir abu zahrah
taman seri gombak,
shubuh, 20 rabi’ats-tsani 1431,
kemaskini untuk memperingati haul ke 2 pada 14 rabi’ ars-tsani 1433H.
0 komen:
Catat Ulasan