Tawaran
istimewa untuk untuk penghuni lembah Klang.
Majlis Ta’lim Rahmatan lil ‘Alamin
yang dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Haji Azhar bin Hasyim menawarkan kepada
mana-mana masjid atau surau yang ingin mengadakan Majlis Maulid/Pembacaan
Maulid terutamanya di bulan Rabi’ al-Awwal al-Anwar, maka bolehlah menghubungi Tuan Haji Huzair bin Haji Ismail di talian +6012 311 0444.
Insyaallah, jemaah Majlis Ta’lim
Rahmatan lil ‘Alamin akan hadir untuk membacakan kitab maulid adh-Dhiya
al-Laami’ karya Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله, berqashidah dan tausiyyah oleh
al-Fadhil Ustaz Haji Azhar
bin Hasyim dalam 20 minit. Insyaallah, semuanya adalah percuma.
Sehingga
kini beberapa tarikh telahpun ditempah, antaranya 28 Januari 2012, 29 Januari
2012, 2 – 5 Februari 2012, 11 Februari 2012, 12 Februari 2012, 18 Februari 2012
dan 19 Februari 2012. Mohon para pembaca tolong sebarkan atau sampaikan tawaran ini kepada pengerusi atau ajk masjid/surau di kawasan kediaman tuan-tuan/puan-puan. Mudah-mudahan acara maulid akan terlaksana di kediaman tuan-tuan/puan-puan. Ketahuilah bahwasanya majlis maulid adalah diantara majlis yang penuh dengan keberkatan.
al-Fadhil Ustaz Hj. Azhar Hasyim |
Marilah
kita meriahkan dan terangi kariah kita dengan majlis maulid. Hubungi segera untuk 'book' tarikh yang diinginkan.
Dibawah al-fagir
bawakan sedikit petikan dari tulisan al-‘Alim al-‘Allamah al-Musnid
al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani mengenai sambutan maulid.
Mengapa Kita Harus Merayakan (Menyambut) Keputeraan
Nabi صلى
الله عليه وآله وسلم?
Banyak
pendapat telah disuarakan dari segi hukum mengenai merayakan hari keputeraan
junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Bagaimana pun
tidaklah menjadi tujuan saya yang utama untuk membahaskan soal ini, kerana apa
yang sering saya fikirkan dan difikirkan oleh para cendekiawan, adalah mengenai
masalah-masalah yang jauh lebih penting daripada perkara ini. Tetapi oleh
kerana desakan para shahabat yang ingin mengetahui pendapat saya dalam hal ini
dan kerana saya takut terdiri dalam golongan mereka yang menyembunyikan ilmu
pengetahuan, maka saya menuliskan risalah ini dengan harapan agar Allah Ta’ala
mengarahkan kita semua ke jalan yang benar. آمين
Sebelum
saya membentangkan dalil-dalil saya mengenai mengadakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم,
saya suka menjelaskan di sini beberapa perkara:-
Pertama:
Kami mengatakan harus
merayakan hari keputeraan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم
dan harus berkumpul untuk mendengar sirah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم,
berselawat kepadanya, mendengar qasidah-qasidah yang memuji Baginda صلى الله عليه وآله وسلم,
mengadakan jamuan makan, yang mana semua ini akan menimbulkan kegembiraan dan
ketenangan di hati sanubari kaum muslimin.
Kedua: Kami tidak mengatakan sunnah merayakan
hari keputeraan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, pada malam
tertentu sahaja, malah siapa yang mengi’tiqadkan sedemikian, sebenarnya
dia telah membuat satu bid’ah di dalam agama. Sebab mengingati dan menghayati
sejarah Baginda صلى
الله عليه وآله وسلم itu adalah wajib dilakukan pada setiap
waktu dan masa dengan sepenuh jiwa.
Memang
benar, merayakan hari keputeraan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم
pada bulan keputeraannya merupakan seruan yang lebih kuat dalam mengumpulkan
lebih ramai umat Islam untuk menghadiri majlis-majlis tersebut. Ini akan
meninggikan lagi syiar Islam, menghubungkan kisah-kisah zaman dahulu dengan
zaman kini, dan mendatangkan manfaat bagi mereka yang tidak hadir daripada
mereka yang hadir.
Ketiga: Kumpulan-kumpulan seperti ini merupakan satu perantaraan
dan peluang keemasan untuk berdakwah. Kesempatan ini harus tidak diabaikan,
terutama sekali apabila menjadi satu kewajipan bagi para pendakwah dan para
ulama untuk mengingatkan umat Islam tentang riwayat hidup Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم,
mengenalkan mereka tentang akhlaq, pergaulan, ibadah baginda serta mengajak
mereka kepada kebaikan, dan menjauhkan diri mereka daripada bencana, bid’ah dan
fitnah.
Dalil-dalil Yang Mengharuskan Merayakan
Hari Keputeraan Nabi صلى
الله عليه وآله وسلم
Dalil
Pertama: Bahawa merayakan hari keputeraan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم,
melambangkan satu kegembiraan dan kebahagiaan terhadap junjungan kita
Rasulullah صلى
الله عليه وآله وسلم. Malah orang yang tidak beriman (Abu Lahab) juga mendapat
manfaat dengan kegembiraan ini.1
Telah
disebutkan di dalam kitab al-Bukhari, bahawa Abu Lahab telah diringankan
siksaannya pada tiap-tiap hari Isnin kerana ia telah membebaskan hambanya
Tsuwaibah, apabila hambanya itu membawa khabar akan keputeraan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم.
Hal
ini juga diterangkan dalam sebuah syair al-Hafiz Syamsuddin Muhammad Nasiruddin
ad-Dimasyqi:-
إِذَا كَانَ هَذَا كَافِرًا جَاءَ ذَمُّهُ * بِتَبَّتْ
يَدَاهُ فِيْ الجَحِيْمِ مُخَلَّدًا
أَتَى أَنَّهُ فِيْ يَوْمِ الإِثْنَيْنِ دَائِمًا *
يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُوْرِ بِأَحْمَدَا
فَمَا الظَّنُّ بِالعَبْدِ الذِّيْ كَانَ عُمْرُهُ *
بِأَحْمَدَ مَسْرُوْرًا وَمَاتَ مُوَحِّدَا
Ertinya:
Jikalau
sikafir ini (Abu Lahab) yang telah datang cercaan Allah kepadanya (di dalam
surah al-Masad) dan celakalah kedua tangannya didalam neraka selam-lamanya
Telah
datang (khabar) sesungguhnya dia pada setiap Isnin sentiasa diringankan (azab
siksa) darinya kerana kegembiraan dengan kelahiran Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم
Maka
tidak syak lagi, bagi seorang hamba yang sepanjang hayatnya bergembira dengan
Muhammad r
dan mati dalam keadaan mengesakan Allah (sudah tentu mendapat kelebihan
melebihi daripada apa yang dikurniakan kepada Abu Lahab)
Kisah ini diriwayatkan didalam Shahih
al-Bukhari, bab nikah dan dinukilkan oleh Ibn Hajar رحمه الله di dalam kitabnya al-Fath. Juga diriwayatkan oleh Imam
Abdurrazak as-San’ani رحمه
الله didalam
kitabnya al-Musannaf (jilid 7 mukasurat 478), al-Hafiz didalam kitabnya
al-Dala’il, Ibn Katsir di dalam kitabnya, al-Bidayah bab as-Sirah an-Nabawiyyah
(jilid 1 mukasurat 224). Ibn ad-Daiba asy-Syaibani رحمه الله didalam kitabnya Hada’iq al-Anwar (jilid 1, mukasurat 134), Imam
Hafiz al-Baghawi رحمه
الله didalam
kitabnya Syarah Sunnah (jilid 9 mukasurat 76), Ibn Hisyam رحمه الله dan as-Suhaili didalam al-Raudh
al-Unuf (jilid 5 mukasurat 192), al-Amiri رحمه الله didalam kitabnya Bahjatul Mahaafil (jilid 1 mukasurat 41).
Imam al-Baihaqi رحمه الله berkata, bahawa walaupun hadits
ini hadits mursal, tetapi ia boleh diterima kerana telah dinaqalkan oleh Imam
al-Bukhari رحمه
الله hadits ini
di dalam kitabnya. Para ulama yang telah disebutkan tadi, juga sependapat
menerima hadits ini kerana perkara itu terdiri dari bab manaqib dan khosois
(keistimewaan), fadhoil (kelebihan) dan bukannya perkara berkaitan hal hukum
halal dan haram. Para
penuntut ilmu agama tentu sekali tahu perbezaan istidlal (pengambilan
dalil) dengan hadits pada bab manaqib atau ahkam.
Berkenaan dengan manfaat seorang
kafir daripada amal perbuatannya sendiri, banyak ulama telah membahaskannya.
Tetapi tidak dapat saya terangkan sepenuhnya disini. Asalnya adalah apa yang
disebutkan di dalam kitab al-Bukhari berkenaan dengan Abu Thalib mendapat
keringanan siksa disebabkan doa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Dalil
Kedua:Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
sendiri memuliakan hari keputeraannya, dan bersyukur kepada Allah Ta’ala pada
hari keputeraannya, diatas nikmat dan kelebihan yang besar yang telah diberikan
Allah ke atas wujudnya di alam semesta ini, yang membawa kebahagiaan pula
kepada segala yang maujud diatas mukabumi ini.
Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memuliakan hari keputeraannya juga
dengan berpuasa. Hal ini diterangkan oleh sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Sayyidina
Abu Qatadah رضي
الله عنه:
أَنَّ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وآله وسلم
سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الإِثْنَيْنِ، فَقَالَ: فِيْهِ وُلِدْتُ، وَفِيْهِ
أُنْزِلَ عَلَيَّ
Ertinya:
Nabi صلى
الله عليه وآله وسلم pernah ditanya akan sebab baginda berpuasa pada hari Itsnin.
Baginda menjawab: Pada hari itu aku diputerakan, dan pada hari itu juga wahyu
turun kepadaku.” (Hadits riwayat Muslim; Bab Puasa)
Ini
jelas menunjukkan bahawa Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pernah
menyambut hari keputeraannya. Cuma bentuknya sahaja berlainan, namum haqiqatnya
sama, iaitu samada disambut dengan berpuasa, atau mengadakan jamuan makan atau
berkumpul untuk mengingati baginda atau berselawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ataupun mendengar ajaran-ajaran,
pesanan-pesanan dan petunjuk dari Baginda صلى الله عليه وآله وسلم.
Dalil Ketiga:
Sesungguhnya bergembira
dengan Baginda صلى
الله عليه وآله وسلم dituntut
melalui perintah Al-Quran dari firman Allah Ta'ala (ertinya): “Katakan
(wahai Muhammad), dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah
dengan itu mereka bergembira …” (Surah Yunus:58)
Maka
Allah Ta'ala lah yang memerintahkan kita untuk bergembira dengan rahmat, dan
Nabi صلى الله عليه وسلم
sebesar-besar rahmat. Allah Ta'ala telah berfirman (ertinya): “Dan
tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian
alam”. (al-Anbiya:107)
Dan
dikuatkan lagi tafsiran ini, pakar dalam pentafsiran al-Quran, hibrul
ummah wa turjumaanul Quran al-Imam Ibn Abbas رضي الله عنهما.
Abu Syeikh رحمه
الله meriwayatkan dari Ibn Abbas رضي الله عنهما
pada membicarakan ayat di atas beliau telah berkata: فصل الله ialah ilmu,
manakala ورحمته
adalah Muhammad صلى
الله عليه وآله وسلم.
Allah
telah berfirman (ertinya): “Dan tidaklah kami utuskan engkau melainkan sebagai
rahmat kepada sekalian alam.” (al-Anbiya:107)
Maka kegembiraan dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم adalah dituntut pada setiap waktu, pada
setiap nikmat, dan pada setiap keutamaan, tetapi dikuatkan lagi tuntutan ini
pada setiap hari isnin dan setiap kali bulan Rabi’ul Awwal. Ini adalah kerana
kuatnya kesesuaiannya serta bertepatan dengan waktunya.
Dalil
Keempat:Sesungguhnya
Nabi صلى
الله عليه وآله وسلم selalu mengambil kira ikatan masa, dengan peristiwa-peristiwa
besar dalam agama yang telah berlalu sebelumnya. Apabila datangnya masa
berlakunya peristiwa tersebut ia menjadi peluang bagi mengingatinya dan
membesarkan hari tersebut kerana peristiwa tersebut.
Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
sendiri telah menetapkan kaedah ini seperti mana dijelaskan dalam hadits sahih
bahawa ketika Baginda صلى
الله عليه وآله وسلم berhijrah ke Madinah, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم
mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura'. Lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم
bertanya mereka. Mereka lalu menjawab: Itulah hari Fir'aun ditenggelamkan dan
Musa عليه
السلام diselamatkan. Maka kami berpuasa sebagai bersyukur kepada Allah
Ta'ala. Maka Nabi صلى
الله عليه وآله وسلم bersabda: Kami lebih layak bagi Musa daripada kalian.
Maka Baginda صلى
الله عليه وآله وسلم pun berpuasa dan memerintahkan sahabat berpuasa.
Cukup sekadar ini. al-‘Alim al-‘Allamah al-Musnid
al-Muhaddits as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani
membawa 21 dalil dan banyak lagi pendapat-pendapat ulama. Nak tau lebih lanjut,
maka silalah rujuk kitab berkenaan.
sekian dari
al-fagir
ilaLlah abu zahrah ‘abdullah thahir al-qadahi
taman
seri gombak
22
muharram 1433/18 disember 2011