Guru Mulia, Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله menyebut di dalam pelajarannya tentang dakwah kepada pelajar-pelajar di Darul Zahra`, sebagaimana yang terhimpun di dalam kitab Irsyadul Da’iyati.
“ …… Dakwah memerlukan mujahadah. Mujahadah untuk mendidik jiwa agar bersabar dan teguh, agar kembali kepada Allah, meneladani Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, menyampaikan nasihat, berhijrah, bersikap murah hati dan mengutamakan orang lain. Setiap jenis mujahadah memerlukan pembahasan tersendiri.
Kita harus mengetahui sejarah orang-orang dahulu yang hidup sebelum kita. Dahulu Imam ‘Alwi bin Syihabuddin رحمه الله [beliau adalah datuk kepada Habib ‘Abdullah BinSyihab. Wafat di Tarim pada 12 Ramadhan 1386H] dan Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله [beliau adalah ayahanda kepada Habib Salim Asy-Syathiri. Menjadi pengasuh atau pemimpin rubath Tarim selama lebihkurang 50 tahun. Wafat di Tarim pada 29 Jumadil Ula 1361H] sering di ganggu masyarakat. …….
Kisah: …… Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله tatkala berwudhu selalu mengamalkan sunnah-sunnahnya. Suatu hati, ketika beliau sedang berwudhu di jabiyah Masjid Ba’alawi, seorang lelaki tua menganggap wudhunya terlalu lama.
Was-was apakah ini? Kau membuat kami menunggu terlalu lama! Kata lelaki tua itu. Dia lalu membuka pintu jabiyah, masuk ke dalamnya. Keluar dari sini! Bentak lelaki tua itu seraya membuang pakaian Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله , sedangkan Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله belum selesai berwudhu. Lalu Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله segera mencapai pakaiannya dan segera pulang ke rumah untuk menyempurnakan wudhunya. Sesampainya beliau kerumahnya, dia berfikir, “Hari ini aku telah melukai hati seseorang di Tarim. Ini adalah ‘aib bagiku. Aku tidak boleh menyusahkan orang.”
Cuba perhatikan, jika ada seseorang membuang pakaian kalian dan berkata seperti di atas, apa yang kalian lakukan? Apa yang kalian ucapkan? Apa kalian akan bersikap sopan kepada orang tua yang membuang pakaian kalian, seraya berkata wahai orang yang tidak beradab!? Apa yang kalian akan ucapkan? Apakah kalian akan mendatanginya [orang tua tersebut] dan meminta maaf?
Kalian akan berkata bahawa, orang tua itu pemarah. Sebab, kalian tidak punya adab, tidak punya akhlaq, tidak punya iman. Jika kalian beradab, tentu kalian akan berkata: “Aku telah menyusahkan hati orang tua ini. Perbuatan ini haram bagiku.”
Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله merenung di rumahnya: “Bagaimana aku boleh melukai hati orang tua itu. Aku tidak sepatutnya dan tidak boleh berbuat demikian. Sekarang aku harus pergi ke rumahnya, merendahkan diriku di hadapannya serta meminta maaf dan doa kepadanya.”
Beliau kemudiannya mengunjungi lelaki tua itu, mengetuk pintu rumahnya. “Siapa?” Tanya lelaki tua itu. “Abdullah bin Umar asy-Syathiri” Jawab beliau. “Masuklah!” Pelawa lelaki tua itu. “Selamat datang wahai anakku! Apa yang membuatmu datang kemari?” ujar lelaki tua itu.
“Wahai Habib! Aku telah beradab buruk kepadamu dengan sikap was-was dan lambat di tempat wudhu sehingga kau terganggu. Terimalah kekurangaku ini. Aku datang untuk memohon maaf. InsyaAllah, aku tidak akan mengulanginya lagi.”
Mendengar penjelasan tersebut, orang tua itu menangis seraya berkata: “Wahai anakku! Akulah yang kurang adab. Akulah yang kurang ajar kepadamu. Kau adalah seorang ‘alim yang meng’amalkan ilmunya. Kau meng’amalkan sunnah-sunnah wudhu dan kau tidak memilki kekurangan.”
Inilah akhlaq! Beginilah seharusnya sikap seorang dai [pendakwah].
Orang tua itu akhirnya mendoakan dan mengakui kedudukan Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله. Dan beliau keluar dari rumahnya dengan keuntungan besar. Imam ‘Alwi bin Syihabuddin dan Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمهما الله adalah orang-orang hidup di akhir zaman ini…….”
Sekian dari,
abu zahrah, taman seri gombak
asar, 27 Dhulqaedah 1431,
2 komen:
Allahuakbar!.. perkongsian yg sangt menarik.. Alhamdulillah..
Jazakaallahu khairan kathira..
Assalamualaikum ustaz.. saya share ye artikel ini.. sangt menarik utk dikongi bersama yg laen.. Insyaallah..
Jazakaallahu khairan kathira..
Catat Ulasan