Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebut di dalam kitabnya Risalatul Mu’awanah wal Muzhaharah wal Mu’azarah:
(وعليك) بالتفرغ يوم الجمعة من جميع أشغال الدنيا، واجعل هذا اليوم الشريف خالصاً لآخرتك، فلا تشتغل فيه إلا بمحض خير ومجرد الإقبال على الله، وأحسن المراقبة لساعة الإجابة وهي ساعة تكون في كل يوم جمعة لا يوافقها مسلم يسأل الله فيها خيراً ويستعيذه من شر إلا استجاب الله له.
Dan atas engkau dengan mengosongkan pada hari Jum’at daripada sekelian pekerjaan dunia dan jadikan olehmu pada ini hari yang mulia bersih bagi akhirat.bagi kamu. Maka jangan engkau bekerja padanya melainkan semata-mata kebajikan dan semata-mata berhadap atas Allah Ta’ala. Dan elokkan olehmu akan mengintai-intai bagi sangat ijabah dan iaitu saat yang ada ia pada hari Jum’at, tiada muwafaqat akan dia [seorang] Muslim yang memohon akan Allah Ta’ala akan kebajikan dan meminta berlindung ia daripada kejahatan melainkan diperkenan Allah [hajat atau permintaannya] baginya.
(وعليك) بالبكور إلى الجمعة ولو أن تروح إليها قبل الزوال، وبالقرب من المنبر، والإنصات للخطبة، واحذر أن تشتغل عنه بذكر أو فكر، فضلاً عن اللغو وحديث النفس، واستشعر في نفسك أنك مقصود بجميع ما تسمعه من الوعظ والوصية واقرأ بعد السلام وأنت ثان رجليك وقبل أن تتكلم الفاتحة والإخلاص والمعوذتين "سبعاً سبعاً" وقل أيضاً بعد الانصراف من الصلاة سبحان الله العظيم وبحمده "مائة مرة" ففي الخبر ما يدل على فضل ذلك وبالله التوفيق.
Dan atas engkau dengan berpagi-pagi kepada Jum’at [maksudnya pergi awal menunaikan Jum’at] dan jikalau bahawa engkau pergi kepadanya sebelum [waktu] zawal dan dengan [duduk] hampir kepada mimbar dan mendengar akan khutbah. Dan takut olehmu akan bahawa berbimbang daripadanya dengan dhikir atau berfikir, lebih-lebih lagi daripada yang sia-sia dan haditsul nafsi [bicara diri yang tiada faedah]. [Maksudnya: Awas! Jangan sibukkan diri ketika khatib berkhutbah dengan berdhikir atau berfikir, berikan tumpuan kepada khutbah yang di baca]. Dan sedarkan olehmu pada hati kamu bahawa engkau maksud pada sekelian barang yang engkau dengar akan dia itu daripada wa’idz dan wasiat. [Maksudnya, hendaklah merasakan dalam diri bahawa apa yang didengari daripada segala nasihat dan pesanan oleh khatib yang berkhutbah itu di tujukan kepada dirimu]
Dan baca olehmu kemudian daripada salam padahal engkau lipat akan dua kaki engkau [yakni sebelum berubah duduk] dan sebelum daripada bahawa berkata-kata engkau akan Faatihah, dan surah al-Ikhlas, dan al-Mu’awwizatain [surah al-Falaq dan surah an-Naas] tujuh-tujuh kali. Dan baca pula olehmu pula kemudian daripada berpaling daripada sembahyang سبحان الله العظيم وبحمده 100 kali, kerana tersebut pada hadits barang yang menunjuki atas kelebihan demikian itu. وبالله التوفيق.
sekian dari
abu zahrah al-Qadahi
taman seri gombak
Jum'at, 28 Dhulqaedah 1431
0 komen:
Catat Ulasan