Alhamdulillah, majlis sambutan maulidurrasul صلى الله عليه وآله وسلم telah bermula di sana-sini. Masjid penuh sesak dengan para pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Mawlid Daibei, Barzanji, Simtud Durar, Burdah, Dhiya ul Laami' di baca ... qasidah memuji-muji Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dialunkan dan ceramah-ceramah berkumandang untuk mengisi program sambutan maulidurrasul صلى الله عليه وآله وسلم. Ini semua adalah untuk membangkit rasa cinta kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Apakah tanda kita benar-benar mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم?
Untuk itu, ambo ingin berkongsi sedikit apa yang telah ditulis oleh al-'Allamah Hadratus Syaikh Hasyim Asy'ari (pendiri Nahdatul Ulama di Indonesia, wafat 25 Julai 1947) di dalam kitab beliau berjudul an-Nur al-Mubin. Ambo ringkaskan dari Fasal Pada Menyatakan ‘Alaamaat (Tanda-tanda) Mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Dalil dan huraiannya ambo tinggalkan ..... Moga-moga catatan ringkas menjadi check list untuk kita menyuluh diri ...
Hadratusy Syaikh menulis: Menyintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ada tanda-tandanya. Barangsiapa yang dzahir pada dirinya tanda-tanda tersebut, adalah ia benar-benar mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Dan sekiranya tidak, maka cintanya dakwaan semata-mata.
Tanda-tanda tersebut adalah:
Untuk itu, ambo ingin berkongsi sedikit apa yang telah ditulis oleh al-'Allamah Hadratus Syaikh Hasyim Asy'ari (pendiri Nahdatul Ulama di Indonesia, wafat 25 Julai 1947) di dalam kitab beliau berjudul an-Nur al-Mubin. Ambo ringkaskan dari Fasal Pada Menyatakan ‘Alaamaat (Tanda-tanda) Mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Dalil dan huraiannya ambo tinggalkan ..... Moga-moga catatan ringkas menjadi check list untuk kita menyuluh diri ...
Hadratusy Syaikh menulis: Menyintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم ada tanda-tandanya. Barangsiapa yang dzahir pada dirinya tanda-tanda tersebut, adalah ia benar-benar mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Dan sekiranya tidak, maka cintanya dakwaan semata-mata.
Tanda-tanda tersebut adalah:
- meneladani Baginda صلى الله عليه وآله وسلم samada dalam percakapan, perbuatan dan ahwal, dzahir dan bathinnya
- mengamalkan sunnah-sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya, berusaha beradab dengan adab Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, dalam semua keadaan, baik dikala susah, maupun senang, dikala cergas maupun malas
- mengutamakan apa yang telah disyariatkannya dan yang digalakkannya untuk dilakukan daripada mengikuti hawa nafsu dan syahwat.
- banyak menyebutnya yakni bershalawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sebab orang yang mencintai sesuatu, banyak atau sering menyebutnya dengan perasaan rindu kepada yang dicintainya, mengagungkannya, memuliakannya dan mendzahirkan kekhusyu’kan dan rendah diri ketika mendengar nama Baginda صلى الله عليه وآله وسلم disebut.
- rindu untuk bertemu dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, kerana sesungguhnya setiap kekasih ingin bertemu dengan yang dikasihinya.
- mencintai mereka yang dicintai oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, iaitu yang punya hubungan dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم seperti ahlibait Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, para shahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dari kalangan Muhajirin dan Anshar.
- membenci orang-orang yang dibenci oleh Allah dan RasulNya, memusuhi orang yang memusuhinya, menjauhi orang yang menyimpang dari sunnahnya serta berkeberatan terhadap orang yang menyimpang dari sunnahnya.
- mencintai al-Quran yang diturunkan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Mencintai al-Quran bererti membaca, memahami dan mengamalkan segala tuntutan-tuntutannya di dalam mengatur kehidupan kita dan seterusnya memperjuangkannya.
- mencintai sunnahnya serta memperhatikan dan memahami hukum-hakamnya. Sahal bin ‘Abdullah at-Tusturi berkata: Tanda-tanda mencintai Allah adalah mencintai al-Quran dan mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Tanda-tanda mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah mencintai sunnahnya. Tanda-tanda mencintai sunnahnya adalah membenci dunia. Tanda-tanda membenci dunia adalah enggan mengambilnya melainkan untuk bekalan menuju kampung akhirat
- belas kasihan (bersikap lemah lembut dan mengasihi) terhadap ummatnya, memberi nasihat kepada mereka tanpa jemu, berusaha memberi kemaslahatan dan menghindarkan mereka daripada marabahaya.
3 komen:
benar..bukan berarak tak tentu hala....
berarak utk menzahirkan kegembiraan tak boleh ke?
Allah brfirman "Katakanlah hanya dengan kurnian Allah dn rahmatnya hendaklah kamu bergembira"
Rasulullah adalah kurniaan teragung utk kita dan rahmat yg luas..maka bergembira dgnnya adalah perintah Allah.
Nak berarak untuk mendzahirkan rasa kegembiraan tidak salah. Dahulu di Mekah, sebelum di ambilalih oleh Wahabi, penduduk Mekah bersama ulama di sana berarak dari rumah kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ke Masjidilharam.
Ketika Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tiba di Madinah, penduduk Madinah terdiri dari kaum Anshor berarak dan bergasidah melahirkan kegembiraan dengan hijrahnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ke Madinah.
Namun, dalam perarakkan tersebut perlulah menjaga adab-adabnya agar tidak berlaku perkara-perkara yang di tegah syarak seperti percampuran lelaki-perempuan, tabarruj dan banyak lagilah.
Hadratus Syaikh Hasyim Asy'Ari ada sebut di dalam kitabnya itu iaitu Larangan Menyelenggara Maulid Nabi Dengan Kemungkaran. Boleh rujuk disana kalau mahu.
والله أعلم
Catat Ulasan