Sinopsis buku, sepertimana tercatat dikulit buku tersebut:
Buku ini berisi tentang biografi dan peranan para ulama dzuriyat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dari periode Habib Husein bin Abubakar Al-Aydrus yang dikenal dengan sebutan Habib Keramat Luar Batang, hingga Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki Al-Hasani. Mereka semua memiliki jasa yang sangat besar dalam ‘menanamkan’ nilai-nilai keislaman di Nusantara ini. Tentunya masih banyak lagi para ulama yang memiliki peranan dalam dakwah islamiyah di Indonesia. Buku ini menjadi unik dan berbeda dengan buku lainnya, karena di dalamnya dilengkapi 210 foto eksklusif. Sedang penyusunnnya sendiri dikenal sebagai dokumentor yang memiliki ribuan foto ulama dan habaib, yang langka dan sulit ditemukan di tempat lainnya.Bid’ah dholalah sebab Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tidak lakukan/kerjakan: Satu soalan yang sering ditanyakan kepada aku, kalau Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tak buat maka ianya adalah bid’ah dholalah? Kalau nak jawab, tentunya panjang lebar. Pokok pertama yang perlu difahami apa itu bid’ah dan pembahagiannya dahulu. Dan bagaimana para ulama mu’tabar memahami hadits yang berkaitan dengannya. Sebuah kitab yang baik untuk di baca adalah as-Sunnah wa al-Bid’ah oleh al-Habib ‘Abdullah Mahfudz Muhammad al-Haddad Ba’Alawi al-Hadhrami (gambar sebelah). Insyaallah aku sedang didalam proses memasukkan teks hadits dan mengedit terjemahannya. Kitab ini merupakan salah sebuah teks pengajian di pesanten guru aku iaitu Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Kitab ini sangat baik kalau dapat dibaca.
Bagi para pembaca, buku ini akan memberikan kesejukan hati dan jiwa, karena di dalamnya terdapat kisah dan tauladan kaum shalihin, yang dengan ketaqwaannya kepada Allah, mereka mampu mencapai derajat yang begitu tinggi.
Perbuatan mencerca shahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم: Seorang rakan menalipon dan menceritakan kecenderungan seorang kakitangan di pejabatnya yang mencerca para shahabat رضي الله عنهم, terutamanya para shahabat utama seperti Sayyidina Abu Bakar رضي الله عنه. Ini kerja puak Rafidhah. Golongan ini pernah diisyaratkan oleh junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, antaranya:
Dikeluarkan oleh al-dzahabi daripada Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما, beliau berkata: Telah bersabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم : akan muncul diakhir zaman kelak satu kaum yang digelar Rafidhah, mereka menolak Islam. Maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya mereka adalah musyrik.
Dan di dalam riwayat ad-Daarqutni daripada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib كرم الله وجهه beliau berkata: Maka aku bertanya tentang alamat mereka itu: Maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:
Mereka seolah-olah mencintai ahlulbait Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, padahal mereka tidak sedemikian dan tandanya ialah mereka mencaci Abu Bakar dan Umar رضي الله عنهما.
Maka ditanya pada aku bagaimana mahu menjawab mereka? Aku nyatakan secara ringkas sahaja, antaranya bacakan kepada mereka:
Firman Allah Ta’ala di dalam ayat ke-40, surah at-Taubah:
Ayat ini menceritakan tentang Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم berhijrah dan di temani oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه. Dimana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه berlindung di dalam gua Tsur. Tatkala Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melihat Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه merasa cemas sewaktu kaum kafir Quraisy dihadapan pintu gua, maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم memberi semangat dengan mengatakan: Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita. Perhatikan Allah menyebut salah seorang dari dua shahabat. Allah sendiri menyebutkan bahwa Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq رضي الله عنه sebagai shahabat Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم.
Didalam ayat yang lain Allah Ta’ala berfirman menyatakan bahwa DIA redha akan mereka dan mereka pula redha akan DIA. Firmannya:
Ertinya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Maka siapakah mereka yang berani mencaci maki dan melaknat para shahabat رضي الله عنهم? Apakah mereka tidak beriman dengan ayat-ayat al-Qur’an diatas tu? Allah telah meredhai para shahabat dari kalangan Muhajirin dan Anshar, sedangkan mereka melaknat. Allahu Allah …. untuk jawaban lebih jitu aku sarankan, bacalah kitab ash-Shawa’iqul Muhriqah fi Raddi ‘Ala Ahl al-Bida’ wa az-Zandaqah oleh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Faqih Ahmad ibn Hajar al-Haithami al-Makki (wafat 974H). InsyaAllah kalau aku punya kesempatan aku kita perkatakan soal ini. leh itu berhati-hatilah dengan golongan Rafidhah ini. Mereka sudah mula menonjolkan diri sekarang. Mereka boleh dikenali dengan slogan kononnya mencintai ahlulbait tetapi didalam masa yang sama mereka mencerca, mencaci-maki bahkan melaknat para shahabat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
Terakhir ditanyakan kepada aku, kemana pergi lama tidak kelihatan di majlis-majlis ilmu dan bila nak habiskan catatan perjalanan ke Yaman? Maka aku katakan … kesihatanku kurang baik, maka aku berehat dirumah saja. Lagipun mahu memandu diwaktu malam mataku sudah kurang jelas … biasalah mata dah mula kabur, gigi pun nak banyak yang gugur, uban pun dah berterabur … alamat dah dekat nak ke kubur ….. :) Tentang catatan ke Yaman, insyaAllah. Sedang menaip. Kesihatan tidak mengizinkan berlama-lamaan di hadapan komputer.
Sekian, ampun maaf dari,
al-haqir al-faqir abuzahrah