In Shaa Allah tidak sampai seminggu lagi Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abi Bakar bin Salim حفظه الله akan datang ke Malaysia. Pastinya para pencinta beliau tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu dengan beliau.
Maka, sebelum Guru Mulia hadir, maka ingin al-fagir ingatkan kepada para muhibbin agar beradablah ketika menghadiri majlis beliau, semoga insiden yang pernah berlaku di tahun-tahun lepas tidak berulang lagi.
Sedikit pengalaman tahun lepas ~ Alhamdulillah pada tahun lepas 2012, al-fagir diberi kesempatan oleh Allah Ta’ala untuk mengikuti Guru Mulia dari KL/Selangor, Melaka, Johor dan Kedah. Sambutan dari para muhibbin sungguh luar biasa. Setiap tempat dikunjungi Guru Mulia, ribuan muhibbin menghadirinya. Namun ada beberapa insiden yang kurang menyenangkan berlaku tatkala mereka berebut-rebut untuk bersalaman dengan Guru Mulia. Berlaku tolak menolak dan sebagainya sehingga menyusahkan Gugu Mulia untuk bergerak. Bahkan di satu lokasi, Guru Mulia melantunkan dhikrullah untuk meredakan tolakan dari para muhibbin untuk bersalaman dengan beliau. Ada yang menolak beliau dari belakang bahkan ada yang menarik baju dan ekor serban Guru Mulia dari belakang. Dan yang lebih parah lagi ada yang menarik janggut beliau! Allahu Allah … dimana adab kalian????
Maka untuk lawatan dakwah Guru Mulia kali ini, al-fagir ingin mengajak diri al-fagir, para muhibbin dan juga mereka yang hadir dalam majlis bersama Guru Mulia (atau mana-mana majlis bersama ulama' sekalipun) untuk beradab dan memuliakan mereka. Andaikata kita tidak dapat bersalaman dengan beliau cukuplah dengan bersalaman dengan hati kita. Cukuplah dengan lirikan (nadzrah) beliau kepada kita. Cukuplah dengan memandang mereka. Usahlah berhimpit-himpit, bertolak-tolak dan berebut-rebut sehingga menyusahkan Guru Mulia. Janganlah dengan perbuatan kita yang tidak beradab itu membuatkan kita terhalang dari mendapat barokah, nadzrah dan sebagainya daripada Guru Mulia.
Al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin Hussin bin Thohir رحمه الله تعالى menyebut di dalam kitabnya al-Majmu’ (halaman 238) setelah beliau menceritakan kelebihan atau faedah duduk bersama orang-orang sholeh, seperti berikut:
Dan
ketahuilah (wahai saudaraku) semoga Allah merahmatimu: Sesungguhnya faedah-faedah
ini (yakni faedah duduk bersama orang-orang sholeh – mendapat nadzroh, rahmat, barokah,
asror dan sebagainya) dan selainnya itu terhasil ia bagi sesiapa yang duduk
serta orang-orang sholeh dan beradab dengan adab yang zahir dan batin (ketika
duduk) bersama mereka. DAN PERKARA YANG PALING UTAMA ADALAH DALAM PERKARA ADAB,
sekiranya (tidak memberi perhatian tentang adab), maka sungguh telah dikatakan:
Bukanlah tegah (dari mendapat rahmat, barokah, asror dan sebagainya) itu bahwa
engkau tidak direzekikan duduk serta orang-orang sholeh, akan tetapi tegah itu
bahwa engkau direzekikan (hadir dan duduk bersama para sholehin) tetapi tidak
direzekikan beradab serta mereka.
Dan di dalam kitab al-Manhaj al-Sawi Syarh Ushul Thariqah al-Saadah Aal Ba’Alawi , Guru Mulia al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein BinSumaith حفظه الله berkata:
Dan
telah berkata Abu al-Hasan al-Jausaqiy رحمه
الله تعالى : Tanda (ciri) kebinasaan itu bahwa seorang hamba direzeqikan
bersuhbah (berdamping) dengan orang2 ‘arif namun dia tidak
memuliakan mereka.
Semoga peringatan yang sedikit ini dapat dimanfaatkan.
abu
zahrah abdullah thohir al-qadahi
ahad,
27 Muharram 1435/1 Disember 2013
taman
seri gombak
1 komen:
Marhaba... jazaakumullaahu alf kheerl jazaa'.. ana minta izin copy paste utk disebarkan di fb, insta juga twitter.. hafadzakumullah
Catat Ulasan