Ahad, 7 Oktober 2012

Dapatkan Segera Q & A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki Yang Disusun Oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll


Isnin, 17 September 2012

Program Ibadah Korban Di Kemboja - 1433H/2012M

Kepada tuan-tuan/puan-puan yang berminat untuk melaksanakan ibadah korban di di Kemboja , bolehlah menyertai program ini.
Harga seperti di bawah. 
Sertai Segera!

Gambar Hiasan Sahaja
Harga 1 bahagian lembu = RM 207.00


Gambar Hiasan Sahaja
Harga untuk 1 ekor kambing = RM 330.00


Kepada yang berminat untuk menyertainya atau ingin mendapat maklumat lanjut, sila hubungi 

Tuan Syed Hussin bin Shaikh al-Junaid di talian berikut 012-366 8272, atau
Imam Azian bin Man (Masjid al-Falah) di 013-330 9474, atau

Bayaran boleh dibuat dengan memasukkannya ke dalam akaun Maybank Tuan Syed Hussin bin Shaikh al-Junaid dan Imam Nor Azian bin Man. No akaun seperti berikut: 562227008760. Dan sila hubungi no diatas setelah membuat pembayaran.

Sertai Segera!


Hukum-hukum berkaitan dengan ibadah korban boleh dibaca di sini:


sekian,
al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi 
17 september 2012

Selasa, 28 Ogos 2012

تهنئة الحبيب عمر بن حفيظ بالعيد

Jumaat, 25 Mei 2012

Tips Untuk Meraih Kelebihan Di Bulan Rajab

Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan bulan Rajab. Maka al-Fagir ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk meraih kelebihan di bulan ini. Tips ini diambil dan diterjemah (secara ala kadarnya) dari tulisan Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salim حفظه الله di website beliau, yang mana ianya juga ada dikongsikan di FB.

كيف ينبغي أن يكون حال المسلم ليدرك فضيلة شهر رجب؟
Bagaimana seharusnya keadaan seorang Muslim untuk mendapatkan kelebihan bulan Rajab?
Oleh: Guru Mulia Habib Umar bin Muhammad bin Salimحفظه الله


يغتنم المسلم فضيلة هذا الشهر الكريم بعدة أمور، من أهمها:
Hendaklah seorang Muslim itu merebut keutamaan bulan ini (yakni bulan Rajab) dengan mengerjakan beberapa perkara. Di antara yang penting:
كثرة الاستغفار وتحقيق التوبة النصوح.
Memperbanyakkan beristighfar dan mentahqiqkan taubat nashuha (taubat yang bersungguh-sungguh)
العزم الصادق في الإقبال على الله بفعل الطاعات، وترك المعاصي والمخالفات.
Berazam dengan keazaman yang benar (jujur) dalam menghadap kepada Allah dengan mengerjakan keta’atan-keta’atan dan meninggalkan kemaksiatan dan perkara-perkara yang bersalahan (dengan syariat).
النظر في أحواله وإصلاحها وإقامتها على منهج المتابعة للنبي محمد صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.
Meneliti pada hal keadaan dirinya dan membaikinya dan mendirikannya dengan berittiba’ (mengikuti) Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم
تفقُّد شأنه في الفرائض وكيفية أدائها وسننها ورواتبها وحضور القلب فيها.
Memerhati urusannya dalam hal kefardhuan (yakni fardhu sholat) dan kaifiat menunaikannya (yakni menunaikannya dengan ilmu),  (memelihara, menjaga) sunat-sunatnya dan rawatibnya (yakni sholat-sholat sunat yang mengiringi sholat fardhu) dan menghadirkan hati dalam mengerjakannya (yakni khusyu’).
الحرص على الصف الأول في الجماعة، والحرص على التكبيرة الأولى مع الإمام فلا تفوته.
Loba (menguatkan keinginan) untuk mendapatkan shaf yang awal dalam berjemaah dan loba atas mendapatkan takbir pertama berserta imam dan jangan sesekali luput daripadanya
أن يتفقد نفسه في القرآن ونصيبه من تلاوته وتدبره، والحرص على العمل بما فيه.
Bahwa dia meneliti dirinya dalam urusan al-Quran dan bahagiannya daripada membaca al-Qur’an dan memerhatikan makna-makna (tuntutan-tuntutan)nya dan loba atas beramal dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran.
المحافظة على الأذكار في الصباح والمساء وبعد الصلوات، وفي الأحوال المختلفة.
Memelihara dhikir-dhikir pada waktu pagi dan petang, selepas sholat dan pada keadaan-keadaan  yang berbeza.
أن يتفقَّد نفسه في المعاملة مع الأهل والأصحاب والأصدقاء والأقارب والجيران، ومع عامة الخلق وخاصتهم.
Bahwa dia memerhati akan dirinya dalam bermu’amalah bersama ahli keluarganya, teman dan rakan-taulan, kaum-karabat, jiran-tetangga dan juga segala makhluk secara umum dan khusus.
صيام ما تيسر من أيام الشهر، وخصوصا الاثنين والخميس والأيام البيض.
Berpuasa pada mana-mana hari yang mudah daripada hari-hari dalam bulan Rajab, khususnya hari isnin, khamis dan hari-hari putih/cerah (yakni pada tanggal 13, 14, dan 15)
أن يكون له نصيب من الصدقات والتفقُّد للفقراء والمساكين، والإحسان إليهم.
Bahwa dia bersedekah dan memerhatikan (keperluan) golongan fuqara dan masakin dan berbuat baik kepada mereka.
اغتنام هذه الليالي في العبادة، خصوصا وقت السحر، فينبغي في مثل هذا الشهر أن يكون له حال حسن في المعاملة مع السحر، ليدخل في دائرة من أثنى عليهم الرب الأكبر في القرآن بالاستغفار في الأسحار، قال تعالى ( وبالأسحار هم يستغفرون) وقال سبحانه وتعالى: ( والمنفقين والمستغفرين بالأسحار ) وقال تعالى ( إنهم كانوا قبل ذلك محسنين كانوا قليلا من الليل ما يهجعون وبالأسحار هم يستغفرون ).
Merebut peluang atau mengambil kesempatan pada malam-malam (di bulan Rajab ini) mengerjakan ibadah, khususnya pada waktu sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar). Maka seyogianya dalam bulan ini bahwa dia menjadikan baginya kebaikan dalam bermu’amalah dengan waktu sahur (yakni membiasakan dirinya untuk beramal pada waktu sahur), bagi melayakkan dirinya masuk dalam kumpulan orang-orang yang mana Allah Yang Maha Besar memuji mereka di dalam al-Quran, dengan (amalan mereka yang) beristighfar pada waktu-waktu sahur. Allah Ta’ala berfirman:
وَبِٱلْأَسْحَارِ‌ هُمْ يَسْتَغْفِرُ‌ونَ
Maksudnya: Dan pada waktu  sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).(Adh-Dhariyah: 18)
Dan berfirman Allah Ta’ala lagi:
وَٱلْقَـنِتِينَ وَٱلْمُنفِقِينَ وَٱلْمُسْتَغْفِرِ‌ينَ بِٱلْأَسْحَارِ
Maksudnya: “Dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur”.(Aali ‘Imran: 17)
FirmanNya lagi:
كَانُوا۟ قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ ﴿١٦﴾ كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِٱلْأَسْحَارِ‌ هُمْ يَسْتَغْفِرُ‌ونَ
Maksudnya: Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu  sahur (yakni akhir malam, sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).(Adh-Dhariyah: 16 – 18)
نسأل الله أن يوفر حظنا من هذه الليالي وهذا الشهر، وأن يجعلنا من المقبولين المسعودين في الدنيا والآخرة. اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان وأعِنا على الصيام والقيام.
Kita memohon kepada Allah semoga Dia menambahkan (amal ibadah) kepada kita daripada malam-malam ini dan bulan ini, dan Dia menjadikan kita daripada golongan yang diterima (amal ibadah) dan orang-orang yang bahagia di dunia dan di akhirat. Ya Allah limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan dan bantulah kami atas mengerjakan puasa dan mendirikan sholat. – Tammat.

Selain itu al-fagir juga ingin berkongsi risalah berkenaaan dengan ‘amalan-‘amalan di bulan Rajab yang ditulis oleh teman karib al-fagir, iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll. Bagi yang berminat boleh lah download risalah tersebut di SINI.

Adapun mengenai berpuasa atau beribadat di bulan Rajab maka bolehlah merujuk kepada tulisan Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abd. Rauf bin Haji Nurin al-Bahanji. Tulisan beliau pernah al-fagir paparkan sebelum ini. Boleh rujuk di SINI dan di SINI. Di sini al-Fagir datangkan sedikit petikannya sebagai ulangtayang.

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan hadits- hadits yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka melarang atau sekurang- kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq al-Imam al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami رحمه الله تعالى, wafat tahun 974 dalam kitab al-Fatawa al-Kubro al-Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3, cetakan Darul Kutub al-Ilmiah.

Al-Allamah Ibnu Hajar رحمه الله تعالى ini hidup dikurun ke-9 Hijrah, kira-kira empat ratus tahun dahulu. Maka, persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira empat ratus tahun dulu lagi. Tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa tiga (3) tahun , cuba membongkar semula masalah ini , atas alasan maudhu dan dhaif haditsnya. Maka tidak sunat puasa di bulan Rajab?. Apakah maksud sebenar beliau ini?, Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif haditsnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rajab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rajab , maka sudah termasuk kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin. Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadhilat berpuasa dibulan Rajab, beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebar–luas fahaman songsang tersebut.

Al-Allamah Ibnu Hajar al Haitami رحمه الله تعالى mengulas: “Terdapat seorang ahli Feqah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rajab adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya. Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Mahkamah Syariah melarangnya (menegahnya) daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang sepertinya dengan hukuman Takzir yang sungguh- sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rajab. Seolah-olahnya Faqih (ahli fekah) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadits yang diriwayatkan yang menyatakan: “Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul (pusingan) daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rajab”. Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadits yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syaikh Abu Omar bin Sollah (Ibnu Solah) رحمه الله تعالى dan menegah engkau dari (meriwayatkannya), kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu. Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa Izzudin bin Abdis Salam رحمه الله تعالى, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadits terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rajab dan membesarkan bulannya al-Haram, maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rajab?

Maka Syeikh ‘Izzudin Abdis Salam رحمه الله تعالى menjawab: “Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa . Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan (istinbat hukum-hukum syarak). Maka betapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum–hukum syariah, tidak pernah ada dikalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah Ta’ala kerana berdasarkan beberapa hadits yang shahih yang menyungguh-nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi صلى الله عليه وسلم, berfirman Allah Taala “ Tiap–tiap anak Adam adalah baginya (yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa. Dan sabda Nabi صلى الله عليه وسلم : “Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada bau kasturi”.

Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: “ Sesungguhnya seafdhal- afdhal puasa ialah puasa saudaraku Daud عليه السلام. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari”. Adalah Nabi Daud عليه السلام berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan- bulan yang selain daripada bulan Rajab dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rajab lain dari apa yang berlaku disisi puak jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rajab.

Maka Daud عليه السلام dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut jahiliyah. Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya, melainkan apabila terdapat Tegahan Syariat padanya, atau terdapat dalil-dalil qaedah syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rajab) tersebut adalah seorang yang jahil yang terserlah kejahilannya. Tidak halal (yakni haram lah) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan, seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah masyhur memahami, mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah Ta’ala dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum yaitu dalil-dalil hukum.

Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada ahli feqah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah Ta’ala. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya, nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”. - Tammat fatwa Izzuddin Abdis Salam.

Seterusnya Ibnu Sholah telah menjelaskan maksud Fatwa Izzuddin Abdis Salam رحمه الله تعالى dalam kitab Fatawa Kubro tersebut di muka surat yang sama.

“Dan telah mengisyaratkan oleh Izzuddin Abdis Salam رحمه الله تعالى bahawa memadai pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab dengan apa yang telah diriwayatkan oleh beberapa hadits yang menunjukkan atas fadhilat (kelebihan) puasa Yang mutlak (yakni yang umum, yang menyeluruh) dan Yang khusus kelebihannya pada BULAN-BULAN HARAM. Yaitu seperti hadits Abu Daud dan Ibnu Majah dan hadits riwayat selain mereka, daripada al-Bahili: Aku datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! Saya adalah seorang lelaki yang datang bertemu Tuan pada tahun yang pertama. Baginda bersabda: Mengapa ku lihat tubuhmu kurus kering?. Jawab al-Bahili: Ya Rasulullah, tidak ada benda yang saya makan disiang hari yang saya makan melainkan (dimakan) pada malam sahaja. Bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم: Siapa pula yang menyuruh engkau mendera dirimu?. Aku menjawab: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya kuat (berpuasa). Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم: Berpuasalah dibulan sabar, dan tiga hari selepasnya dan berpuasalah dibulan-bulan Haram” .

Pada satu riwayat lain: “Berpuasalah dibulan sabar dan sehari pada tiap-tiap bulan.” Berkata al-Bahili: Tambahi lagi sesungguhnya daku mempunyai kekuatan. Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم: Berpuasalah dua hari. Berkata al-Bahili: Tambahilah lagi maka sesungguhnya daku mempunyai kekuatan. Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم: Berpuasalah tiga hari selepasnya dan berpuasalah di BULAN HARAM dan tinggallkanlah, puasalah dibulan Haram dan tinggalkanlah. Bersabda Rasululah صلى الله عليه وسلم sambil menghimpunkan jari-jari nya yang tiga kemudian melepaskannya”.

Para Ulama’ telah mengulas bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم menyuruh al-Bahili berhenti berpuasa (beberapa ketika) kerana mendapati kesusahannya untuk membanyakkan puasa seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal hadits pertama, dan sesiapa yang tidak kepayahan (yakni mampu), maka berpuasa keseluruhan adalah satu fadhilat (kelebihan).

Perhatikanlah: Perintah Nabi صلى الله عليه وسلم dengan berpuasa di BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang pertama dan perintah Nabi صلى الله عليه وسلم berpuasa dalam sebahagian dari BULAN-BULAN HARAM pada riwayat yang kedua nescaya engkau akan dapati NAS PERINTAH BERPUASA RAJAB atau BERPUASA SEBAHAGIAN DARINYA KERANA RAJAB ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA BULAN-BULAN HARAM bahkan ia adalah yang paling AFDHAL dari semua bulan-bulan haram.

Maka perkataan orang jahil tersebut “Bahawa hadits-hadits berpuasa diBulan Rejab adalah maudhu’, jika dia memaksudkannya menyeluruh pada segala hadits-hadits yang menunjuk kepada berpuasa Rajab menurut umumnya hadits dan khususnya, itu sebenarnya adalah satu pendustaan dan pembohongan pula dari si jahil tersebut. Hendaklah dia bertaubat (dari fahamannya dan meyebar-luaskan fatwanya kepada orang ramai) kalau tidak mahu juga, di takzir lah atasnya dengan takzir yang sungguh-sungguh oleh pemerintah (lantaran fahaman songsangnya).

Disatu sudut memang betul juga terdapatnya banyak hadits-hadits yang maudhu, yang dusta berkenaan Puasa Rajab walhal para imam kita tidak langsung berpegang dengan hadits-hadits maudhu’ tersebut sebagai dalil Sunat Puasa Rajab. Jauhlah mereka hendak bertindak sebegitu. Sebenarnya hanyalah mereka berdalilkan sepertimana yang telah saya nyatakan dan terdapat lagi hadits-hadits dan dalil-dalil yang lain. Sebahagiannya sepertimana terdapatnya hadits-hadits yang popular misalnya hadits yang:

1) Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi daripada Anas رضي الله عنه, beliau telah memarfu’kannya:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ نَهْرٌ يُقَالُ لَهُ رَجَبٌ مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَبٍ سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ النَّهْرِ

Ertinya: Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rajab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu".

(2) Riwayat daripada Abdullah bin Said dari bapanya beliau memarfu’kannya:

مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَبٍ كَانَ كَصِيَامِ سَنَةٍ، وَمَنْ صَامَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ غُلِّقَتْ عَنْهُ أَبْوَاب جَهَنَّمَ . وَمَنْ صَامَ ثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ صَامَ عَشَرَةَ أَيَّامٍ لَمْ يَسْأَلِ اللهِ شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ الله اِيَّاهُ، وَمَنْ صَامَ خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا نَادَى مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ قَدْ غُفِرَ لَكَ مَا قَدْ سَلَفَ، فَاسْتَأْنِفِ الْعَمَلَ، وَقَدْ بُدِّلْتَ سَيِّئَاتك حَسَنَات وَمَنْ زَادَ زَادَهُ اللَّهُ.

Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu tahun , dan siapa yg berpuasa didalamnya tujuh (7) hari maka akan ditutup tujuh pintu-pintu neraka Jahannam, dan barangsiapa yang berpuasa lapan (8) hari maka lapan pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa sepuluh (10) hari, tidaklah jika dia berdoa melainkan akan dimakbulkan Allah, barangsiapa yang berpuasa limabelas (15) hari, menyerulah penyeru dari langit: “Sesungguhnya telah diampunkan bagimu perkara yang telah lalu maka dimulai amal yang baru, dan sesungguhnya telah digantikan segala kejahatan engkau dengan kebajikan dan barangsiapa yang melebihkannya maka melebihkannya oleh Allah”.


Kemudian al-Baihaqi telah menaqalkan daripada Gurunya al-Hakim bahawa hadits yang pertama diatas adalah statusnya mauquf atas Abi Qilabah seorang Tabi’in. Orang yang seperti beliau tidak akan berkata-kata melainkan diambil daripada seseorang (yaitu para shahabat) yang perkataannya diambil pula daripada tuan yang menerima wahyu (yaitu Rasulullah صلى الله عليه وسلم).


Mengenai Hadits yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah رضي الله عنه pula “Bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rajab dan Sya’ban “. Beliau berkata Isnad hadits tersebut dhaif . - Tammat komentar Ibnu Solah.


Syeikh al-Allamah Ibnu Hajar رحمه الله تعالى menjelaskan pula fungsi hadits-hadits dhaif yang berkisar dalam masalah Puasa Rejab ini. Beliau menulis di halaman 5: “Sesungguhnya para ulama’ telah menetapkan bahawa hadits-hadits dhaif, mursal, munqothi’, mu’dhal dan mauquf diamalkan dengannya pada fadho`ilil a’mal atas dasar IJMA’. Maka tidak syak lagi bahawa berpuasa Rajab adalah sebahagian daripada fadho`ilil a’mal. Memadailah padanya dengan hanya berdalilkan hadits-hadits dhaif dan yang sepertinya, tiadalah diingkari demikian itu melainkan orang-orang yang JAHIL YANG TERPEDAYA”. - Tammat.


sekian dari

al-fagir ilaLlah abu zahrah al-qadahi

jum’at, 4 rajab 1433H

taman seri gombak



Isnin, 7 Mei 2012

Jemput Ke Blog Terbaru Al-Fagir: al-Fanshuri-Ahlul Kisa

Sila klik pada gambar

Perjalanan Menjejaki Makam Imam al-Ghazali – Siri 3

Perjalanan Menjejaki Makam Imam al-Ghazali - Siri 3

Ada satu kisah yang ingin al-fagir kongsikan disini, iaitu kisah perjalanan Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى menuntut ilmu dimana kisah ini penting dan sayogianya direnungi oleh para penuntut ilmu.

Kisahnya begini ….

Ketika Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى berusia 15 tahun, iaitu tahun 465H, beliau berangkat ke Jurjan (di dalam bahasa Parsi disebut sebagai Gorgan) untuk berguru dengan seorang ulama bernama Syeikh Abu Nasr Ismail bin Mas’adah al-Isma’ili. Kota ini terletak lebih kurang 160km dari kota Thus. Sewaktu belajar di Jurjan, Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى adalah seorang pelajar yang rajin dan tekun. Beliau mencatat setiap apa yang dipelajari dari gurunya. Pada tahun 470H, iaitu setelah 5 tahun belajar di Jurjan, Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى  pun pulang ke kota Thus. Beliau telah mengikat nota-nota pelajarannya itu di dalam sebuah bungkusan dan kemudian bertolak bersama sebuah kafilah. Di tengah-tengah perjalanan, kafilah itu telah ditahan oleh sekumpulan perompak yang telah merampas harta setiap anggota kafilah itu. Ketika sampai giliran Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى pula, setiap barang kepunyaan beliau telah digeledah dan dirampas oleh kumpulan perompak itu. Ketika perompak-perompak itu menyentuh bungkusan nota-notanya, Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى telah berkata: Ambillah semua yang engkau mahu, tetapi jangan engkau ambil bungkusan ini.


Perompak-perompak yang rakus itu pula telah menyangka yang bungkusan itu mungkin mengandungi harta-harta yang amat berharga. Mereka pun membuka bungkusan itu. Tetapi mereka hanya menjumpai beberapa lembaran kertas penuh dengan catatan. Mereka pun bertanya: Apa ini?

Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى telah menjawab: Ini adalah hasil titik peluhku. Kerananya, aku telah meninggalkan kampung halamanku agar aku dapat mendengar, menulis dan memperolehi ilmunya.

Seorang anggota kumpulan perompak itu telah ketawa dan telah berkata kepada Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى: Bagaimanakah engkau boleh mendakwa yang engkau telah memperolehi ilmunya? Kerana, andaikata kami rampas bungkusan ini, engkau akan kehilangan ilmumu. Ilmu yang tersimpan di dalam lembaran kertas bukanlah ilmu yang sebenar.

Maka bungkusan nota-nota itu pun dikembalikan kepada Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى. Kata-kata daripada si perompak itu telah menyebabkan Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى tersedar dan mengubah cara dia berfikir. Beberapa tahun kemudian, ketika dia mengingati kembali peristiwa ini, Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى telah berkata: Kata-kata daripada lelaki itu sebenarnya adalah kata-kata yang telah digerakkan (yakni diilhamkan). Allah telah menggerakkannya untuk berkata dengan kata-katanya itu, agar aku dapat menerima petunjuk. Apabila aku sampai semula di Ţhus, aku telah bekerja keras selama tiga tahun, sehingga aku telah berjaya menghapal segala yang telah aku tulis.

Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى juga telah berkata: Sebaik-baik nasihat dan teguran yang telah menyebabkan aku mengubah cara aku berfikir, telah datang daripada seorang perompak jalanan.

العلم في الصدور لا في السطور

sekian dari abu zahrah al-qadahi
dhuha,isnin, 15 jamadilakhir 1433H/7 mei 2012
taman seri gombak

 Kisah Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى di rompak pada bermula minit 24 ...

Related Posts with Thumbnails