Jumaat, 5 November 2010

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Memberi Perhatian Ketika Khatib Membaca Khutbah


Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه, menyebut di dalam kitabnya Risalatul Mu’awanah wal Muzhaharah wal Mu’azarah:

(وعليك) بالتفرغ يوم الجمعة من جميع أشغال الدنيا، واجعل هذا اليوم الشريف خالصاً لآخرتك، فلا تشتغل فيه إلا بمحض خير ومجرد الإقبال على الله، وأحسن المراقبة لساعة الإجابة وهي ساعة تكون في كل يوم جمعة لا يوافقها مسلم يسأل الله فيها خيراً ويستعيذه من شر إلا استجاب الله له.

Dan atas engkau dengan mengosongkan pada hari Jum’at daripada sekelian pekerjaan dunia dan jadikan olehmu pada ini hari yang mulia bersih bagi akhirat.bagi kamu. Maka jangan engkau bekerja padanya melainkan semata-mata kebajikan dan semata-mata berhadap atas Allah Ta’ala. Dan elokkan olehmu akan mengintai-intai bagi sangat ijabah dan iaitu saat yang ada ia pada hari Jum’at, tiada muwafaqat akan dia [seorang] Muslim yang memohon akan Allah Ta’ala akan kebajikan dan meminta berlindung ia daripada kejahatan melainkan diperkenan Allah [hajat atau permintaannya] baginya.

(وعليك) بالبكور إلى الجمعة ولو أن تروح إليها قبل الزوال، وبالقرب من المنبر، والإنصات للخطبة، واحذر أن تشتغل عنه بذكر أو فكر، فضلاً عن اللغو وحديث النفس، واستشعر في نفسك أنك مقصود بجميع ما تسمعه من الوعظ والوصية واقرأ بعد السلام وأنت ثان رجليك وقبل أن تتكلم الفاتحة والإخلاص والمعوذتين "سبعاً سبعاً" وقل أيضاً بعد الانصراف من الصلاة سبحان الله العظيم وبحمده "مائة مرة" ففي الخبر ما يدل على فضل ذلك وبالله التوفيق.

Dan atas engkau dengan berpagi-pagi kepada Jum’at [maksudnya pergi awal menunaikan Jum’at] dan jikalau bahawa engkau pergi kepadanya sebelum [waktu] zawal dan dengan [duduk] hampir kepada mimbar dan mendengar akan khutbah. Dan takut olehmu akan bahawa berbimbang daripadanya dengan dhikir atau berfikir, lebih-lebih lagi daripada yang sia-sia dan haditsul nafsi [bicara diri yang tiada faedah]. [Maksudnya: Awas! Jangan sibukkan diri ketika khatib berkhutbah dengan berdhikir atau berfikir, berikan tumpuan kepada khutbah yang di baca]. Dan sedarkan olehmu pada hati kamu bahawa engkau maksud pada sekelian barang yang engkau dengar akan dia itu daripada wa’idz dan wasiat. [Maksudnya, hendaklah merasakan dalam diri bahawa apa yang didengari daripada segala nasihat dan pesanan oleh khatib yang berkhutbah itu di tujukan kepada dirimu]

Dan baca olehmu kemudian daripada salam padahal engkau lipat akan dua kaki engkau [yakni sebelum berubah duduk] dan sebelum daripada bahawa berkata-kata engkau akan Faatihah, dan surah al-Ikhlas, dan al-Mu’awwizatain [surah al-Falaq dan surah an-Naas] tujuh-tujuh kali. Dan baca pula olehmu pula kemudian daripada berpaling daripada sembahyang سبحان الله العظيم وبحمده 100 kali, kerana tersebut pada hadits barang yang menunjuki atas kelebihan demikian itu. وبالله التوفيق.

sekian dari
abu zahrah al-Qadahi
taman seri gombak
Jum'at, 28 Dhulqaedah 1431

Khamis, 4 November 2010

Rauhah Guru Mulia: Akhlak Dalam Berdakwah


Guru Mulia, Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim حفظه الله menyebut di dalam pelajarannya tentang dakwah kepada pelajar-pelajar di Darul Zahra`, sebagaimana yang terhimpun di dalam kitab Irsyadul Da’iyati.

…… Dakwah memerlukan mujahadah. Mujahadah untuk mendidik jiwa agar bersabar dan teguh, agar kembali kepada Allah, meneladani Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, menyampaikan nasihat, berhijrah, bersikap murah hati dan mengutamakan orang lain. Setiap jenis mujahadah memerlukan pembahasan tersendiri.

Kita harus mengetahui sejarah orang-orang dahulu yang hidup sebelum kita. Dahulu Imam ‘Alwi bin Syihabuddin رحمه الله [beliau adalah datuk kepada Habib ‘Abdullah BinSyihab. Wafat di Tarim pada 12 Ramadhan 1386H] dan Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله [beliau adalah ayahanda kepada Habib Salim Asy-Syathiri. Menjadi pengasuh atau pemimpin rubath Tarim selama lebihkurang 50 tahun. Wafat di Tarim pada 29 Jumadil Ula 1361H] sering di ganggu masyarakat.  …….

Kisah: …… Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله tatkala berwudhu selalu mengamalkan sunnah-sunnahnya. Suatu hati, ketika beliau sedang berwudhu di jabiyah Masjid Ba’alawi, seorang lelaki tua menganggap wudhunya terlalu lama.

Was-was apakah ini? Kau membuat kami menunggu terlalu lama! Kata lelaki tua itu. Dia lalu membuka pintu jabiyah, masuk ke dalamnya. Keluar dari sini! Bentak lelaki tua itu seraya membuang pakaian Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله , sedangkan Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله belum selesai berwudhu. Lalu Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله segera mencapai pakaiannya dan segera pulang ke rumah untuk menyempurnakan wudhunya. Sesampainya beliau kerumahnya, dia berfikir, “Hari ini aku telah melukai hati seseorang di Tarim. Ini adalah ‘aib bagiku. Aku tidak boleh menyusahkan orang.”

Cuba perhatikan, jika ada seseorang membuang pakaian kalian dan berkata seperti di atas, apa yang kalian lakukan? Apa yang kalian ucapkan? Apa kalian akan bersikap sopan kepada orang tua yang membuang pakaian kalian, seraya berkata wahai orang yang tidak beradab!? Apa yang kalian akan ucapkan? Apakah kalian akan mendatanginya [orang tua tersebut] dan meminta maaf?

Kalian akan berkata bahawa, orang tua itu pemarah. Sebab, kalian tidak punya adab, tidak punya akhlaq, tidak punya iman. Jika kalian beradab, tentu kalian akan berkata: “Aku telah menyusahkan hati orang tua ini. Perbuatan ini haram bagiku.”

Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله merenung di rumahnya: “Bagaimana aku boleh melukai hati orang tua itu. Aku tidak sepatutnya dan tidak boleh berbuat demikian. Sekarang aku harus pergi ke rumahnya, merendahkan diriku di hadapannya serta meminta maaf dan doa kepadanya.”

Beliau kemudiannya mengunjungi lelaki tua itu, mengetuk pintu rumahnya. “Siapa?” Tanya lelaki tua itu. “Abdullah bin Umar asy-Syathiri” Jawab beliau. “Masuklah!” Pelawa lelaki tua itu. “Selamat datang wahai anakku! Apa yang membuatmu datang kemari?” ujar lelaki tua itu.

“Wahai Habib! Aku telah beradab buruk kepadamu dengan sikap was-was dan lambat di tempat wudhu sehingga kau terganggu. Terimalah kekurangaku ini. Aku datang untuk memohon maaf. InsyaAllah, aku tidak akan mengulanginya lagi.”

Mendengar penjelasan tersebut, orang tua itu menangis seraya berkata: “Wahai anakku! Akulah yang kurang adab. Akulah yang kurang ajar kepadamu. Kau adalah seorang ‘alim yang meng’amalkan ilmunya. Kau meng’amalkan sunnah-sunnah wudhu dan kau tidak memilki kekurangan.”

Inilah akhlaq! Beginilah seharusnya sikap seorang dai [pendakwah].

Orang tua itu akhirnya mendoakan dan mengakui kedudukan Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمه الله. Dan beliau keluar dari rumahnya dengan keuntungan besar. Imam ‘Alwi bin Syihabuddin dan Habib ‘Abdulah bin Umar asy-Syathiri رحمهما الله adalah orang-orang hidup di akhir zaman ini…….”

Sekian dari,
abu zahrah, taman seri gombak
asar, 27 Dhulqaedah 1431,

Rabu, 3 November 2010

Peluang Untuk Melaksana Ibadah Korban di Bumi Tarim, Hadramaut

Jom Pi Buat Korban di Tarim! 
Sertai Segera!

Kepada sesiapa yang berminat untuk melaksanakan ibadah korban di bumi Tarim, Hadramaut, bolehlah berbuat demikian dengan mewakilkan wakil Persatuan Pelajar Malaysia Darul Musthafa, Tarim. Sila hubungi Ustaz Zul Azwan @ Adnan bin 'Abdullah di no berikut:  +967713919358 atau +60133284320

Daging korban akan agihkan kepada para masyaikh di Tarim, pelajar-pelajar  di Tarim dan mereka yang layak menerimanya.

Harga seekor kambing RM350.00 sahaja (termasuk kos perkhidmatan) - Kambing sahaja.

Cara pembayaran: Depositkan wang ke dalam Akaun Wadiah BSN MOHD ZUL AZWAN B. ABDULLAH . No akuan: 02100-41-00007435-2

Nota: Sila memaklumkan kepada Ustaz Muhammad Zul Azwan @ Adnan sebelum mendepositkan wang

Maklumat lanjut sila hubungi : Adnan b. Abdullah : +967713919358

Tarikh Tutup Penyertaan: 5 Dhulhijjah 1431H/12 November 2010M

Ustaz Adnan tengah dok heret kambing untuk disembelih

Ustaz Le dan Ustaz Muhammad Nasrullah dok tengah melapah kambing korban


Isnin, 1 November 2010

Program Ibadah Korban Di Kemboja dan Indonesia -TERKINI

Kepada tuan-tuan/puan-puan yang berminat untuk melaksanakan ibadah korban di di Kemboja dan Indonesia, bolehlah menyertai program ini.
Harga seperti di bawah. 
Sertai Segera!

Gambar Hiasan Sahaja
Korban di Kemboja: Harga 1 bahagian lembu = RM 190.00
(Melalui Ustaz Sulaiman, Guru Agama di Kemboja)


Gambar Hiasan Sahaja
Korban di Indonesia: Harga untuk 1 ekor kambing = RM 300.00
(Di Solo melalui Habib Sholeh al-Jufri)

Kepada yang berminat untuk menyertainya atau ingin mendapat maklumat lanjut, sila hubungi 

Tuan Syed Hussin bin Shaikh al-Junaid di talian berikut 012-366 8272, atau
Imam Azian bin Man (Masjid al-Falah) di 013-330 9474, atau
e-mail: madrasannur@hotmail.com
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 November 2010

Bayaran boleh dibuat dengan memasukkannya ke dalam akaun Maybank Tuan Syed Hussin bin Shaikh al-Junaid dan Imam Nor Azian bin Man. No akaun seperti berikut: 562227008760. Dan sila hubungi no diatas setelah membuat pembayaran.

Sertai Segera!

Sekian.

Related Posts with Thumbnails