Syaikh Abdul Qadir Isa رحمه الله تعالى pada muqaddimah kitab Haqaiq ’an at-Tasawwuf menyebut:
Sesungguhnya semenjak terpancarnya fajar Islam, ia telah diuji dengan pelbagai permusuhan yang sememangnya tidak menginginkan kebenaran. Mereka cuba meranapkan rukun-rukun Islam serta menghancur luluhkan binaannya melalui pelbagai bentuk dan cara. Pada hari ini generasi kita berhadapan dengan gelombang atheis dan juga ideologi-ideologi yang mengharuskan segala sesuatu, yang dilontarkan kepada kita dari timur dan juga barat bertujuan menyesatkan golongan muda-mudi, merosakkan generasi serta menakutkan kita terhadap masa depan pemikiran aqidah yang kita miliki dengan ancaman bahawa ia akan menuju kegelapan yang mencengkam. Mereka mengancam umat Islam dengan keruntuhan yang dasyat dan kejahatan yang menyelubungi.
Dalam suasana gelombang ombak yang sebegini kita tidak mungkin mampu melawan pertembungan pemikiran kecuali jika kita berpegang dengan tali Allah yang sememangnya kukuh dan juga tanpa terlalu mementingkan khilaf di dalam perkara furu’ yang merupakan ijtihad serta hendaklah kita mengikat hubungan hati dengan Allahسبحانه وتعالى bertujuan untuk memperolehi kekuatan, ketenangan, kehebatan serta kemuliaan daripadaNya .
Bagi pendaie-pendaie Islam yang ikhlas tentunya sudah menjadi suatu perkara penting bagi mereka untuk mengembalikan roh agama serta membuka tutupan hati, maka tidak lain dan tidak bukan tujuan orang-orang sufi pada setiap masa dan zaman hanyalah untuk kembali bersama-sama orang Islam berada di bawah naungan uns dengan Allah Ta’ala, kenikmatan bermunajat dan kebahagiaan berdampingan denganNya dengan mengembalikan roh Islam.
Musuh-musuh Islam telah bekerja keras untuk memperdayakan umat Islam daripada pegangan mereka, memperlekehkan Islam dengan kalimah jumud dan singkat serta menuduh penganut-penganutnya dengan kemunduran dan cuba kembali ke zaman lampau. Di samping itu juga pendakwah-pendakwah mereka yang mempunyai tujuan-tujuan khusus yang tersendiri telah melontarkan berbagai tohmahan dengan menggunakan pelbagai tipudaya licik yang dipelajari. Kadang-kadang mereka menimbulkan keraguan umat Islam terhadap apa yang terdapat dalam mazhab-mazhab feqah yang muktamad dan di masa yang lain pula mereka mencela sesetengah perawi hadits yang terdiri daripada sahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bertujuan menghancur leburkan tiang-tiang Islam. Sekali sekala mereka menghalakan pula syubhat kepada perkara yang berlegar di sekitar masalah keimanan demi merosakkan aqidah ummah.
Kita semua telah lihat dan tahu bahawa semua perkara ini telah berlaku di sepanjang zaman, maka perkara yang perlu disedari dan diberikan perhatian ialah celaan yang dimaksudkan tadi serta tikaman yang mendalam ke atas Tasawuf Islam. Perkara tersebut tidak lain kecuali semata-mata KERANA IA MERUPAKAN PERMATA ISLAM, ROH SERTA KEHIDUPAN YANG MENGGERAKKANNYA. Sesungguhnya golongan sesat ini ingin memperdaya dan memesongkankan umat Islam terhadap pegangan mereka melalui gambaran peredaran falsafah khayalan, membelakangi dunia, menjauhkan diri daripada manusia, melakukan bid’ah serta lemah dan lari dari realiti kehidupan.
Akan tetapi Allah سبحانه وتعالى telah menjamin penjagaan dan pengekalan terhadap agamanya lalu dihancurkan tulisan-tulisan mereka dan dakwaan mereka dibawa angin lalu dan TASAWWUF tetap kekal sebagai menara obor ahli suluk menuju Allah سبحانه وتعالى . Juga sebagai metodologi positif lagi membina untuk menyebarkan Islam dan menguatkan binaannya.
Syaikh Abdul Qadir Isa
Halab, 24 Ramadhan 1381H. Bersamaan 17 November 1961 M.

0 komen:
Catat Ulasan