Ahad, 16 Oktober 2011
Jumaat, 7 Oktober 2011
Belasungkawa: Habib Saad Telah Kembali KerahmatuLlah
يَـٰٓأَيَّتُهَا
ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً
مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾
فَٱدْخُلِى
فِى عِبَـٰدِى ﴿٢٩﴾
وَٱدْخُلِى
جَنَّتِى ﴿٣٠﴾
Menjelang
Maghrib semalam (8 Dhulqaedah 1432/6 Oktober 2011) al-Fagir menerima kabar
sedih dari Tarim. Al-Habib Muhammad bin ‘Alawi bin Umar bin Aydrus bin 'Alawi al-Aydrus atau lebih dikenali
dengan panggilan Habib Sa’ad telah kembali kerahmatuLlah pada usia 81 tahun. Beliau
meninggal dunia ketika sedang membaca kitab Ihya ‘Ulumiddin tengahari semalam (Khamis), dan tiba-tiba
rebah sementara kitab masih berada di tangan beliau. Allahu Allah.
موت الفجاء راحة للمؤمن وأسف على الفاجر
Ertinya: Mati
tiba-tiba (mendadak) itu kesenangan bagi orang mu’min dan kesusahan bagi orang
faajir (hadits riwayat Imam Ahmad)
Sememangnya
beliau seorang yang gigih dalam mentela’ah kitab walaupun usianya telah lanjut
dan uzur. Beliau, kalau tidak silap al-fagir, mengidap penyakit lelah atau
athsma. Keluasan ilmu beliau dapat dilihat tatkala kita membaca karangan beliau
yang berjumlah hampir 70 karya kecil dan besar. Al-Fagir pernah menziarahi
beliau, dan tika itu beliau pulang dari membaca kitab Ihya ‘Ulumiddin. Walaupun
uzur, beliau tetap bersemangat. Allahu Allah …… Dan sewaktu pertemuan beliau
memberi nasihat untuk belajar dan membaca kitab terutamanya karya Imam al-Ghazali. Bahkan beliau ijazahkan
al-fagir dan teman-teman yang menziarahi beliau seluruh kitab-kitab yang beliau
hasilkan juga seluruh karangan Imam al-Ghazali, Imam an-Nawawi dan Imam asy-Sya’rani.
Beliau juga murah dengan doanya. Sewaktu al-fagir bertemu beliau di Masjid as-Saggaf
dan minta beliau doakan, beliau spontan mendoakan. Allahu Allah …. Sungguh
kabar pemergian beliau ini amat menyedihkan. Jenazah beliau akan disembahyang dan dikebumikan selepas 'ashar hari ini (Jum'at).
Dan beliau adalah juga merupakan guru al-Qur’an
kepada Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Kubah Abu
Murayyim, dan beliau katanya sudah nampak akan keutamaan yang ada pada muridnya itu.
الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه
وآله وسلم والى روح الحبيب محمد بن علوي العيدروس
الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته
ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين والشهداء
والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين
Semoga
Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya,
melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang
tertinggi bersama para Nabi, Shiddiqin, Syuhada’ dan Sholihin dan semoga
Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.
Disini al-fagir kongsikan sedikit biodata beliau yang diterjemah dari kitab beliau berjudul al-Niyyaat.
Pada tahun 2009, beliau menerima anugerah penghargaan dari Markaz Ibn ‘Ubaydillah al-Saqqaf kerana jasa dan sumbangannya dalam bidang penghafazan al-Quran.
Habib Sa’ad menghasilkan banyak penulisan, mencecah lebih daripada 70 buah antanta karangan beliau kitab mengenai niat, siwak, kelebihan kalimah Lailaha ilalLah, Hikam al-Imam ‘Ali رضي الله عنه,, kenali dirimu, rahsia-rahsia nama Allah al-Lathif, Khulashah Akhlak Salafus Shaleh, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Kita akan dapat merasai keluasan ilmu beliau bila membaca karangan beliau.
Disini al-fagir kongsikan sedikit biodata beliau yang diterjemah dari kitab beliau berjudul al-Niyyaat.
Beliau adalah as-Sayyid as-Syarif
al-Faadhil Muhammad bin ‘Alwi al-Aidarus, digelar dengan nama Habib Sa’ad.
Lahir di Tarim pada tahun 1351H dan membesar di Tarim. Mengambil ilmu dari
ulama-ulama Tarim khususnya di Ribath Tarim. Kemudian beliau berpindah ke ‘Aden
untuk mencari bekerja. Dan disana beliau berdepan dengan corak pemerintahan
keras Komunis Merah pada ketika itu, yang menahannya (masukkannya) dalam
penjara tanpa kesalahan dan tanpa kehormatan sebagai mana dilakukan kepada
ramai daripada golongan sholihin. Namun mehnah (ujian) yang merupakan tarbiyyah
Allah ke atasnya, maka Allah telah mentaqdirkan baginya bahwa dia menghafaz
al-Quran dalam kegelapan penjara. Kemudian pada 1395H beliau keluar dari
penjara setelah hampir 4 tahun dipenjara. Setelah itu beliau kembali ke Tarim
dan menjadi imam di Masjid as-Saqqaf dan guru al-Quran di Mu’alamah Abi
Murayyin. Para pelajar berduyun-duyun datang belajar daripadanya walaupun
berlaku kekerasan komunis pada ketika itu dan masih lagi berterusan selepas itu.
Habib Sa’ad sangat suka membaca, memutala’ah dan mengumpul bahan-bahan ilmu
sehingga semua karangannya mencapai lebih 70 buah kitab. Beliau juga terlibat
dalam beberapa seminar dan muktamar di Tarim. - tamat terjemahan -
Pada tahun 2009, beliau menerima anugerah penghargaan dari Markaz Ibn ‘Ubaydillah al-Saqqaf kerana jasa dan sumbangannya dalam bidang penghafazan al-Quran.
Habib Sa’ad menghasilkan banyak penulisan, mencecah lebih daripada 70 buah antanta karangan beliau kitab mengenai niat, siwak, kelebihan kalimah Lailaha ilalLah, Hikam al-Imam ‘Ali رضي الله عنه,, kenali dirimu, rahsia-rahsia nama Allah al-Lathif, Khulashah Akhlak Salafus Shaleh, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Kita akan dapat merasai keluasan ilmu beliau bila membaca karangan beliau.
Sekian dari,
al-fagir abu zahrah
jum’at, 9 Dhulqaedah 1432/7 Oktober 2011
Habib Saad di usung dengan tandu sewaktu ziarah makam Nabi Allah Hud |
Kategori Ta'ziah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Jumaat, Oktober 07, 2011 1 komen
Langgan:
Catatan (Atom)