Isnin, 14 Jun 2010

Puasa di Bulan Rajab


 Kepada yang bertanyakan mengenai puasa Rajab, maka pakat mai baca link dibawah.

Ahad, 6 Jun 2010

Kecintaan Bukit Uhud Kepada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم


Syaikhan meriwayatkan daripada Sayyidina Anas رضي الله عنه bahawa apabila Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم nampak Jabal Uhud, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda (maksudnya):
Inilah Uhud, bukit yang mencintai kami dan kami mencintainya
 


Nama ‘Muhammad’ (صلى الله عليه وآله وسلم) terukir di sepanjang Bukit Uhud. Itulah antara tanda kebesaran Allah Ta’ala dan kecintaan makhluk kepada Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.



Kata al-Habib Yusuf bin Muhyiddin al-Bakhour al-Hasani;

Gunung Uhud sepanjang berkilo-kilo meter telah terukir nama kekasihnya, tanda benar dalam cinta. Adakah sudah terukir di hati kita nama kekasih kita (yakni Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم )? Atau kita dusta dalam cinta?


Alangkah anehnya! Tatkala seluruh kebendaan lebur dalam kecintaan kepada Sayyidina Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم, namun ramai daripada umat Rasulullah صلى الله وآله وسلم yang dicintai oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pula lebur dalam kecintaan kepada kebendaan.




Khamis, 3 Jun 2010

Rauhah al-Imam al-Habib 'Abdullah al-Haddad: Nikmat Islam

Telah berkata Quthbul Da’wah wal Irsyad, Ghauts al-‘Ibaad wal Bilaad, al-Imam al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه

"Perbanyaklah pujian dan syukur atas nikmat Islam. Sesungguhnya nikmat tersebut adalah seagung-agungnya dan sebesar-besarnya nikmat. Seandainya Allah memberi kepada seorang hamba dunia beserta isinya dan mencegahnya dari Islam maka hal itu adalah bencana baginya. Dan seandainya Allah memberinya Islam dan mencegahnya dari dunia maka hal itu tidak dapat membahayakannya sama sekali." [Petikan dari kitab Ghooyatul Qoshod wal Murod oleh al-Habib Muhammad bin Zain Bin Sumaith رضي الله عنه, juz 2, hal. 121]


Dhikir di atas di baca setiap kali setelah selesai sholat, di Ma'had az-Zein al-Makkiy al-Aly Littafaqquh Fiddin yang diasaskan oleh Tuan Guru kami, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjariy al-Makkiy حفظه الله

Sumber: Bisyarah


Related Posts with Thumbnails