Rabu, 27 Januari 2010
Muhadharah Habib Umar di Jakarta Pada 31 Disember 2009
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Januari 27, 2010 0 komen
Tabung Khas Bantuan Pondok Lubuk Tapah
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Januari 27, 2010 0 komen
Sabtu, 23 Januari 2010
Berkata kalimat yang baik adalah sedekah
Kategori Tazkirah
Catatan al-fagir abu zahrah pada Sabtu, Januari 23, 2010 0 komen
Khamis, 21 Januari 2010
Habib Umar 2010 Malaysia's Tour
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Januari 21, 2010 1 komen
Rabu, 20 Januari 2010
Tazkirah Yang Disampaikan Oleh Habib Umar di Pondok Baitul Qurro
Bahagian - 1
Bahagian - 2
Bahagian - 3
Bahagian - 4
Bahagian - 5
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Januari 20, 2010 1 komen
Isnin, 18 Januari 2010
Kunjungan Dakwah Habib Umar Ke Malaysia, Januari 2010 - Bhg. 2 (akhir)
Majlis Muwasolah Baina Ulama al-Muslimin adalah merupakan yang pertama di adakan di Malaysia. Kalau di Indonesia, sudah kali ke-4 diadakan. Ianya akan berlangsung pada bulan Muharram setiap tahun. Majlis ini bertujuan untuk memupuk pemuafakatan para ulama dan pendakwah di Malaysia khususnya dan Nusantara amnya. Dan majlis ini diterajui oleh Habib Umar. Petikan dari kata-kata Habib Umar;
Majlis seperti ini bukanlah bermaksud untuk membuat suatu gerakan baru, organisasi baru, parti baru atau hal-hal seperti itu kerana yang demikian itu sudah terlalu banyak dan umat Islam tidak memerlukan lagi tambahan organisasi yang serupa, sebaliknya ia bermaksud memupuk usahasama mencari penyelesaian kepada kemaslahatan ummah demi menjaga kepentingan umum umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم".
Majlis ini adalah anjuran bersama Madras an-Nur, ITMAM, IPTAF, Yayasan Sofa, Yayasan Al-Jenderami, Jamaah Khairiah, Jamaah al-Khidmah dengan sokongan daripada JAKIM dan JAIS. Ianya dihadiri oleh kira-kira 200 orang peserta yang terdiri dari tuanguru-tuanguru pondok, ustaz-ustaz, ahli akademik, pendakwah serta pemimpin NGO. Turut serta juga adalah ulama jemputan dari negara-negara jiran. Ikuti bayan oleh al-Habib Umar disini. Majlis ini berlangsung dari 10Jan hingga 11Jan. Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. Moga-moga majlis ini menjadi acara tahunan di Malaysia.
Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Merupakan perhimpunan kemuncak. Sejak dari waktu asar para jemaah sudah mula memenuhi Masjid al-Falah. Masjid yang boleh memuatkan hampir 8,000 jemaah ini penuh hingga melimpah keluar.
Majlis didahului dengan bacaan Hizib Bahar, Wirdul Lathif dan ceramah oleh beberapa jemputan antaranya Ustaz Hasan dari Singapura dan Habib Sholeh al-Jufri dari Indonesia (keduanya merupakan murid dari Habib Umar), Saudara Ilyas (kalau tak silap ambo) dari Amerika Syarikat, juga murid kepada Habib Umar. Untuk membaca biografi Ustaz Hasan, boleh dibaca disini manakala biografi Habib Sholeh bin Muhammad al-Jufri boleh dibaca disini.
Usai sholat maghrib dengan diimamkan oleh Habib Umar, bacaan Maulid adh-Dhiya al-Laami’ (karangan Syaikhuna al-Habib Umar bin Hafidz) yang diselangselikan dengan bacaan qasidah. Setelah itu Syaikh ‘Abdul Karim dari Australia memberi ceramah ringkas dan diikuti pula dengan ceramah oleh Syaikh ‘Abdul Fattah dari Yaman. Kedua-duanya juga merupakan sebahagian dari rombongan Habib Umar. Setelahnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan ….. ‘siraman rohani’ dari Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz yang diterjemahkan oleh Habib Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid ...... insyaAllah kalau ada diuploadkan di utube, al-Fagir paparkan nanti.
Saat yang paling kemuncak apabila Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz berdoa … doa yang diaminkan dengan iringan airmata para hadirin. Suasana di Masjid al-Falah tenggelam dengan tangisan dan lantunan dhikir Ya Allahu Ya Allah oleh para muhibbin … Satu suasana yang tak dapat nak digambarkan … tak terungkap dek kata-kata ….. Hanya yang berada disana dan menghayatinyalah yang merasai kelazatannya ….. Ambo dah postkan disini, sila ikuti dan hayati ....
Sepengetahuan al-Fagir, perhimpunan di Masjid al-Falah dihadiri dari muhibbin seluruh Malaysia. bahkan dari negara-negara jiram. Al-Fagir sempat bertemu teman-teman dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Perak dan juga dari Sarawak. Sempat juga ketemu dan berkenalan dengan habib dan muhibbin dari Pontianak, Banjarmasin dan Singapura. Allahu Allah. Dan dengan berkatnya Habib Umar ini juga al-fagir dapat bertemu dengan Ustaz Abu Muhammad, shohib blog Bahrus Shofa dan beberapa orang teman beliau iaitu Habib Musthafa bin 'Ali bin Ibrahim al-Haddad, Dr Amin dan seorang lagi yang al-Fagir terlupa namanya (maaf ya!). Ustaz Abu Muhammad dan rombongannya mengikuti program Habib sejak dari Masjid UIAM, kemudian kami bersama-sama ke Madrasah an-Nur. Al-Fagir juga telah diperkenalkan oleh Ustaz Abu Muhammad dengan Ustaz Nik Roskiman dari IKIM.
Setelah bersholat Isya’ diimamkan oleh Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz, para hadirin dihidangkan dengan jamuan nasi. Dan setelahnya para hadirin diberi peluang untuk bersalaman dengan Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz. Ada juga hadirin yang membawa anak-anak mereka untuk bertemu Habib Umar, mohon agar beliau doakan … Bahkan ada yang bawa baby nun dari Kedah … untuk ditahnikkan oleh Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz.
Kemudian, Habib berangkat pulang ke tempat penginapan. Esoknya, progam Majlis Muwasholah Baina Ulama al-Muslimin bersambung ….. Majlis selesai pada sebelah malamnya.
Pondok Baitul Qurro
Awal pagi 12 Jan 2010, Habib Umar berangkat dengan flight ke Johor untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pejabat Mufti Johor. Setelah itu, acara yang sudah menjadi satu kemestian bagi para habaib yang mengunjungi Malaysia, iaitu menziarahi seorang auliyaAllah iaitu al-Habib ‘Ali bin Ja’far di Batu Pahat. Setelah membuat kunjungan kepada seorang lagi Habib di Johor, maka Habib Umar berangkat ke Pondok Baitul Qurro, Melaka.
Kehadiran para muhibbin di Pondok Baitul Qurro juga sangat menakjubkan. Rasanya hampir 5, 6 ribu hadirin. Kata Ustaz Zul, pengasas pondok Baitul Qurro kepada al-Fagir sewaktu bertemu di Muzakarah Ulama Se-Malaysia di De Palma …. Merupakan satu sejarah, perhimpunan untuk majlis ilmu/ceramah agama yang teramai di Melaka. Satu rekod …. Ini semua barokahnya Habib Umar ….. begitulah lebih kurangnya.
Ya memang ramai. Al-Fagir saksikan sendiri ….
Setelah tamat program di Baitul Qurro, Habib terus bernagkat ke KLIA untuk berlepas pulang. Al-Fagir sempat juga menghantar Habib di KLIA. Terasa sayu dihati tatkala berpisah dengan Guru Mulia, terutamanya ketika beliau melambai-lambaikan tangannya dan melemparkan senyumannya. Semoga dapat bertemu lagi ...... wahai guruku. Pernerbangan dijadualkan jam 2 pagi, tetapi sekitar 12.40, lebihkurang Habib telah masuk keruangan berlepas ....
Demikian, secara ringkas catatan kunjungan Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz ke Malaysia pada Muharram 1431/Januari 2010. Segala kekurangan, mohon dimaafkan ....
Salam hormat dari,
al-Fagir Abu Zahrah, Taman Seri Gombak
2 Shafar 1431H.
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Januari 18, 2010 1 komen
Kunjungan Dakwah Habib Umar Ke Malaysia, Januari 2010 - Bhg. 1
Alhamdulillah, akhirnya kerinduan para muhibbin di Malaysia terubat apabila Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz mengunjungi bumi Malaysia pada 10 Januari – 12 Januari 2010. Walaupun singkat namun sungguh bermakna. Kali terakhir Guru Mulia mengunjungi Malaysia adalah pada Februari 2008. Lawatan yang dijadualkan pada bulan Mei 2009 telah dibatalkan. Sejak itulah para muhibbin ternanti-nanti kunjungan Guru Mulia Habib Umar dengan penuh kerinduaan. Dan akhirnya penantian ini berakhir apabila Guru Mulia Habib Umar sampai ke bumi Malaysia pada pagi 10 Januari 2010.
Untuk teman-teman yang berada di luar negeri, khususnya Ustaz Adnan, Ustaz Fitri, Ustaz Asyraf dan lain-lain di Darul Musthafa, Tarim, Ustaz Nizam dan Ustazah Noor Azma di Sudan, yang ingin tahu serba sedikit mengenai kunjungan Habib Umar kali ni, maka ambo bawakan sedikit gambaran ringkas program-program yang diadakan sepanjangan kunjungan tersebut.
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Isalm Antarabangsa Malaysia
Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz sampai di Malaysia pada pagi Ahad, 10 Januari, kira jam 1 pagi. Acara pertama yang beliau hadiri adalah perhimpunan bersama mahasiswa di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM. Alhamdulillah kehadiran memberangsangkan. Majlis di UIAM, di dahului dengan progam qiyamullail yang di pimpin oleh Ustaz Sufyan Nur al-Banjari, iaitu adinda kepada Syaikhuna Muhammad Nuruddin al-Banjari. Beliau merupakan rombongan yang mengikuti Habib Umar dari Indonesia. Setelah usai sholat Shubuh maka Guru Mulia, Habib Umar memberi kuliah shubuhnya dan diterjemahkan oleh Syaikhuna al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid.
Setelah tamat program di UIAM, Guru Mulia Habib Umar berangkat ke tanah perkuburan Jalan Ipoh untuk menziarahi paman beliau, iaitu pengasas kepada Syarikat Ben Hafidz yang terletak di Wisma Yaqin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Setelahnya, Guru Mulia kembali ke rumah saudara beliau untuk berehat.
Madrasah an-Nur
Madrasah an-Nur ini ditubuhkan oleh Guru Mulia Habib Umar sewaktu kunjungan beliau pada tahun 2007. Beliau sendiri yang menamakan ianya sebagai Madras an-Nur. Pengajian sulung diadakan pada Ahad 7 Rajab 1428H, bertepatan dengan 22 Julai 2007. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Madras an-Nur, silalah kesini. Setelah memberi nasihatnya, beliau telah meluangkan masa untuk mentahnik beberapa orang bayi. Setelahnya Habib Umar terus ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya.
bersambung .......
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Isnin, Januari 18, 2010 0 komen
Selasa, 12 Januari 2010
Suasana Di Masjid al-Falah Ketika Habib Umar Berdoa
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Januari 12, 2010 4 komen
Khamis, 7 Januari 2010
Terkini: Program Qiyamullail Bersama Syeikh Sufian Nur Pada Pagi Ahad Berpindah Dari Masjid al-Falah ke Masjid UIA, Gombak
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Januari 07, 2010 0 komen
Terkini: Program Qiyamullail Bersama Syeikh Sufian Nur Berpindah Dari Masjid al-Falah ke Masjid UIA, Gombak
Program qiyamullail di Masjid al-Falah akan diadakan pada 23 Muharram 1431/9 Jan 2010 (Sabtu - hari Jum'at, mlm/pagi Sabtu).
Manakala program qiyamullail bersama Syeikh Sufian Nur al-Banjari al-Makki yang asalnya dijadualkan di Masjid al-Falah pada pagi Ahad (10 Jan) telah ditukarkan ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Program bermula jam 4.00 pagi. Pagi Ahad 10 Januari 2010 (hari Sabtu, malam [pagi] Ahad).
Dan seterusnya ..... perhimpunan MAHASISWA serta kuliah shubuh oleh Habib Umar.
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Januari 07, 2010 0 komen
Jadual Lengkap Program Ziarah dan Dakwah Habib Umar di Malaysia
Catatan al-fagir abu zahrah pada Khamis, Januari 07, 2010 0 komen
Rabu, 6 Januari 2010
Isu Kalimah الله
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah
1) Ulasan/Hujah
- Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
- Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
- Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
- Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
- Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
- Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
- Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
- Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
- Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
- Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
- Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
- Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
- Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: Bahrus Shofa
Kategori khas
Catatan al-fagir abu zahrah pada Rabu, Januari 06, 2010 0 komen
Selasa, 5 Januari 2010
Himpunan Pelajar Bersama Habib Umar di Masjid UIA Gombak
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Januari 05, 2010 0 komen
Majlis Ilmu dan Qiyamullail Bersama Ustaz Sufian Nur al-Banjari al-Makki di Masjid al-Falah, USJ9 Subang Jaya
Tarikh: 21 Muharram 1431/7 Januari 2010 (Khamis)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Program: Kuliah Maghrib
Masa: 10.30 pagi
Program: Kuliah Dhuha bersama muslimat
Tarikh 23 Muharram 1431/ 9 Januari 2010 (Sabtu - Hati Jum'at malam/pagi Sabtu)
Masa: 4.00 pagi
Program: Qiyamullail di Masjid al-Falah
Tarikh: 24 Muharram 1431/10 Januari 2010 (Hari Sabtu malam [pagi] Ahad)
Masa: 4.00 pagi
Program: Qiyamullail dan Kuliah Shubuh
Di: Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
Selain mendapat pendidikan di Mekah, beliau juga mendapat pendidikan di Mesir dan juga di Hadramaut, Yaman. Kini beliau masih lagi berguru kepada al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syaikh Abu Bakar bin Salim.
Beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam pembacaan qiraat yang 7. Seorang ahli 'ibadah yang tawaddhu. Kini beliau mengendali sebanyak 15 buah pesantren di Indonesia yang jumlah pelajarnya hampir seribu orang. Beliau juga adalah seorang yang memiliki sanad ilmu dan juga sanad al-Quran. Bahkan diakui oleh Syaikh Nuruddin, bahwa sanad beliau lebih banyak dan lebih tinggi. Selain dari berdakwah dan mendidik, beliau juga ada menulis, antaranya kitab bertajuk Fath al-Haadi al-Raqiib fi Adillah Fath al-Qoriib al-Mujiib.
Kategori Hebahan
Catatan al-fagir abu zahrah pada Selasa, Januari 05, 2010 0 komen
Sabtu, 2 Januari 2010
Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz حفظه الله تعالى di Bogor, Indonesia
Catatan al-fagir abu zahrah pada Sabtu, Januari 02, 2010 0 komen