Rabu, 30 April 2008

Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan - Siri 5

Kanz al-Minan ‘ala Hikam Abu Madyan
oleh Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni
(Siri – 5)

Transliterasi Kitab Syarah Hikam Abi Madyan oleh al-Arifbillah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni yang diberi nama Kanzul Minan

(Transliterasi dari tulisan Jawi kepada tulisan Rumi beserta dengan notakaki oleh: al-Haqir Abu Zahrah Abdullah Thahir al-Qedahi. Segala kesalahan dan kesilapan mohon dimaafkan dan dibetulkan. Pembetulan serta tunjuk ajar dari saudara-saudari sekalian sangat dialu-alukan. Dan sebagai peringatan: Bagi sesiapa yang membaca tulisan ini dinasihatkan supaya bertanya kepada tuanguru, ustaz atau mereka yang berkeahlian dalam mengajar kitab kanzul minan ini, seandainya anda tidak memahaminya atau terkeliru. Janganlah diandaikan dengan kefahaman sendiri kerana ditakuti tiada muwafakat dengan maksud penulis kitab. Adapun Hikam Abu Madyan dan syarah Tok Syaikh Daud ini juga memerlukan pengupasan dan penjelasan yang halus lagi untuk memahaminya. Sekian.)


لاَيَصِحُّ سَمَاعُ هَذَا العِلمِ إِلاَّ لِمَنْ حَصَلَتْ لَهُ أَرْبَعَةٌ ، الزُّهْدُ وَالعِلْمُ وَالتَّوَكَلُ وَاليَقِيْنُ

Tiada patut mendengar bagi ilmu ini melainkan bagi orang yang hasil baginya, yakni ada empat (4) shifat. Pertamanya zuhud dan keduanya ilmu, dan ketiga tawakal dan keempat yaqin.

Artinya tiada patut mendengar akan ilmu ini yakni ilmu thoriqat melainkan bagi orang yang ada bershifat dengan empat shifat. Pertamanya zuhud iaitu meninggalkan segala yang lebih-lebih dari daripada yang halal kerana bahwasanya orang salik itu orang musafir kepada Tuhannya dan manakala adalah sertanya terlebih banyak barang yang dihajatnya di dalam perjalanan adalah jadi menegahkan daripada berjalan, maka bahwasanya adalah hadrat Haq Subhanahuwa Ta’ala diharamkan masuk atas orang yang masuk yang membawa dibelakangnya suatu yang menanggungkan dia, yakni hendaklah disucikan tangannya daripada yang lebih-lebih daripada dunia dan disucikan hatinya daripada berhadap kepadanya kerana adalah pada hadrat yang qudsi itu ditegahkan masuk orang yang penuh hatinya dengan akdaar (kekeruhan-kekeruhan) dunia yang maasiwaLlah. Dan betapa terang hatinya maka adalah segala rupa akwaan ini termeteri pada muka cerminnya (atau) betapa ia suka berjalan kepada Allah pada hal ia tertambat dengan segala keinginan (atau) betapa ia loba bahwa masuk pada hadrat Allah ‘Azzawajalla padahal ia tiada bersuci daripada junub lalainya (atau) betapa ia harap hendak faham akan yang indah asrar pada hal ia tiada taubat daripada tersalahnya(1). (Yang keduanya) ilmu …….. bersambung

[Transliterasi ini adalah berdasarkan kepada kitab Kanzul Minan ‘ala Hikam Abi Madyan; Terbitan Khazanah Fathaniyah, 1416H – 1996M]


Notakaki:-

(1) Hikam Syaikh Ibn Athoillah:-

كيف يشرق قلب صورالاكون منطبعة في مرآته أم كيف يرحل إلى الله وهومكبل بشهواته أم كيف يطمع أن يدخل حضرة الله وهو لم يتطهر من جنابة غفلاته أم كيف يرجوأن يفهم دقائق الأسراروهولم يتب من هفواته

والله تعالى أعلى و أعلم


Majlis Bersama Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Jindan dan Habib Ahmad bin Naufal bin Salim bin Jindan di Masjid al-Falah, USJ 9

Majlis Bersama Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Jindan dan Habib Ahmad bin Naufal bin Salim bin Jindan di Masjid al-Falah

Tarikh: 4hb Mei 2008
Tempat: Masjid al-Falah, USJ 9, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya
Majlis Bermula: Selepas Sholat Maghrib


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


Sedikit mengenai Habib Jindan bin Naufal bin Salim.

Beliau adalah Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Ahmad bin Jindan. Merupakan pengasuh Pondok Pesantren Al-Fakhriyah, Tangerang, Banten. Beliau lahir didalam keluarga ulama yang tersohor. Ayahnya Habib Naufal yang merupakan murid dari al-Habib Sayyid ‘Alwi al-Maliki dan Sayyid Amin al-Kutbi semasa menuntut di Makkah, adalah merupakan seorang ulama dan mubaligh yang tersohor di Jakarta. Manakala datuknya, Habib Salim bin Ahmad bin Jindan adalah merupakan seorang tokoh ulama dan pendakwah yang terkenal di Betawi (Jakarta). Beliau juga seorang pengarang yang menulis hampir 100 buah kitab. Antara kitabnya yang pernah aku (Abu Zahrah) baca adalah mengenai fitnah syiah yang bertajuk Ar-Raa`atul Ghoomidhah fi Naqdhi Kalaamir Raafidhah, yang diterbitkan terjemahannya oleh al-Fadhil Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, dengan tajuk Fitnah Syiah. Habib Salim hidup sezaman dengan Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi Kwitang, Habib Ali bin Hussin al-Attas Bungur. Bahkan mereka ibarat ulama habaib 3 serangkai. Boleh dikatakan majoriti ulama dan para habaib di Jakarta berguru kepada mereka, terutama dengan Habib Salim.

Oleh kerana ayahanda kepada Habib Jindin bin Naufal bin Salim terkenal sebagai pendakwah yang termasyhur mak pengalaman masa kecil itu, yang mendorong beliau untuku memperdalam ilmu agama. Pada umur dua tahun, Habin Jindan bersama keluarganya tinggal di Pasar Minggu bersebelahan dengan rumah keluarga Habib Salim bin Toha Al-Haddad. Lepas itu, ketika berumur lima tahun beliau pernah dititipkan untuk tinggal di rumah Habib Muhammad bin Husein Ba'bud dan puteranya, iaitu Habib Ali bin Muhammad bin Husein Ba’abud, di Pondok Pesantren Darun Nasyi’ien (Lawang, Malang). Menurut Habib Jindan: “Di Lawang, sehari-hari saya tidur di kamar Habib Muhammad Ba’bud. Selama disana dibilang mengaji, tidak juga. Tapi berkah dari tempat itu selama setahun saya tinggal, masih terasa sampai sekarang".

Ketika umur beliau menginjak 6 tahun ia ikut orangtuanya pindah ke Senen Bungur. Disana berliau memulakan pendidikan formalnya di SD Islam Meranti, Kalibaru Timur (Bungur, Jakarta Pusat). Beliau juga belajar diniyah di sebuah Madrasah yang diasuh oleh Ustadzah Nur Baiti di Bungur. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke tingkat Tsanawiyah di Madrasah Jami’atul Kheir, Jakarta hingga tingkat Aliyah, tapi sempat menghabiskannya. Sewaktu di Jami'atul Kheir, diantara guru-guru yang mendidik beliau adalah Habib Rizieq Shihab, Habib Ali bin Ahmad Assegaf, KH. Sabillar Rosyad, KH.Fakhhrurazi Ibrahim, Ustaz Syaikhon al-Qadri, Ustaz Fuad bin Syaikhon al-Qadri dan ramai lagi.

Sejak usia mudanya, sekembalinya dari sekolah Habib Jindan selalu belajar pada Habaib dan Ulama di Jakarta,seperti di Madrasah Tsaqofah Islamiyah yang diasuh oleh Habib Abdurrahman bin Ahmad as-Saqqaf dan puteranya Habib AbuBakar as-Saqqaf. Habib Jindan juga pernah mempelajari bahasa Arab di Kwitang, di tempat Habib Muhammad bin Ali al-Habsyi dengan ustaz-ustaz setempat. Selain itu pada sebelah petang nya beliau juga sering mengikuti rauhah yang digelar oleh Majelis Taklim Habib Muhammad al-Habsyi. Di majlis itu, banyak habaib dan ulama yang menyampaikan pelajaran-pelajaran agama seperti Habib Abdullah Syami’ al-Attas, Habib Muhammad al-Habsyi, UstazHadi as-Saqqaf, Habib Muhammad Mulakhela dan lain-lain.

Sekitar tahun 1993, beliau bertemu pertama kalinya dengan Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Majlis Taklim Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi (Kwitang) ketika pengajian mingguan pagi dan pertemuan kedua pula ketika Habib Umar menngunjungi Jamiat Kheir. Sejeka itulah beliau tergerak hati untuk beljar di Hadramaut. Sewaktu berangkat ke Hadramaut, Habib Umar belum mendiri Darul Mustafa. Habib Jindan dan rakan-rakan beliau seperti Habib Munzir bin Fuad al-Musawwa, Habib Qureisy Baharun, Habib Shodiq bin Hasan Baharun, Habib Abdullah bin Hasan al-Haddad, Habib Jafar bin Baqir al-Attas dan lain-lain di rumah Habib Umar dan seterusnya belajar dari Habib Umar. Selain itu beliau juga menghadiri majlis-majlis taklim yang terdapat di Tarim seperti di Rubath Tarim, Baitul Faqih, Madrasah Syeikh Ali, belajar kitab Bukhari di Masjid Ba'alwi, Taklim di Zawiyah Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (Al-Hawi, Hadramaut), belajar Ihya di Zanbal di Kubah Habib Abdullah bin Abubakar al-Aydrus, Zawiyah Mufti Tarim, iaitu Syeikh Fadhal bin Abdurrahman Bafadhal dan lain-lain. Setelah lebih kurang 4 tahun di Hadramaut, pada tahun 1998, Habib Jindan bin Naufal bin Salim kembali ke Indonesia untuk meneruskan usaha dakwah dan pendidikan bersama-sama dengan adinda beliau, Habib Ahmad bin Naufal bin Salim.



Related Posts with Thumbnails